Pada masa lalu, kebanyakan barangan yang dijual dibuat untuk bertahan untuk jangka masa yang lama. Walau bagaimanapun, segelintir pengeluar lampu menentang perkara ini kerana mereka tidak mampu menjual mentol dengan banyak kerana pengguna tidak perlu menukarnya dalam tempoh yang panjang.

Maka sebuah kartel yang dikenali sebagai Phoebus yang disertai oleh pengeluar-pengeluar mentol terbesar  dunia antaranya Osram (Jerman), Philips (Belanda), Compagnie des Lampes (Perancis) dan General Electric (Amerika Syarikat) telah membuat keputusan mewujudkan garis panduan penghasilan mentol yang tidak mampu bertahan sangat lama.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dalam kata lain, kartel ini menetapkan berapakah tempoh maksimum sesuatu mentol itu mampu bertahan lama. Dengan itu, mereka akan mendapat lebih banyak keuntungan kerana pengguna pengguna perlu lebih kerap menukar mentol mereka.

Kali ini, mari lihat 5 mentol terawal dunia. Menariknya, kesemua mentol ini masih hidup menyala sehingga ke saat ini walaupun ada yang sudah menyala lebih seratus tahun! Hampir setiap mentol lampu dalam senarai ini bermula pada awal 1900-an, dengan seorang pemilik mentol mendakwa bahawa ia mula-mula dihidupkan pada akhir 1800-an.

Artikel berkaitan: Mentol Ini Masih Menyala Sejak 1901; Mengapa Mentol Moden Tidak Bertahan Lama?

5. Mentol Gasnick (1912)

mentol gasnick

Kisah mentol Jack Gasnick bermula pada tahun 1981, apabila dia menulis kepada sebuah majalah yang terkenal menyatakan bahawa mentol Centennial telah terbakar. Mentol Centennial adalah mentol yang disahkan oleh Rekod Dunia Guinness sebagai mentol paling bertahan sehingga kini.

Gasnick menulis kepada pihak Rekod Dunia Guinness pada tahun 1983 dengan mendakwa bahawa mentol Centennial adalah penipuan dan mentol lampunya, yang dilaporkan dihidupkan pada tahun 1912, adalah yang tertua di dunia.

Dia berkata bahawa dia mempunyai bukti tentang umur mentolnya, tetapi tiada apa yang berlaku dalam usahanya untuk meruntuhkan imej mentol Centennial. Tiada siapa yang tahu apa yang berlaku kepada Gasnick dan mentolnya kerana kedainya dan keseluruhan separuh blok yang berdiri di atasnya telah dirobohkan pada tahun 2003.

4. Mentol Kongevognen (1908)

kongevognen light bulb

Gambar hiasan kereta api tahun 1908

Walaupun tidak banyak yang diketahui tentang mentol lampu yang terletak di "Kongevognen" (Gerabak Raja) dari landasan kereta api Thamshavnsbanen di Trøndelag, Norway ini. Ia adalah satu lagi mentol lampu awal sejak tahun 1908.

Mentol ini dikatakan salah satu mentol asal yang ditempah oleh Christian Thams - seorang arkitek, perindustrian, ahli perniagaan dan diplomat dari Norway yang terkenal kerana membina landasan kereta api elektrik pertama di Norway - dari kilang Edison di Amerika Syarikat untuk digunakan dalam kereta api elektrik.

Hari ini, gerabak itu ditempatkan di muzium dan mentol lampu Kongevognen dihidupkan beberapa kali seminggu.

3. Mentol Eternal (1908)

eternal light

Lampu ini kini berusia 109 tahun dan pertama kali dihidupkan pada 21 September 1908 oleh Barry Burke di Rumah Opera Byers. Sebelum mentol ini kehilangan gelaran pada tahun 1970-an kepada Mentol Centennial, ia adalah mentol menyala tertua di dunia menurut Rekod Dunia Guinness.

Pada tahun 1977, apabila bangunan rumah opera dijadualkan untuk dirobohkan, mentol itu telah diselamatkan oleh George Dato yang memastikan ia tidak pernah padam. Pada tahun 1991, Muzium Stockyards memperoleh mentol ini daripada George Dato dan membungkusnya dalam kaca pelindung.

Hari ini, mentol yang dikenali sebagai Eternal (bermaksd abadi) ini kekal menyala 24 jam sehari malah mempunyai halaman Facebooknya sendiri.

2. Mentol Centennial (1901)

centennial light

Menurut Rekod Dunia Guinness, Lampu Centennial adala mentol yang paling tahan lama di dunia. Mentol lampu ini pertama kali dihidupkan pada tahun 1901 dan masih menyala sehingga kini, bermakna ianya sudah berusia 116 tahun!

Laman web rasmi lampu ini menyediakan bukti untuk umurnya dan mengatakan bahawa umurnya telah disahkan oleh jurutera GE. Ia pertama kali dipasang di troli hos jabatan bomba dan selama bertahun-tahun telah dipindahkan ke pelbagai balai bomba.

Pada tahun 1976, mentol ini telah dipindahkan ke Balai Bomba 6 di 4550 East Ave., Livermore, California, yang mana ia masih kekal sehingga kini. Pada Jun 2015, mentol ini meraikan 1,000,000 jam pembakaran dan balai bomba mengadakan pesta untuk masyarakat setempat sempena pencapaian ini.

1. Mentol Ediswan (1883)

mentol ediswan

Walaupun mentol lampu Ediswan yang dimiliki oleh Beth Crook agak tidak diketahum orang awam berbanding mentol tahan lama yang lain dalam senarai ini, Crook mendakwa bahawa ia adalah mentol lampu yang masih berfungsi yang tertua di dunia.

Kali terakhir Crook ditemu bual adalah pada 2013 apabila dia mengatakan bahawa mentol itu berumur 130 tahun. Menurut Crook, mentol itu bermula pada tahun 1883 dan pertama kali dimiliki oleh Florence Crook dan telahh diwariskan dalam keluarga Crook selama ini.

Mentol lampu ini adalah salah satu yang pertama dihasilkan oleh kilang Ediswan, yang merupakan kerjasama antara ahli fizik British Sir Joseph Swan dan pencipta Amerika Thomas Edison.

Kredit:




Hakcipta iluminasi.com (2017)