Oleh pada 14 Apr 2018 kategori

Anda buat kesalahan jenayah, anda terimalah hukumannya tidak kira berapa tahun pun perlu meringkuk dalam penjara.

Ramai banduan yang mati dalam kurungan selepas menerima hukuman penjara untuk tempoh yang sangat panjang. Ada yang bernasib baik menerima parol sebelum tamat tempoh hukuman dan ada juga yang menerima tempoh tambahan kerana melanggar peraturan semasa berada dalam tahanan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Akhir sekali, ada banduan yang berjaya menamatkan tempoh panjang hukuman penjara dan dibebaskan selepas berdekad lamanya terkurung di sebalik tirai besi. Berikut antara 10 banduan yang paling lama menjalani hukuman penjara dan masih hidup semasa dibebaskan:

10. Eddie Collins

Eddie Collins menerima hukuman penjara 43 tahun selepas disabitkan kesalahan atas pembunuhan darjah pertama. Ketika dijatuhkan hukuman, dia hanya berusia 21 tahun dan tinggal di Tucson, Arizona.

Eddie sentiasa menyatakan yang kejadian itu merupakan perkara terburuk dalam hidupnya dan sehingga ke hari ini dia menyesali perbuatannya. Ketika itu, dia dan abangnya sedang cuba mendapatkan bekalan dadah apabila mereka terlibat dalam satu pergaduhan dengan seorang lelaki bernama Terry Young. Abangnya, Jonnie, telah mengeluarkan pistol dan menembak Terry.

penjenayah yang masih hidup selepas hukuman penjara paling lama eddie collins

Seorang peguam daripada Projek Keadilan Arizona, Katherine Puzauskas berkata, Eddie tidak menyedari hakikat bahawa abangnya membawa senjata semasa kejadian. Lagipun Eddie bukanlah orang yang bertanggungjawab menarik picu pistol terbabit. Jadi, dia tidak sepatutnya dipenjarakan begitu lama, terutama sekali selepas abangnya yang merupakan pembunuh sebenar hanya dijatuhkan hukuman 10 tahun penjara selepas membuat rayuan.

Eddie terlepas satu perubahan dalam kod undang-undang yang membolehkannya mendapatkan parol selepas 25 tahun. Ketika dibebaskan, Eddie sudahpun berusia 64 tahun. Dia mempunyai keluarga besar yang membantunya menyesuaikan diri dengan kehidupan moden yang belum wujud ketika dia masih muda. (sumber)

9. Otis Johnson

Otis Johnson dimasukkan ke dalam penjara ketika berusia 25 tahun. Walaupun dia sentiasa tidak mengaku bersalah kerana membunuh seorang anggota polis, dia telah dijatuhkan hukuman 44 tahun penjara.

penjenayah yang masih hidup selepas hukuman penjara paling lama otis johnson

Otis tidak berhubung dengan mana-mana ahli keluarga ketika menjalani tempoh hukuman. Apabila tiba masa untuk keluar ke dunia nyata, warga tua yang tidak tahu apa-apa tentang zaman moden ini berasa sangat takut. Dia hanya diberikan dua tiket bas, kad pengenalan yang lama dan juga 40 dolar. Pada usia 69 tahun, bagaimanakah Otis akan menyara kehidupannya sendiri?

Akhirnya dia tinggai di sebuah rumah perantaraan dan menjadi sukarelawan di sebuah dapur yang menyediakan makanan untuk mereka yang tinggal di jalanan. (sumber)

8. John Franzese

John Franzese dihukum penjara selama 50 tahun atas kesalahan jenayah sebagai bos kecil kumpulan samseng. Ketika dibebaskan pada tahun 2018, dia telah berusia 100 tahun dan merupakan banduan tertua di Amerika Syarikat. Sebenarnya dia telah banyak kali keluar masuk sepanjang tempoh hukuman akibat melanggar parol. Tahun 2017 merupakan berakhirnya 50 tahun tempoh asal hukumannya.

penjenayah yang masih hidup selepas hukuman penjara paling lama john franzese

John sering berlagak kerana telah membunuh lebih 60 orang semasa bekerja dengan keluarga penjenayah di Colombo itu. Namun kini dia hanyalah seorang lelaki yang sangat tua. Diharapkan dia sudah insaf dan tidak lagi melibatkan diri dengan sebarang jenayah serta hidup aman menunggu panggilan Ilahi. (sumber)

7. Harvey Stewart 

Pada tahun 1951, Harvey Stewart mendapat pengalaman pertama dipenjarakan. Dia dijatuhkan hukuman sepuluh tahun atas kesalahan merompak namun menerima parol selepas 6 tahun.

Pada tahun 1958 dia sekali lagi dimasukkan ke dalam atas kesalahan membunuh. Kali ini, walaupun Harvey menidakkan tuduhan, hakim telah mengenakan hukuman penjara seumur hidup kerana menembak James Laird di bahagian dada dengan pistol Laird sendiri. Walaupun begitu, Harvey tidak pernah menyangkal tuduhan jenayah-jenayahnya yang lain termasuklah satu senarai panjang kes rompakan. 

penjenayah yang masih hidup selepas hukuman penjara paling lama harvey stewart

Harvey berjaya melarikan diri dari penjara selama beberapa hari pada tahun 1965 sebelum berjaya diberkas semula. Dia juga membuat beberapa cubaan melarikan diri sepanjang tempoh itu namun tidak berjaya.

Pada tahun 1984, dia mendapat parol dan menghabiskan dua tahun mencuci pinggan di sebuah rumah perantaraan. Setelah itu, dia kembali semula meringkuk dalam penjara kerana melanggar parol dengan membuat rancangan rompakan baru.

Ketika dibebaskan pada tahun 2011, Harvey sudahpun berusia 83 tahun. Walaupun dia sudah menjadi seorang lelaki bebas, pihak penjara terpaksa menunggu seketika sebelum mendapatkan sebuah bilik kosong untuknya di rumah perantaraan atau rumah orang tua. Kesemua ahli keluarga Harvey sudah meninggal dunia dan dia tidak menerima sebarang pengunjung dalam tempoh sedekad sebelum itu.

Kini dia menghabiskan masa terkurung di Rumah Penjagaan Rusk. Dia sebenarnya inginkan kes pembunuhannya dibuka semula kerana dia merasakan pihak juri tidak berlaku adil. (sumber)

6. Hugh Alderman 

Hugh Alderman merupakan seorang lelaki muda berusida 23 tahun ketika dia didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup setelah melakukan beberapa siri pembunuhan dan rompakan.

Pada tahun 1916, Hugh dan tiga lelaki lain yang dikenali sebagai "Rice Gang" merompak sebuah bank di Homestead, Florida. Mereka berjaya melarikan diri dengan hasil rompakan sebanyak $6,500 dan bersembunyi di Everglades.

penjenayah yang masih hidup selepas hukuman penjara paling lama bank yang dirompak hugh alderman

Dua minggu kemudian, mereka berjaya ditemui dan berlaku pergelutan dengan pihak berkuasa sehingga dua anggota polis serta dua ahli geng itu mati di tempat persembunyian. Hugh dan seorang lagi ahli geng itu telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup atas jenayah yang dilakukan bermula 1917.

Hugh berjaya melarikan diri dari penjara beberapa kali dan dia telah ditahan buat selama-lamanya di sebuah hospital sakit jiwa pada tahun 1927. Dia tinggal di hospital itu sehingga tahun 1983 ketika dia mati semasa berusia 86 tahun. (sumber)

5. Charles Edret Ford 

Charles Edret Ford mengaku tidak bersalah atas kesalahan membunuh yang dilakukan sekitar tahun 1950-an ketika dia hanya berusia 20 tahun. 

penjenayah yang masih hidup selepas hukuman penjara paling lama charles edret ford

Kesemua juri ketika perbicaraannya berkulit putih dan seorang saksi sebenarnya menunjukkan ke arah lelaki lain dalam mahkamah ketika dikehendaki mengenal pasti pembunuh. Hakim walau bagaimanapun menyatakan Ford mempunyai iras suspek tersebut dan sudah cukup kukuh untuk didakwa.

Dilaporkan dia telah menjalani hukuman selama 64 tahun dalam penjara semata-mata kerana perbezaan warna kulit. Dua orang peguam telah mengikuti kes Ford dan meminta ia dibicarakan semula pada tahun 2014. Hakim telah membebaskannya dan meletakkan Ford yang berusia 86 tahun di bawah jagaan rumah orang tua sehinggalah dia menghembuskan nafas yang terakhir. (sumber)

4. Howard Christensen

Howard Christensen hanya berumur 16 tahun semasa dia bersama seorang lagi rakan sedang mengembara tumpang kenderaan seorang guru, merompak serta membunuhnya.

Hukuman yang dijatuhkan pada mulanya adalah penjara seumur hidup tanpa parol, namun ia diubah kepada 200 tahun.

penjenayah yang masih hidup selepas hukuman penjara paling lama howard christensen

Semasa dalam penjara, rakan subahat Christensen itu telah membunuh diri dengan menggantung diri beberapa tahun selepas dipenjarakan. Christensen pula merupakan seorang banduan yang sukar dikawal. Dia sering mengganggu banduan dan pelawat lain. Adakalanya dia enggan mandi dan menukar pakaian. Disebabkan perangai itu, dia sering dikenakan terapi renjatan beberapa kali sehinggakan pihak berkuasa pernah juga mempertimbangkan untuk melakukan prosedur lobotomi di bahagian depan kepalanya.

Pada tahun 1995, warder penjara sendiri meminta agar dia dibebaskan kerana sukar meletakkannya di mana-mana kerana keadaan mental yang tidak stabil dan angin yang sentiasa tidak baik. Beberapa tahun terakhir dalam penjara, dia dikurung di dalam wad khusus untuk banduan dengan masalah mental. Akhirnya pada tahun 2001 dia dibebaskan selepas 64 tahun di dalam penjara. Dua tahun kemudian dia telah meninggal dunia. (sumber)

3. Richard Honeck

Richard Honeck memulakan kisah hidupnya sebagai banduan pada usia 22 tahun. Dia didapati bersalah kerana membunuh salah seorang bekas rakan sekelasnya dan dijatuhkan hukuman penjara bermula November 1899. Dia kemudian diberikan parol pada 29 Disember 1963 selepas 64 tahun dan 1 bulan hidup sebagai banduan.

penjenayah yang masih hidup selepas hukuman penjara paling lama richard honeck 2

Di Penjara Joliet semasa mula-mula menjalani hukuman, dia dikurung secara berasingan selama tiga minggu dan dipasang rantai dan bola besi selama 6 bulan selepas menikam seorang pengawal pada tahun 1912.

Kemudian dia dipindahkan ke Pusat Pemulihan Menard dan tidak membuat sebarang kacau di situ. Selama 35 tahun dia bekerja di kedai kek dan roti penjara itu.

penjenayah yang masih hidup selepas hukuman penjara paling lama richard honeck

Sepanjang tempoh pemenjaraannya, dia hanya menerima sepucuk surat dan dua orang pelawat yang mana salah seorangnya adalah wartawan akhbar pada tahun 1963. Ketika berusia 85 tahun, dia dibebaskan dan 12 tahun kemudian dia meninggal dunia pada tahun 1976.

2. Johnson Van Dyke Grigsby

Johnson Van Dyke Grigsby disabitkan atas kesalahan membunuh pada tahun 1908. Dia ditahan sehinggalah dibebaskan pada tahun 1974. Johnson dilaporkan telah menikam seorang lelaki sehingga mati selepas berlaku satu pergaduhan yang berpunca daripada permainan poker.

penjenayah yang masih hidup selepas hukuman penjara paling lama johnson van dyke grigsby

Semasa 50 tahun dipenjarakan, dia direman ke wad khas untuk banduan dengan sakit mental. Akhirnya, seorang doktor mengesahkan yang dia sebenarnya tidak gila - setelah sekian lama.

Apabila dibebaskan, Johnson berusia 89 tahun. Dia tidak berjaya mencari nafkah dan kembali ke penjara selama dua tahun lagi. Pada tahun 1976, dia dibebaskan semula dan hidup untuk 11 tahun lamanya sebelum meninggal pada usia 101 tahun.

1. Paul Geidel Jr. 

Paul Geidel Jr. ditahan kerana kesalahan membunuh darjah kedua pada tahun 1911 ketika hanya berusia 17 tahun. Dia dimasukkan ke Penjara Sing Sing dan dia layak untuk diberikan parol kerana berkelakuan baik. Walau bagaimanapun, dia disahkan gila selepas menjalani satu ujian pada tahun 1926.

Setelah itu, dia dipindahkan ke hospital untuk penjenayah yang kurang siuman yang ditadbir oleh kerajaan negeri New York sehingga tahun 1972.

penjenayah yang masih hidup selepas hukuman penjara paling lama paul geidel jr

Kemudian, dia diletakkan pula di Pusat Pemulihan Fishkill dan hidup di dalam kuarters bersama banduan-banduan tua yang lain. Selama dipenjarakan, Geidel telah membina hubungan baik dengan para pengawal dan pegawai sehingga mereka akan membawanya keluar bersama-sama menonton perlawanan besbol dan sebagainya.

Geidel diberikan parol pada bulan Ogos 1974. Namun dia ingin menetap di situ kerana usia yang mencecah 80 tahun. Dia telah menghabiskan masa selama 63 tahun usia dewasanya sebagai seorang banduan dan tidak mempunyai sebarang ahli keluarga. Jadi, dia tidak yakin dapat hidup jika berada di luar penjara. Dia menolak tawaran parol itu dan memilih untuk menyambung hukuman selama 6 tahun lagi.

penjenayah yang masih hidup selepas hukuman penjara paling lama paul geidel jr 2

Semasa berusia 86 tahun, dia akhirnya meninggalkan penjara selepas 68 tahun hidup sebagai banduan. Dia meninggal dunia tujuh tahun kemudian di sebuah rumah orang tua ketika berusia 93 tahun. (sumber)




Hakcipta iluminasi.com (2017)