Anda pernah merasai pengalaman duduk di asrama? Kalau pernah, pasti ada banyak kenangan pahit dan manis yang anda telah lalui dalam tempoh tersebut.

Salah satu kenangan yang dulunya pahit tetapi lama kelamaan akan dianggap manis, adalah budaya ragging atau buli yang memang kerap berlaku di kalangan pelajar asrama. Apa yang aneh, budaya ini seolah-olah dikongsi pelajar-pelajar asrama di seluruh negara kita tanpa ada sesiapa pun mengajarkannya. Seperti 'ilmu membuli' ni dah jadi satu warisan tradisi mereka yang bergelar senior.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ada lima bentuk hukuman yang paling kerap berlaku di kalangan pelajar asrama ni, dengan kesemuanya melibatkan penderaan berbentuk fizikal dan mental yang agak mencabar. Tahu tak bagaimana budaya buli di asrama berlaku? Jom kita baca.

1. Rumble

teknik buli di sekolah asrama 988

Kita mulakan dengan yang paling 'obvious.' Sesi 'rumble' adalah sesi di mana pelajar yang melakukan kesalahan, akan dilaukkan beramai-ramai - tak kiralah sama ada dengan senior atau kawan-kawan sendiri. Bila penulis kata lauk; itu maknanya kena belasah lah, bukan perkara-perkara lain yang melibatkan seksual.

Biasanya pelajar yang kena 'rumble' ni mesti ada sebab, selalunya mencuri kalau di antara kawan-kawan sendiri. Dengan senior pula, biasanya sebab tak reti nak hormat senior atau bajet taiko. Bunyi 'rumble' ni macam ganas. Memang ganas tapi tengok kes jugalah. Kalau mencuri ni, biasanya emosi dia lebih sikit jadi kena ada yang pantau supaya aktiviti belasahan tak over sangat.

Berkesankah 'rumble' dalam mendidik pencuri? Pada pandangan penulis, berkesan. Cuma bila dah kena cop pencuri dengan kawan-kawan sendiri - lepas tu nak hidup bersama-sama beberapa tahun, payah dik. Jadi, janganlah mencuri di hostel.

2. Enjutsteng

enjutsteng denda asrama

Bagi mereka yang pernah merasai hukuman ni, mereka fahamlah azabnya macam mana. 'Enjutsteng' merupakan hukuman di mana seseorang itu perlu berdiri sambil membengkokkan kakinya sampai punggung dan lutut sama paras. Kedua-dua tangan pula akan diangkat ke depan lalu pelajar akan diminta bertahan, selalunya 10 minit minima. Ada juga yang kena denda macam tu 2-3 jam.

Yang lebih azab, ada senior yang akan letak bantal di atas tangan kita, dalam 3-4 biji dan kita yang dah terketar-ketar lutut ni terpaksa turut sama mengimbangi bantal daripada jatuh. Jatuh? Tambah lagi masa.

Walaupun enjutsteng ini merupakan satu hukuman yang agak fizikal, faedahnya ada juga lah pada kaki kerana kita turut sama memperkuatkan lutut serta pinggang serentak. Itu sajalah kot benda baik pasal hukuman ni. Seksa sungguh dan 'enjutsteng' ni lah hukuman standard sekolah asrama, selain daripada satu lagi di bawah.

3. Starlight

starlight dahi

Nama sedap; 'starlight', tetapi sekiranya anda tak bernasib kena dengan senior yang jari dia kuat - memang berpinau lah mata hari tu. Hukuman 'starlight' merupakan hukuman paling popular di kalangan pelajar asrama kerana hukuman ini kelakar untuk dilihat kalau kawan-kawan kita kena.

Senior akan menekupkan tangannya ke muka junior, kemudian menarik jari - biasanya jari hantu sebelum melepaskannya semula ke muka junior yang berdebar-debar. Pengalaman penulis sendiri, ada senior yang starlight dia macam pondan tapi ada juga yang berpinau pandangan kita, sampai nampak bintang.

Oleh sebab itulah hukuman ini dinamakan sebagai 'starlight.' Dilakukan dengan sempurna, penerima hukuman akan menyaksikan sendiri angkasa bermain-main di ruang mata. Ada juga kawan penulis yang kata, kena 'starlight' yang padu, mampu membuatkan kita rasa seperti melayang-layang di udara. Entah betul atau tidak, tak tahulah.

3. Komando

komando hukuman buli

Hukuman komando jarang dilakukan tetapi kalau kena komando, alasannya hanya satu - tak bersihkan bilik dengan betul. Oleh kerana itu, senior akan mengarahkan hukuman komando di jalankan supaya bilik dapat dibersihkan dengan betul.

Cara hukuman komando ni mudah, setiap pelajar secara bergilir-gilir akan merangkak di lantai bilik asrama tanpa ada seorang pun penghuni bilik terlepas. Wujud beberapa variasi yang menjadikan komando lebih menarik.

Ada ketikanya junior yang dihukum dipaksa untuk berpakaian uniform sekolah, lengkap dengan tali leher. Ada juga komando yang dijalankan hanya dengan pelajar bertuala. Ada juga sesi komando yang dilakukan dengan pelajar bukan meniarap tetapi berbaring memandang ke atas semasa merangkak.

5. Helikopter

helikopter hukuman asrama

Starlight membuatkan kita nampak bintang. Helikopter pula memberikan perasaan keliru pada mereka yang menjadi mangsa hukuman ini. Pelajar yang dikenakan hukuman perlu tunduk dengan satu jari, biasanya jari telunjuk tangan dominan dikenakan ke atas lantai.

Kemudian dia akan diminta berpusing. Berapa lama dia perlu berpusing? Terpulanglah kepada senior. Ada yang kira minit, ada yang kira berapa kali pusingan, namun hasilnya tetap sama - seorang pelajar akan terhuyung-hayang mencari arah kerana hilang kawalan diri.

Lebih kurang begini lah hukuman helikopter

Penulis pernah tengok mangsa helikopter yang dah betul-betul pening, sampai terlanggar almari. Nasib baiklah tak ada apa-apa kecederaan berlaku pada dia. Sekarang ni, hukuman helikopter dah dijadikan satu bentuk hiburan dalam sukan bola sepak, di mana pasukan-pasukan terkenal kerap memuatnaik video cabaran yang digelarkan sebagai 'dizzy penalty' atau penalti pening.

Macam tu lah helikopter ni, cuma helikopter lagi lama pusingannya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)