Setiap hari penulis gemar mendengar radio yang memainkan lagu-lagu klasik beberapa dekad dahulu. Ada sesuatu yang santai dan mudah didengari muzik era tersebut, berbanding dengan muzik zaman sekarang pada pandangan penulis.

Terdapat banyak lagu-lagu klasik yang masih segar serta melekat dalam kepala, walaupun sudah lama tak didengari tetap evergreen di kalangan peminat, baik yang muda ataupun tua. Berbanding lagu zaman sekarang yang sering dikritik gemar membawa mesej kurang senonoh secara terbuka.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Realitinya lagu zaman dahulu pun sama, cuma cara penulisannya terselindung tidak tampak secara nyata. Berikut adalah lima lagu klasik yang sebenarnya terkandung mesej seksual tetapi kekal menjadi siulan masyarakat kita.

1. 'Summer of 69' - Bryan Adams

bryan adams summer of 69 lucah

Lagu popular ini memang secara automatik akan tersenarai dalam mana-mana senarai lagu klasik sepanjang zaman. Ada kisah di sebalik lagu ini yang harus diperjelaskan.

Bagi mereka yang naif seperti penulis - anda tentu beranggapan lagu ini merujuk kepada 'musim bunga tahun 1969'. Realitinya, penyanyi Bryan Adams baru berusia 9 tahun pada tahun 1969, jadi mustahil dia boleh mengalami pengalaman musim panas yang menggembirakan pada tahun tersebut.

Adams terkenal sebagai seorang artis dengan imej bersih, namun 'Summer of 69' sebenarnya merujuk kepada posisi seksual yang cukup digemari sesetengah pasangan dikenali sebagai posisi '69'.

Beliau mengambil inspirasi dari apa yang berlaku disekelilingnya serta hubungan cinta yang terjalin antara rakan-rakan karibnya, yang mahu menikmati kehangatan cinta setiap kali tiba musim bunga.

Lagu yang diterbitkan pada tahun 1985 ini kekal popular untuk beberapa tahun dalam carta lagu negara-negara barat walaupun mesejnya jelas berpaksikan nafsu liar yang mahu bersuka ria.

2. 'Genie In a Bottle' - Christina Aguilera

christina aguilera genie bottle lucah

Dinyanyikan vokalis popular Christina Aguilera ketika masih berusia belasan tahun, lagu klasik 'Genie In a Bottle' merupakan antara lagu yang cukup digemari anak gadis satu masa dahulu, tanpa mereka faham apakah makna sebenar lagu itu.

Lagu yang memahatkan nama Aguilera dalam industri hiburan ini jika dibaca secara tersurat, menceritakan berkenaan tema makhluk halus yang keseorangan terperangkap dalam 'botol' yang mengurungnya serta elemen fiksyen yang berkait dengan kisah-kisah hikayat 1001 malam.

Walaupun begitu lagu ini sebenarnya mencerminkan penderitaan seorang wanita yang belum pernah menemui lelaki yang benar-benar mampu memuaskan zahir dan batinnya, terperangkap dalam emosi yang berkecamuk. Setiap lelaki yang ditemuinya 'tidak menepati standard' yang dia harapkan.

Pencipta lagu ini bagaimanapun menyamakan perasaan yang dirasai gadis dalam lagu ini sebagai bukti kekuatan mentaliti seorang wanita, yang tahu apa yang dia mahukan dari aspek seksualiti; tidak takut untuk terus menanti jejaka yang faham apa perlu dilakukan bagi memenuhi kehendak gadis impiannya.

3. '2 Become 1' - Spice Girls

spice girls 2 become 1 lucah

Tajuknya saja sudah menggambarkan persetubuhan bukan?

Tetapi tajuk sejelas itu tidak menghalang lagu dendangan kumpulan Spice Girls ini popular di kalangan anak muda satu masa dulu (dan sekarang).

Ini kerana bagi mereka yang menyanyikannya - pasti anda membayangkan bagaimana dua jiwa bersatu menjadi satu, tidak akan terpisah lagi selamanya bukan? Romantik habis la kan?

Makna sebenar lagu ini tidaklah melibatkan jiwa, sebaliknya lebih kepada penyatuan dua tubuh secara fizikal menjadi satu yang hanya boleh berlaku dengan aktiviti persetubuhan. Baca balik liriknya!

Apa yang agak melucukan, dalam masa yang sama lagu ini turut mengajak pendengarnya untuk mengamalkan seks yang selamat, di mana mesej agar penggunaan kondom diamalkan. Sekali lagi, cari dalam liriknya!

Pasti tidak ramai sedar bait mana yang mengandungi ajakan tersebut bukan? Cuba lihat kembali, pada usia berapa anda mula menyanyikan lagu ini? 

4. 'Don't Stop Me Now' - Queen

kumpulan queen freddy mercury

Kerap dijadikan runut bunyi kepada adegan filem atau drama yang memaparkan aksi kegembiraan, lagu klasik dari kumpulan Queen 'Don't Stop Me Now' memang ditulis melodinya untuk menggembirakan pendengarnya.

Kenapa lagu itu berbunyi terlalu gembira? Menurut pemain gitar kumpulan Queen, Brian May - lagu ini sebenarnya menceritakan tentang perasaan vokali Queen, Freddy Mercury menyatakan kegembiraannya di kemuncak kerjaya berjaya memenuhi semua tuntutan seksualnya.

Mercury menggarap lagu tersebut bagi menggambarkan hidupnya yang ketika itu diselubungi parti-parti meriah, pengambilan dadah serta hubungan homoseksualnya bersama ramai lelaki lain.

Ekoran rasa seronok tidak terhingga kerana dijulang sebagai ikon industri hiburan, Mercury mencurahkan perasaan itu dalam sebuah lagu yang penuh melodi riang gembira dan anda pun sama meraikannya!

Brian May mengakui selepas mendiang meninggal dunia, dia sukar untuk menerima mesej yang terkandung dalam lagu itu kerana lagu itu menjadi antara bukti bermulanya keretakan hubungan Mercury dengan ahli kumpulan yang lain, disebabkan corak hidup Mercury yang terlalu terikutkan hawa nafsu sehingga menggugat kerjaya mereka.

5. 'Macarena' - Los Del Rio

los del rio macarena

Lagu yang menjadi salah satu antara 'one hit wonder' bertaraf fenomena di peringkat antarabangsa - 'Macarena' sangat diminati ramai. Sehinggakan ke hari ini lagu ini terus menjadi antara lagu yang dimainkan semasa pesta keraian di negara asalnya Sepanyol serta lagu wajib pasang acara senaman beramai-ramai.

Dicipta oleh duo Los Del Rio dari Sepanyol, kejayaan lagu ini membawa mereka menjelajah seluruh dunia serta mencipta fenomena tarian 'macarena' yang terus menjadi ikutan. Kita pun besar kemungkinan mampu menyanyikannya walaupun sebahagian besar antara kita tidak memahami apa yang dinyanyikan.

Apa sebenarnya yang diceritakan dalam lagu tersebut berkenaan seorang gadis bernama Macarena, yang perlu berpisah dengan teman lelakinya bernama Vitorino; selepas Vitorino dikerah untuk berkhidmat dalam perkhidmatan mandatori tentera.

Bagi menghilangkan kesunyian, Macarena mengisi masa dengan menyertai acara-acara tarian bagi mendekati lelaki-lelaki lain. Mana-mana lelaki yang berjaya menambat hatinya dengan gerak tarian dan aksi menggoda yang mengancam, akan dibenarkan membawanya pulang - kerana Macarena perlu mengisi kesunyian jiwanya.

Malangnya, dalam satu acara tarian - dua sahabat karib kepada Vitorino berjaya menggoda Macarena.

Macarena yang serba salah serta cair, tidak mampu lagi menolak ajakan kedua-duanya bahkan mengundang kedua orang sahabat Vittorino bersama-sama menemaninya pada malam itu.

Faham tak? Perlu kami perjelaskan lagi? Itulah isi kandungan lagu yang cukup popular di kalangan orang kita.




Hakcipta iluminasi.com (2017)