Semakin lama semakin kuat tekanan segelintir kelompok manusia meminta supaya wujud pengiktirafan kepada mereka yang mahu menukar jantina secara rasmi.
Permintaan mereka dilihat munasabah jika dipandang dari perspektif hak kemanusiaaan serta logik akal manusia namun bila dilihat dari segi agama dan juga perspektif kesenangan pengurusan, akan berlaku banyak kecelaruan apabila pengiktirafan kepada individu yang menukar jantina secara undang-undang.
BESARKAN TEKS A- A+
Apabila sesuatu undang-undang digubal, ini pasti akan memperuntukkan hak kepada individu tersebut untuk melakukan sesuatu perkara dan dia bebas melakukan.sesuatu selagi tidak menyalahi undang-undang.
Berikut adalah 5 situasi bermasalah yang boleh berlaku di Malaysia jika kita mengiktiraf pertukaran jantina mereka ini.
1. Atlit bekas lelaki mula bertanding dalam kategori sukan wanita
Jika perkara ini berlaku di Malaysia, bagaimana solusinya? Adakah boleh seseorang atlit di halang daripada bertanding sedangkan dia 'wanita'? Adakah badan pengelola sukan perlu menganjurkan acara khas untuk mereka? Persoalannya, memang terdapat perbezaan keupayaan di antara tubuh lelaki dan wanita jadi bagaimana nak menyeimbangkan perbezaan itu?
2. Masalah masuk tandas akan berlaku
Adakah seorang bekas lelaki patut dibenarkan masuk ke tandas wanita hanya kerana dia seorang wanita? Bagaimana nak tahu dia adalah bekas lelaki dan bukannya seorang lelaki pervert yang sengaja nak masuk tandas wanita? Persoalan paling besar, nak ke kaum wanita berkongsi tandas dengan 'wanita' itu?
3. Saya mahu 'Doktor Wanita' ketika bersalin nanti
Kebanyakan wanita normal pasti merasa lebih selesa jika seorang doktor wanita yang membantu dia melahirkan anak. Bagaimana pula jika seorang lelaki yang dah jadi wanita, kemudian berjaya menjadi doktor sakit puan yang menyambutnya? Adakah itu isu kecil yang tak patut dijadikan masalah kerana atas kertas, dia wanita? Patutkah bakal ibu itu diberitahu hal tersebut sebelum dia bersalin?
4. Masalah perkahwinan
Media barat semakin kerap mempopularkan kisah cinta sesama jenis transgender kerana cinta itu digambarkan lebih indah berbanding cinta orang lain. Seorang lelaki sanggup menerima juga seorang wanita bekas lelaki selepas mengetahui perkara tersebut adalah fairy tale baru bagi media barat kerana itu dikatakan benar-benar cinta. Adakah anda mampu menerima yang teman wanita anda 3 tahun berkenalan rupanya seorang lelaki?
5. Masalah di tempat kerja
Katakanlah seorang wanita yang mengiktirafkan dirinya sebagai lelaki diperlukan untuk membantu pekerja lelaki di pejabatnya melakukan kerja-kerja berbentuk fizikal seperti mengangkat almari, adakah patut dia diambil sebagai lelaki atau dikecualikan? Jika dia tak larat nak mengangkat, bagaimana pula?
Jika anda baca pandangan barat berkenaan isu ini, mereka seolah-olah benar-benar bersungguh untuk mengiktiraf semua masalah ini. Andainya ada lelaki merasa dia wanita, layan dia seperti wanita dan begitu juga sebaliknya.
Salah satu masalah asas yang sehingga kini mereka masih belum mampu menjawabnya adalah masalah berkenaan penggunaan locker room pelajar di sekolah. Akhirnya solusi mereka adalah untuk meminta semua pelajar ikut saja jantina mana yang mereka rasakan lebih dekat dengan mereka lalu gunakan locker room jantina tersebut.
Semua ini lama kelamaan akan menjurus kepada banyak masalah yang lebih besar kemudian hari dan saya pasti masyarakat mereka akan cuba menyelesaikan pelbagai masalah lain, yang sebenarnya ditimbulkan oleh mereka sendiri.