Di dunia kita ini, banyak kejadian yang susah untuk dijelaskan berlaku sehinggakan kita pun tidak ada jawapan mengapa kejadian-kejadian ini terjadi.

Ada perkara yang mampu dijawab dengan menggunakan sains, tetapi ada juga peristiwa yang belum kita fahami, menimbulkan rasa ingin tahu pada kita untuk menerokainya.

Berikut adalah 5 fenomena ganjil yang berlaku di seluruh dunia yang kami rasakan cukup aneh dan menarik untuk anda ketahui, tetapi sayangnya tidak berlaku di negara kita.

BESARKAN TEKS     A-  A+

1. Iluvia de Peces, Honduras

iluminasi fenomena ganjil dunia7

Setiap tahun, pada bulan Mei atau Jun, akan berlangsung satu fenomena ganjil di pekan kecil Yoro, Honduras yang dinamakan 'iluvia de peces' atau 'hujan ikan.'

Fenomena ini sudah berlangsung secara tahunan selama lebih 100 tahun. Apa yang menghairankan, penyelidik tidak dapat menjelaskan mengapa fenomena ini berlaku, selain dari hipotesis meramalkan yang kejadian ini berpunca dari watersprout, fenomena puting beliung yang berlaku dalam air.

Lebih menghairankan, ikan yang turun dari langit itu bukannya spesis ikan yang ditemui disitu. Ikan yang jatuh datang dari lautan Atlantik, 200 kilometer dari pekan tersebut.

Apa yang paling ganjil melibatkan fenomena ini? Semua ikan yang jatuh buta matanya.

2. Taos Hum, New Mexico, USA

iluminasi fenomena ganjil dunia3

Penduduk pekan kecil Taos mengalami satu fenomena yang ganjil.

Semenjak tahun 1990, ramai di kalangan penduduk pekan itu melaporkan setiap masa mampu mendengar bunyi dengungan yang tak putus-putus di mana-mana sahaja.

Apabila dilakukan kajian ke atas bunyi itu dengan menggunakan alat pengesan bunyi, tidak dapat ditemui sebarang bunyi yang didakwa didengari oleh mereka.

Hasil soal selidik mendapati mereka yang mampu mendengar bunyi tersebut menggambarkan bunyi-bunyi yang berbeza tetapi mempunyai satu persamaan; bunyi itu tidak pernah padam.

Sehingga kini tidak dapat dipastikan mengapa fenomena ini berlaku.

3. Hujan merah, Moneragala, Sri Lanka

iluminasi fenomena ganjil dunia

Penduduk di Moneragala, Sri Lanka dikejutkan apabila turun hujan berwarna merah.

Pada mulanya disangkakan sebagai tindak balas cuaca dengan bahan kimia, pihak meteorologi Sri Lanka menafikan dakwaan tersebut kerana tidak banyak kilang bahan kimia dibuka di daerah itu.

Kejadian sama pernah berlaku di Kerala, India. Penyelidik di Kerala menemui pelbagai jenis mikro organisma di dalam sampel air hujan yang ada, menjadi petunjuk agar pihak penyelidik Sri Lanka mengambil langkah serupa.

Apa yang menukarkan warna air menjadi merah sebenarnya akibat kehadiran bakteria. Bakteria itu mempunyai pelindung yang berwarna kemerah-merahan. Apabila terkumpul dalam jumlah yang banyak dalam air, bakteria ini telah menyebabkan air bertukar menjadi merah.

Apabila dikaji sampel air dari hujan merah Kerala dan hujan merah Moneragala, didapati sampel air dari Kerala lebih pekat seperti darah. Berita baiknya, air tersebut tidak berbahaya kepada kesihatan manusia.

4. Kambing panjat pokok, Maghribi

iluminasi fenomena ganjil dunia2

Pemandangan kambing yang menghabiskan masa di atas pokok sudah menjadi perkara biasa bagi penduduk Maghribi.

Biasa berlaku di kawasan yang kering, kelihatan lebih 20 ke 30 kambing di atas pokok yang mencecah ketinggian 8 ke 10 meter mencari makan di atas pokok jenis argan.

Menariknya, apabila kambing-kambing itu memanjat pokok argan untuk mendapatkan makanan - kambing ini akan meluahkan semula biji yang telah dimakan yang terdapat dalam buah pokok tersebut ke tanah.

Secara tak langsung, pokok argan yang ada bercambah bilangannya, menambahkan lagi jumlah pokok tersebut di kawasan mereka akibat tindakan 'gila' kambing itu.

5. Guruh tanpa henti, Venezuela

iluminasi fenomena ganjil dunia6

Fenomena menggerunkan ini hanya berlaku di atas permukaan Sungai Catatumb, di sekitar sebuah tasik yang digelarkan Tasik Maracaibo.

Kilat akan menyambar di sekitar kawasan itu sepanjang 260 hari setiap malam dan 10 jam setiap hari. Dalam satu jam, secara purata sebanyak 280 kilat akan menyambar permukaan. Menakutkan!

Asal-usul fenomena ini berpunca daripada angin yang membawa udara berat bertembung dengan udara bertekanan tinggi banjaran Andes. Haba dan kelembapan yang bertemu ini menghasilkan awan besar yang berada hanya pada jarak 1 kilometer dari paras bumi.

Apabila awan tersebut bertembung dengan dinding gunung, tenaga elektrik akan dilepaskan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)