Oleh pada 08 Jul 2019 kategori

Konflik, keganasan, penganiayaan dan pencabulan hak asasi manusia membawa kepada rekod tertinggi seramai 70.8 juta orang bergelar pelarian menjelang akhir tahun 2018.

Data terbaru dari Agensi Pelarian PBB mewakili peningkatan sebanyak 2.3 juta orang pada tahun sebelumnya dan angka ini adalah 2 kali lebih banyak daripada 20 tahun yang lalu dan hampir 2 kali ganda penduduk Malaysia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

krisis pelarian dunia

Tetapi angka sebenar mungkin lebih tinggi kerana data ini hanya mencerminkan sebahagian daripada krisis politik dan ekonomi semasa di Venezuela, yang mana kira-kira 4 juta orang melarikan diri, menurut UNHCR.

iluminasi.com kongsikan 5 fakta menyedihkan tentang pelarian dunia yang anda perlu tahu.

1. Terdapat lebih daripada 13 juta orang pelarian baru pada tahun 2018

pelarian syria dalam kapal penuh muatan

Angka-angka dalam laporan ini mengambil kira pelarian, pencari suaka dan orang-orang yang menjadi pelarian di dalam negara.

Walaupun sesetengah pelarian berjaya kembali ke negara asal mereka, terdapat 13.6 juta pelarian baru pada tahun 2018.

Ini bermakna 37,000 orang terpaksa melarikan diri dari rumah mereka setiap hari pada tahun 2018 akibat perang atau penganiayaan.

Sejumlah 3.5 juta pencari suaka, iaitu mereka yang berada di bawah perlindungan antarabangsa, tetapi belum diberi status pelarian, sedang menunggu keputusan mengenai permohonan mereka.

Daripada jumlah itu, 1.7 juta daripadanya adalah pemohon baru. Majoriti daripada jumlah ini mencari suaka di Amerika Syarikat berbanding negara lain, diikuti oleh Peru, Jerman, Perancis dan Turki.

2. Majoriti pelarian datang dari hanya 5 negara

pelarian syria di sempadan iraq

Lebih dari dua pertiga daripada semua pelarian berasal dari hanya 5 buah negara iaitu Syria, Afghanistan, Sudan Selatan, Myanmar dan Somalia.

Di setiap negaraini, peperangan dan kekacauan menyumbang kepada jumlah pelarian yang tinggi.

Orang Syria mewakili kumpulan pelarian tunggal terbesar, dengan 13 juta orang yang hidup dalam perpindahan, termasuk 6,654,000 pelarian, 6,184,000 pelarian dalaman dan 140,000 pencari suaka.

Syria telah menjadi negara utama bagi pelarian untuk lebih daripada 5 tahun.

3. Kebanyakan pelarian berlindung di negara jiran

pelarian syria mencari perlindungan di turki

Hampir empat dari lima pelarian di seluruh dunia mencari tempat perlindungan di negara jirannya.

Sejak permusuhan bermula di Syria pada tahun 2011, pelarian telah melarikan diri melintasi sempadan ke Turki, yang kini menjadi tuan rumah penduduk pelarian terbesar di dunia, iaitu seramai 3.7 juta orang.

Termasuk 3.6 juta penghijrahan dari Syria, Turki juga telah mengambil jumlah pelarian yang kecil dari Iraq, Iran dan Afghanistan.

Populasi pelarian di Pakistan hampir secara eksklusif datang dari Afghanistan dan telah bertahan selama setahun terakhir, dengan bilangan bayi yang baru lahir di dalam populasi pelarian bersamaan dengan jumlah pelarian yang pulang ke tanah air mereka.

4. Jumlah pelarian yang pulang ke tanah air semakin berkurang

jumlah pelarian pulang ke tanah air semakin berkurang

Walaupun jumlah pelarian global meningkat pada tahun 2018, namun pelarian yang pulang ke tanah air adalah lebih sedikit berbanding tahun sebelumnya.

Pada tahun 2018, jumlah pelarian yang kembali ke negara asal adalah seramai 593,800 orang, berbanding 667,400 orang pada tahun 2017.

Walaupun keadaan di Syria sangat tidak stabil, lebih daripada 210,000 pelarian telah pulang ke tanahair yang mana kebanyakannya dari Turki.

Sudan Selatan menyaksikan jumlah pelarian yang pulang ke tanah air kedua tertinggi, kebanyakannya dari Uganda.

5. Hampir separuh daripada pelarian dunia adalah kanak-kanak

kanak kanak merangkumi separuh daripada pelarian dunia

Kanak-kanak di bawah usia 18 tahun terdiri daripada separuh daripada populasi pelarian global pada tahun 2018.

Di antara mereka, ramai yang tidak disertai atau dipisahkan dari ibu bapa mereka. Dengan ini, golongan ini sangat berisiko berhadapan penyalahgunaan dan eksploitasi.

Pada 2018, 27,600 kanak-kanak tanpa pengiring atau dipisahkan daripada ibu bapa dilaporkan telah memohon suaka.

Pada akhir tahun 2018, 111,000 kanak-kanak itu dilaporkan daripada kalangan populasi pelarian.

kanak kanak merangkumi separuh daripada pelarian dunia 2

Walau bagaimanapun, banyak negara tidak melaporkan atau tersalah melaporkan bilangan kumpulan pelarian yang paling terdedah kepada bahaya ini.

Ia membuatkan jumlah sebenar kemungkinan jauh lebih tinggi.

Rujukan:

1. BigThink

2. UN Refugees

3. World Economic Forum




Hakcipta iluminasi.com (2017)