Semasa zaman 80-an dan 90-an dahulu, kanak-kanak akan mencari pelbagai cara untuk mengisi masa lapang mereka. Ada yang duduk menonton tv (walaupun tiga empat channel je yang ada hehe), ada yang keluar bermain bersama jiran, ada yang gemar bermain board game atau permainan tradisional. Apa yang ingin disampaikan adalah, kebanyakan aktiviti kanak-kanak lebih memerlukan pergerakan dan yang paling penting - tiada istilah 'bosan' pada ketika itu.

Kanak-kanak zaman kini pula berbeza. Mereka ternyata lebih advanced dari segala aspek. Rata-rata pandai menggunakan gajet dan telefon pintar. Ada juga antara mereka yang lebih handal menggunakan aplikasi telefon dan melayari Internet berbanding ibu bapa. Maka, tidak hairanlah jika mereka lebih arif tentang dunia digital daripada orang dewasa.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Tanya pada mana-mana kanak-kanak, siapa yang tak tahu apa itu Youtube? Kebiasaannya kanak-kanak memang gemar menonton Youtube mencari animasi dan kartun kegemaran tetapi ibu bapa harus sedar bahawa tidak semua tayangan di Youtube itu sesuai ditonton oleh mereka. Ada juga sesetengah kanak-kanak yang gemar memuatnaik video mereka sendiri tanpa menyedari bahaya yang mungkin timbul.

Sekiranya anda tidak pernah memantau apa yang anak anda lakukan di Youtube, sudah sampai masanya anda ambil tindakan segera seperti berikut:

1. Set up akaun keluarga

youtube history pantau anak

Log masuk menggunakan satu sahaja Google account yang dikongsi bersama gajet anak anda. Dari sini, anda boleh pantau apa yang mereka tonton, video yang mereka muatnaik dan juga sebarang maklumat peribadi yang mereka kongsi.

Anda boleh menekan tab "History" di sebelah kiri paparan untuk melihat apa yang ditonton. Bahagian "Subscription" pula memberitahu apa yang diminati dan saluran mana yang dilanggan oleh anak anda.

2. Aktifkan "Restricted Mode"

Buka Youtube menggunakan browser dan pastikan anda telah log masuk terlebih dahulu. Skrol hingga ke bahagian paling bawah laman dan klik pada "Restricted Mode". Pilih "On" dan tekan "Save" untuk menyimpan tetapan.

restricted mode youtube

Untuk memastikan anak anda tidak mengubah tetapan ini, klik pada "Lock Restricted Mode on this browser" dan anda perlu memasukkan password akaun Google sekali lagi untuk mengaktifkan mode ini.

3. Wujudkan playlist

Walaupun anda telah menetapkan Restricted Mode, namun masih akan ada video-video yang tidak menggunakan setting tetapan umur sebelum dimuatnaik. Video seperti ini masih boleh diakses oleh anak anda. Jadi, cara yang paling selamat menggunakan Youtube adalah dengan mewujudkan playlist sendiri bagi tontonan anak anda.

youtube create playlist

Caranya mudah sahaja, pergi ke video yang ingin ditonton, klik "Add To" dan namakan playlist anda. Anda boleh tambah seberapa banyak video yang anda mahukan. Anda juga boleh menekan butang "Subscribe" pada saluran yang mesra keluarga dan saluran ini akan disimpan secara automatik ke dalam playlist anda.

Kesimpulan

Youtube pada dasarnya adalah satu sumber yang sangat bagus digunakan untuk pendidikan dan hiburan bagi anak-anak. Namun pemantauan dan pengawasan secara rapi harus dilakukan secara oleh ibu bapa agar anak-anak tidak tersilap langkah sehingga mereka hanyut dalam dunia Youtube tanpa batasan.




Hakcipta iluminasi.com (2017)