Pada zaman teknologi kini, ada segelintir ibu bapa yang mengambil jalan mudah mengelakkan anak kecil mereka meragam dengan membiarkan mereka menonton kartun kegemaran mereka di YouTube secara bersendirian.
Seperti yang kita tahu, pendedahan awal anak-anak kepada gajet adalah tidak baik untuk perkembangan otak dan pembesaran anak-anak. Selain boleh menyebabkan ketagihan, anak-anak yang gemar menonton video selalunya akan menghadapi kesukaran bergaul dengan orang di sekitar mereka.
BESARKAN TEKS A- A+
Dari aspek kesihatan pula, banyak laporan bahawa anak-anak yang didedahkan terlalu awal dengan gajet selalunya menghadapi kekurangan dari segi fizikal. Mereka menghadapi kesukaran mengotor motor Dan sensori tubuh badan untuk mengawal anggota tubuh badan mereka.
Kini, ada seperkara lagi yang perlu dirisaukan.
Banyak laporan daripada ibu bapa mengatakan mereka terkejut apabila melihat kandungan sebenar video yang dilihat anak mereka. Sebagai contoh, video Spiderman yang ditonton anak mereka mengandungi adegan-adegan tidak senonoh yang tidak sepatutnya ditonton anak kecil.
Hal ini terjadi kerana ada pencipta video yang tidak bertanggungjawab menggunakan karakter kartun yang popular dalam kalangan kanak-kanak. Sekali tengok daripada thumbnail video tiada siapa menyangka ianya mengandungi elemen yang tidak elok.
Malangnya, pihak YouTube tidak dapat menapis kandungan seperti ini. Kandungan seperti ini juga melepasi tapisan Youtube Kids, aplikasi khas untuk kanak-kanak.
Selain Spiderman, kartun Peppa Pig juga tidak terkecuali. Ada video yang mengajar anak anda mencederakan diri sendiri seperti yang dapat dilihat dibawah.
Selain Spiderman Dan Peppa Pig, beberapa karakter popular kartun seperti Mickey Mouse, Elsa (daripada filem Frozen), Power Rangers dan banyak lagi turut dimanipulasi. Pembuat video in licik kerana mereka menggunakan saluran kanak-kanak di YouTube untuk mempertontonkan video mereka. Selain itu, video-video palsu ini kerap menukar thumbnail video menyebabkan ianya sukar dikenalpasti.
Kepada ibu bapa, tolong sangat-sangat jangan biarkan anak-anak kecil anda menonton video YouTube secara berseorangan! Lagi elok, elakkan terus memberi pendedahan terhadap gajet sebelum tiba masanya.
Tips Untuk Ibu Bapa
1. Pastikan sentiasa menonton bersama-sama dengan anak-anak.
2. Tukar settings mode Parental kepad ON.
3. Sekiranya terdapat mana-mana channel yang memaparkan video tidak elok, block channel tersebut.