Sumber Foto: 87am.com
YouTube adalah sebuah syarikat gergasi di dunia. Video yang dimuat naik ke YouTube dalam masa 60 hari adalah lebih banyak daripada 3 stesen rangkaian televisyen utama Amerika Syarikat dalam masa 60 tahun.
Secara purata, pengguna internet meluangkan masa antara 15 hingga 25 minit sehari menonto video di YouTube. Akan tetapi, sejauh manakah pengetahuan kita tentang laman web perkongsian video terbesar di dunia ini?
BESARKAN TEKS A- A+
Tahukah anda video klip manakah yang paling banyak tontonannya? Boleh anda namakah 3 orang pengasas YouTube?
1. Peranan PayPal Dalam Penubuhan YouTube
Sumber Foto: ebaumsworld.com
YouTube telah diasaskan oleh Chad Hurley, Steve Chen dan Jawed Karim pada tahun 2005. Ketiga-tiga mereka mengenali antara satu sama lain ketika bekerja di sebuah startup Internet pada ketika itu iaitu PayPal.
Selepas membaca sebuah artikel berkenaan PayPal, Chad terus menghantar email kepada syarikat pembayaran dalam talian tersebut bagi memohon pekerjaan. Malah, beliau adalah individu yang bertanggungjawab mereka cipta logo PayPal
Operasi YouTube pada awalnya dibiayai melalui bonus yang diterima pengasas-pengasasnya setelah PayPal dibeli oleh eBay. Pasti kita boleh setuju tanpa PayPal, pasti YouTube tidak wujud.
2. YouTube Bermula Sebagai Laman Dating
Ketika masih bekerja di PayPal, Steven dan Chad menghadapi masalah untuk berkongsi sebuah rakaman video di parti makan malam. Jawed pula gagal menemui video Janet Jackson dan Justin Timberlake ketika Superbowl 2004.
Daripada kedua permasalahan ini, timbul sebuah idea untuk menghasilkan sebuah laman sesawang sebagai platform perkongsian video. Namun, konsep dan arah tuju laman tersebut adalah lebih kepada sebagai Laman Dating.
Maka, terhasil sebuah laman sesawang dating iaitu 'Tune In Hook Up' yang akhirnya berubah hala tuju menjadi sebuah laman perkongsian video umum iaitu YouTube.
3. Video Pertama Yang Dimuat Naik Ke YouTube
Video pertama yang telah dimuat naik ke YouTube langsung bukanlah sebuah video klasik. Video tersebut dirakamkan oleh Yakov Lapitsky di San Diego Zoo yang memaparkan pengasas bersama YouTube iaitu Jawed Karim di hadapan sebuah kandang gajah, berbicar tentang belalai gajah yang panjang.
Sehingga saat artikel ini ditulis, video tersebut telah ditonton sebanyak 44,373,925 kali sejak ia dimuat naik kali pertama di YouTube pada 23 April 2005.
4. YouTube Menyebabkan Masalah Kepada Utube
Sumber Foto: mashable.com
Nama domain YouTube.com telah didaftarkan pada Hari Valentine pada tahun 2005. Pendaftaran ini, bagaimanapun, telah menyebabkan salah faham besar dengan Universal Tube & Rollform Equipment yang beribu pejabat di Perrysburg, Ohio.
Nama domain syarikat tersebut adalah 'utube.com'. Hal ini menyebabkan syarikat tersebut menyaman YouTube atas alasan perniagaan mereka terjejas dengan laman video tersebut, namun tuntutan saman berkenaan ditolak.
Kini, Universal Tube & Rollform Equipment telah menerima kenyataan dan mereka akhirnya membuat keputusan untuk menukar nama laman sesawang mereka kepada utubeonline.com.
5. Statistik YouTube Yang Mengagumkan
Sumber Foto: neilpatel.com
Sehingga Februari 2011, jumlah pengguna YouTube bertambah pada kadar 490 juta setiap bulan, dengan kadar tontonan sebanyak 92 bilion views dalam jangka masa yang sama.
Kesemua pengguna YouTube meluangkan masa lebih kurang 2.9 bilion jam setiap bulan menonton video, sekiranya ditukar kepada tahun bersamaan lebih kurang 330,000 tahun.
Statistik ini adalah berdasarkan laman sesawang YouTube semata-mata, tidak termasuk video yang ditonton di apps menggunakan telefon pintar.
Statistik media sosial berkaitan YouTube juga menunjukkan nombor yang agak mengagumkan. Secara purata, terdapat lebih daripada 400 tweets yang mengandungi pautan YouTube setiap minit.
6. Video Paling Banyak Tontonan
Tidak termasuk video muzik, video yang paling banyak mendapat tontonan sepanjang YouTube ditubuhkan adalah video klasik 'Charlie bit my finger', dengan jumlah tontonan sebanyak 856,949,216 kali ketika artikel ini ditulis.
Sekiranya video muzik diambil kira, video yang mendapat tontonan paling tinggi setakat ini adalah video lagu Despacito oleh Luis Fonsi ft. Daddy Yankee dengan jumlah tontonan sebanyak 4,593,704,011 kali.
Rujukan: