(Video pertama di Youtube, oleh pengasas bersama laman ini iaitu Jawed Karim)

Mungkin ramai yang tak menyedari bahawa satu ketika dahulu, Youtube bukanlah platform nombor satu yang membuatkan video-video kelakar dan mengejutkan menjadi tular.

Sebelum zaman kegemilangan Youtube, orang ramai terpaksa berkongsikan video di laman-laman web lawak, forum dan juga melalui e-mel.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dan walaupun ketiadaan Youtube atau Facebook, video-video menarik masih mampu tular ke seluruh dunia. iluminasi.com kongsikan 10 video yang tular sebelum wujudnya Facebook dan Youtube.

1. Star Wars Kid - 2003

Bagi peminat Star Wars, mereka masih menyukai video ini sehingga ke hari ini.

Pada awal tahun 2000-an, seorang remaja merakamkan dirinya melakonkan adegan pertarungan khayalan dengan berpura-pura menggunakan pedang lampu Star Wars.

Menurut Know Your Meme, video itu dimuat naik ke perisian Kazaa dan kemudian mula tersebar dari sana, berakhir di beberapa laman web lawak di Internet dan akhirnya berubah menjadi parodi serta remix yang dibuat dengan kesan khas yang berbeza.

Dianggarkan bahawa video Star Wars Kid yang belum diedit kini telah ditonton lebih dari 1 bilion kali.

2. Ookgachaka Baby - 1996

Ini antara video yang akan membawa anda kembali ke masa lalu, sejauh 24 tahun yang lalu ke tahun 1996.

Video Dancing Baby yang juga dikenali sebagai "Oogachaka Baby", memaparkan animasi bayi 3 dimensi tahun 1990-an dengan hanya memakai lampin sambil menari-nari berlatarbelakangkan lagu oleh band rock Sweden.

Video ini tular melalui mesej rantaian e-mel yang di-forward-kan, ketika kita masih berada di tahap pertama World Wide Web, jauh sebelum era Web 2.0.

3. Rejected - 2000

Satu filem komedi pendek yang berjudul Rejected, mula muncul di laman web lawak internet pada awal tahun 2000-an, dan telah dinominasikan untuk Filem Pendek Animasi Terbaik di Academy Awards tahun 2000.

Kartun itu mengandungi adegan aneh dan tidak masuk akal, termasuk kandungan yang tidak sesuai untuk tontonan umum.

Petikan seperti "I am a banana" dan "My spoon is too big" daripada filem ini menjadi ayat yang sangat popular sehinggakan dilakonkan kembali dan dilakukan parodi oleh para peminat.

4. Numa Numa - 2004

Anda mungkin tidak pernah melihat atau mengenali mana-mana peminat muzik pop daripada lelaki dari video Numa Numa.

Pencipta video itu merakamkan dirinya sendiri menari dan melakukan lip-sync lagu Dragostea din Tei oleh O-Zone.

Video ini kemudiannya dimuat naikkan ke laman hiburan Newgrounds pada tahun 2004. 

Ia membawa senyuman kepada ramai orang sekaligus menjadi viral. Sejak dimuat naik, video ini ditonton berjuta-juta kali, dan hingga kini mungkin telah mencapai jumlah tontonan lebih dari 1 bilion.

5. The End of the World - 2003

Pernah tak anda terfikir tentang kekacauan yang mungkin berlaku apabila dunia akhirnya berakhir?

The End of the World (atau The End of Ze World) adalah kartun animasi yang tidak masuk akal yang menjadi tular selepas ia dimuat naik ke laman lawak di Internet iaitu Albino Blacksheep pada tahun 2003.

Beberapa bahagian penceritaan dalam kartun itu menjadi kata-kata Internet yang ikonik, seperti "I am le tired," dan "WTF, mate?".

Selepas membuat kemunculan pertamanya, muat naik video ini dengan pantas merebak ke laman lawak lain, menambahkan ketularannya.

6. All Your Base Are Belong To Us - awal 2000-an

Satu lagi video tular yang benar-benar membawa kita kembali ke masa silam adalah satu klip watak permainan video yang salah dari segi tatabahasa, dengan mengatakan "All your base are belong to us", dari permainan video Zero Wing 16-bit tahun 1998.

Kata-kata yang berbunyi seperti robot dan salah tatabahasa itu merebak di Internet seawal tahun 1998, menurut Know Your Meme.

Ia kemudiannya menjadi tular pada awal tahun 2000-an di laman seperti Something Awful, Newgrounds dan forum perbincangan di seluruh web.

7. Badger Badger Badger

Badger Badger Badger adalah kartun animasi yang muncul di laman sesawang weebls-stuff.com. 

Ia memaparkan sekumpulan luak, cendawan dan seekor ular, kesemuanya menari dengan lagu yang tak masuk akal.

Lagu itu hanya mengulangi perkataan "Badger" diikuti dengan kemunculan beberapa ekor luak, kemudian menyebut "mushroom" beberapa kali dan yang terakhir, "snake, it's a snake!".

Keseluruhan animasi hanya berlangsung beberapa saat sahaja tetapi ia telah diulang-ulang dalam video yang sama. Tak lama kemudian, ia menjadi inspirasi kepada banyak parodi dan remix.

8. Llama Song - 2004

Hampir semua orang dapat mengingati lagu Llama Song ini, kan?

Pada tahun 2004, pengguna DevianArt memuat naik satu video animasi berkenaan satu lagi yang "gila" tentang llama dan beberapa keping gambar lama yang muncul setiap kali perkataan "llama" dinyanyikan.

Selepas semua llama muncul, lagu ini mula menyenarikan lebih banyak objek, manusia dan itik yang tak berkenaan.

Menurut Know Your Meme, video ini dengan pantas menerima lebih daripada 50,000 tontonan di DevianArt sebelum tersebar ke Newgrounds dan Albino Blacksheep, di mana ia menarik beratus-ratus ribu tontonan lagi.




Hakcipta iluminasi.com (2017)