Ular berbisa adalah sangat menarik dan menakutkan pada masa yang sama. Ular dikelaskan sebagai beracun jika ia mampu untuk menyuntik racun dan mampu membahayakan anda melalui sentuhan atau apabila anda memakannya.
iluminasi.com ingin kongsikan 10 ular paling berbisa di dunia yang mana ditakuti di negara-negara habitat ular ini kerana racunnnya yang toksik mampu membunuh manusia dengan begitu pantas.
BESARKAN TEKS A- A+
Nota: LG adalah lethal dose (dos membunuh), diiukur pada kadar miligram toksin bagi setiap kilogram jisim badan. Sebagai contoh, ular jenis tertentu dengan LD50 mampu membunuh 50% daripada mangsanya secara purata.
1. Death Adder
Ditemui di Australia dan New Guinea, ular Death Adder adalah pemangsa ular lain. Antara ular-ular yang diserang oleh Death Adder termasuklah di antara ular-ular paling beracun di dunia yang terdapat dalam senarai ini.
Rupa ular ini kelihatan sama seperti Viper dengan kepala yang pendek dan berbentuk segitiga. Ular ini berupaya menyuntik di antara 40 hingga 100mg racun dengan 40 hingga 50LD.
Jika anda dipatuk, anda akan lumpuh sepenuhnya dan dalam masa 6 jam, sistem pernafasan akan gagal dan kematian berlaku. Gejala-gejalan patukan ular ini tidak berlaku serta merta yang mana anda boleh mendapatkan antivenin.
Berita baiknya, antivenin ini adalah sangat berjaya dalam merawat patukan Death Adder. Ular ini mempunyai serangan yang paling pantas di dunia dan mampu menyerang dan kembali ke kedudukan asal, dan menyerang kembali hanya dalam masa 0.13 saat.
2. Viper
Ular Viper boleh ditemui di seluruh dunia tetapi yang paling berbahaya dalam spesis ini tinggal di beberapa bahagian Asia seperti India dan China. Ular Viper Saw Scaled dan Chain Viper aktif pada waktu malam dan mudah marah.
Ia sering kelihatan selepas hujan lebat dan tersangat pantas. Racunnya kerap menyebabkan gejala-gejala tepat di bahagian yang dipatuk seperti sakit dan bengkak. Gejala lain yang menimbulkan masalah adalah pendarahan pada bahagian gusi disebabkan oleh pengurangan tekanan darah dan kadar degupan jantung.
Mangsa akan mengalami lecur yang boleh merebak ke seluruh anggota badan. Kesakitan yang teruk dirasakan selama 2 hingga 4 minggu. Kematian mungkin berlaku secara perlahan yang mana septikemia, kegagalan pernafasan atau jantung akan berlaku pada bila-bila masa bermula dari hari pertama hingga ke minggu ke-2.
3. Ular Tedung Filipina
Kebanyakan ular tedung adalah berbisa tetapi tidak membawa maut, namun pengecualian berlaku pada ular tedung Filipina. Ular tedung ini mampu meludahkan racunnya sehingga jarak 3 meter, yang bermakna jika anda terserempak dengannya, ia adalah satu masalah besar.
Racun neurotoksiknya menghalang sistem kardio dan pernafasan daripada berfungsi dengan betul. Bagi mereka yang terkena patukan ular ini, sistem pernafasan akan menjadi lumpuh dan kematian akan berlaku dalam masa 30 minit.
Kerosakan tisu tidaklah begitu teruk tetapi neurotoksin menghalang isyarat saraf. Gejala-gejala yang diikuti selepas patukan termasuklah muntah-muntah, sawan dan sakit pada bahagian perut.
4. Ular Harimau
Racun neurotoksik ular harimau yang biasanya ditemui di Australia ini adalah tersangat kuat yang mampu menyebabkan kematian dalam masa 30 minit selepas patukan. Sebelum terhasilnya antivenin, kadar kematian patukan ular ini adalah 70%.
Gejala-gejala seperti sakit pada bahagian kaki atau leher diikuti berpeluh adalah tanda awal yang dialami mangsa. Mangsa kemudiannya sukar untuk bernafas dan menjadi lumpuh.
Ular harimau tidak agresif jadi jika anda terserempak dengan ular ini, biarkan ia bersendirian dan ia akan beredar dengan aman. Dan jika ular ini menyerang, jarang sekali ia akan terlepas sasaran.
5. Black Mamba
Ular Black Mamba menjadi terkenal melalui siri pertama filem Kill Bill dan mempunyai habitat di benua Afrika. Black Mamba adalah ular yang paling pantas di atas muka bumi yang mampu bergerak denagn kelajuan mencecah 20 kilometer sejam.
Spesis ini sangat agresif dan mampu menyeranga dengan ketepatan tinggi dan kemungkinan untuk menyerang bertubi-tubi. Malah, ia mempunyai keupayaan menyerang mangsa sehingga 12 kali dalam satu patukan yang cukup beracun untuk membunuh 10 hingga 25 orang dewasa.
Racunnya, seperti kebanyakan ular beracun lain adalah neurotoksin yang mengandungi LD50, yang mampu menyalurkan purata 125 hingga 400mg racun dalam satu patukan.
Mangsa patukan akan mula berasa seperti sengat pada badan diikuti dengan masalah penglihatan dan menjadi keliru. Mangsa tidak dapat mengawal otot dan tanda-tanda yang menyebabkan kematian berlaku dengan cepat membuatkan rawatan segera diperlukan.
Kelumpuhan atau serangan jantung akan berlaku dan akhirnya mangsa akan koma atau mati. Jika antivenin tidak diberikan, hampir 100% jaminan bahawa mangsa akan mati. Kematian akibat racun Black Mamba boleh berlaku dalam masa 15 minit sahaja.
6. Ular Taipan
Tahap kekuatan racun ular Taipan adalah ia cukup beracun untuk membunuh 12,000 ekor tikur. Ular yang ditemui di Australia ini mengeluarkan racun yang akan menyekat arteri, disebabkan oleh darah beku.
Ia sangat agresif dan tangkas, memberikan reputasinya serupa dengan Black Mamba dalam pelbagai segi. Racunnya juga sangat neurotoksik dan sebelum formula antivenin terhadap racun ini ditemui, tiada mangsa yang terselamat daripada patukannya.
Patukan ular ini menyebabkan kematian dengan begitu cepat, biasanya dalam masa 1 jam. Mangsa yang terselamat biasanya akan berada di hospital untuk tempoh yang lama.
7. Blue Krait
Ular Blue Krait adalah spesis yang terdapat di Asia Tenggara dan Indonesia dan adalah yang paling berbisa dalam spesisnya. Ia juga dikenali sebagai Malayan Krait dan biasanya ditemui di Vietnam dan juga di Malaysia, dengan nama ular katam tebu putih.
Walaupun antivenin (penawar) digunakan namun separuh daripada kes patukan ular ini mampu menyebabkan kematian. Jika tidak diberikan antivenin, kadar kematian adalah 85%.
Blue Krait dianggap sebagai ular kanibal kerana cenderung untuk memburu ular-ular lain dan juga spesis mereka sendiri. Ular ini berjaga pada waktu malam dan agak pemalu, lebih suka untuk tidak menyerang jika terancam.
Racun neurotoksin Blue Krait tersangat kuat dan gejala-gejala patukan berlaku dengan cepat. Lumpuh otot bersama-sama kekejangan dan menggigil akan dirasakan sebelum berlakunya kelumpuhan.
Nasib baik ular ini hanya aktif pada waktu malam, jadi tak ramai yang menjadi mangsa patukannya.
8. Ular Tedung Coklat
Eastern Brown Snake atau ular tedung coklat adalah antara yang paling berbisa dengan 1/14.000 racunnya mampu membunuh orang dewasa. Ular ini gemar tinggal di kawasan berpenduduk di Australia dan mempunyai pergerakan yang tersangat pantas.
Ia sangat agresif dan mungkin mengejar serta menyerang mangsa berkali-kali. Malah, ular ini yang masih muda mampu membunuh manusia. Ia mempunyai neurotoksin dan koagulan darah di dalam racunnya, membuatkan ia sangat berbahaya.
Ular tedung coklat biasanya hanya bertindak balas terhadap pergerakan dan kerap kali, patukannya tidak mengandungi racun.
9. Ular Taipan Pedalaman
Ular ini adalah "godfather" kepada ular beracun yang mendiami planet bumi. Patukan ular ini yang dilaporkan menunjukkan bahawa satu patukan iaitu 11mg mampu membunuh 100 manusia. Ia mempunyai LD50, 10 kali ganda lebih beracun daripada ular-ular yang mampu membunuh manusia dewasa.
Spesis ini adalah lebih umum daripada ular tedung. Ular taipan pedalaman tidak agresif dan jarang ditemui oleh manusia. Kemungkinan untuk membunuh manusia dalam masa 45 minit adalah munasabah, namun belum ada kematian yang dilaporkan.
Walaupun besar, taipan pedalaman adalah ular yang tidak aktif yang menghabiskan banyak masa untuk bersembunyi.
10. Ular Laut Belcher
Ular ini adalah spesis ular laut yang mempunyai keupayaan untuk membunuh 1,000 orang dengan hanya beberapa miligram racunnya. Patukan ular laut Belcher tidaklah begitu sakit namun apabila neurotoksin nya meresap, rasa pada kaki anda akan mula hilang.
Anda akan tercekik kesakitan secara perlahan-lahan. Ular ini adalah makhluk yang jinak secara semulajadi dan kurang daripada 1/4 patukannya dirembeskan racun bersama. Kerap kali yang menjadi mangsa kepada ular ini adalah para nelayan apabila terjerat pada jala mereka.
Ular Belcher biasanya dijumpai di Asia Tenggara dan juga Australia Utara.