Percutian adalah sangat berharga di mana ramai orang menyimpan wang sepanjang tahun untuk melancong yang diharapkan dapat memberikan pengalaman menyeronokkan dan memuaskan.
Jadi, tak ada apa yang lebih mengecewakan apabila realiti yang diharapkan terhadap destinasi anda jauh daripada apa yang dibayangkan.
Mungkin anda terpengaruh dengan kata-kata orang lain atau tidak melakukan penyelidikan yang mencukupi, tetapi ini adalah perkara yang tidak sepatutnya berlaku.
BESARKAN TEKS A- A+
iluminasi.com kongsikan 10 tarikan pelancong yang tak berbaloi untuk dilawati.
10. Beranda Romeo dan Juliet - Itali
Romeo dan Juliet adalah karya fiksyen terkenal dan menakjubkan oleh Shakespeare.
Beranda ini dibina lama selepas karya ini dihasilkan dan tidak mempunyai sebarang kepentingan sejarah.
Ia seolah-olah pemiliknya memutuskan untuk memberikan nama beranda ini "Beranda Romeo dan Juliet" hanya untuk menarik pelancong dan menjana pendapatan.
Beranda ini sangat sesak dengan orang ramai dan banyak gula-gula getah di dindingnya. Rumah itu sendiri agak berbau dan kotor.
9. Manneken Pis - Belgium
Terletak di Brussels, patung ini dihasilkan pada abad ke-15 dan bersaiz kira-kira 55 sentimeter.
Patung ini secara harfiahnya adalah seorang kanak-kanak lelaki yang sedang kencing.
Ia dipakaikan dengan pakaian yang berbeza mengikut perayaan, dan dengan hanya melihat gambar-gambar yang diambil oleh para pelancong, ia benar-benar sesuatu yang membuang masa.
Tiada apa yang menarik mengenai patung ini.
8. Hollywood Walk of Fame - Amerika Syarikat
Jika anda seorang yang tidak fanatik dan obses terhadap selebriti, maka tempat ini tidak akan menarik minat anda sedikit pun.
Bagi peminat selebriti, tempat ini adalah seperti harta karun, tetapi ia menjadi bosan dengan cepat.
Anda akan melihat nama orang yang terkenal, kemudian yang nama-nama selebriti lain dan ramai lagi, sehinggakan anda sudah terbiasa dengannya.
Kebanyakan pelancong rating yang sederhana terhadap Walk of Fame ini, dengan beberapa orang menyanjung penghormatan kepada sejarah Hollywood dan yang lainnya menjelaskan betapa "kotor" nya kawasan itu.
Oleh kerana anda akan berada di Hollywood, terdapat banyak lagi tarikan lain yang akan menarik perhatian anda lebih baik daripada Walk of Fame ini.
7. Trevi Fountain - Itali
Terletak di Rom, air pancut ini mempunyai sejarah yang menarik.
Ia dikatakan memiliki keupayaan untuk mengabulkan permintaan seseorang, cerita dongeng yang menjadikannya lebih menarik.
Tempat ini benar-benar penuh sesak dengan pelancong yang cuba membaling duit syiling mereka ke dalamnya. Air pancut terkenal ini menarik 1,200 orang setiap jam.
Jadi, jangan harap untuk bergambar bersendirian bersama air pancut ini.
Ia adalah air pancut yang menarik tetapi tidak ada apa yang mengagumkan.
5. Empire State Building - New York, Amerika Syarikat
Bangunan Empire State membolehkan pengunjung menikmati pemandangan panorama Manhattan dari tingkat ke-86.
Sebagai alternatif, pelancong boleh membayar lebih dan tidak perlu beratur melalui lawatan dengan pemandu pelancong di tingkat ke-102.
Tarikan pelancong ini tidak berbaloi jika anda mengambil kira semua gedung pencakar langit di New York.
Pada dasarnya, anda membayar untuk melihat pandangan yang anda boleh dilihat dari bumbung hotel atau restoran, dengan bayaran yang lebih rendah.
Bayaran masuk adalah RM155 untuk orang dewasa.
4. Stonehenge - Wiltshirem, England
Ini adalah salah satu keajaiban dunia dan ramai pengunjung dari seluruh dunia datang ke sini untuk melihatnya.
Akan tetapi, para pelancong tidak dibenarkan mendekatinya. Oleh kerana ia adalah salah satu 7 Keajaiban Dunia, anda sudah boleh menjangkakan ia akan sesak dengan orang ramai.
Anda juga perlu berhadapan dengan ramai lagi pelancong yang cuba mengambil gambar. The Stonehenge mempunyai cerita yang menarik, tetapi secara fizikal, ia hanya longgokan batu yang tertumpu dengan beberapa daripadanya tersusun di atas yang lain.
Tiket berharga RM104 untuk orang dewasa dan RM62 untuk kanak-kanak.
3. The Forbidden City - Beijing, China
Terletak di Beijing, nama Forbidden City atau Kota Terlarang mempunyai banyak perkara yang menerujakan. Namun, ia menjadi satu kekecewaan besar.
Setelah sampai, anda akan melihat barisan orang beratur yang panjang dan halangan bahasa kerana kebanyakan daripada pelancong di sini adalah orang China.
Dan apabila anda masuk ke dalam, ia seolah-olah seperti halaman yang besar, penuh dengan kekosongan.
3. Mona Lisa - Paris, Perancis
Muzium Louvre di Paris menempatkan salah satu koleksi seni terhebat di dunia, termasuk "Mona Lisa" hasil karya pelukis Leonardo da Vinci.
Lawatan ke muzium bersejarah ini pasti sangat bernilai. Walau bagaimanapun, Louvre juga merupakan salah satu tempat yang paling banyak dikunjungi di dunia dan menyaksikan 8.1 juta pelancong pada 2017, menurut kenyataan akhbar muzium.
Orang ramai yang sibuk dengan mengambil gambar yang membuatkan anda sukar menikmati "Mona Lisa" dengan tenang.
Kawasannya terlalu kecil dan terlalu sesak untuk anda melihat lukisan tersebut dengan jarak yang dekat. Malah, anda boleh mendapatkan pandangan yang lebih jelas melalui buku atau internet.
Bayaran masuk ke Louvre adalah RM80.
2. Big Ben - London, England
Big Ben bukanlah nama sebenar bagi menara ini, tetapi ia merupakan nama jam gergasi yang anda lihat.
Nama rasmi menara ini adalah Menara Jam ("Clock Tower"), dan kemudiannya dinamakan semula sebagai Menara Elizabeth pada tahun 2012.
Secara umumnya dianggap sebagai salah satu tempat yang paling ikonik di London, Big Ben menjanjikan tarikan yang mengagumkan dalam dalam fikiran para pelancong.
Oleh sebab itu, Big Ben menjadi antara salah satu "perangkap" pelancong paling overrated di seluruh England.
Pengunjung yang begitu ramai dan sesak berhampiran Big Ben membuatkan pengalaman di sini sangat sibuk.
Malah, Big Ben kini sedang proses penambahbaikan yang hanya dijangka siap menjelang tahun 2021. Jika anda melawati Big Ben, apa yang akan anda lihat hanyalah sebuah menara yang dibalut dengan plastik.
1. Menara Eiffel - Paris, Perancis
Ini mungkin antara tarikan pelancong yang paling terkenal di dunia, tetapi sanga sesuai untuk diungkapkan sebagai indah khabar dari rupa.
Menara Eiffel terletak di "Kota Cinta" di tengah-tengah bandar Paris. Ia merupakan sebuah "menara besi" yang dibina pada tahun 1887 dan siap 2 tahun kemudian.
Jika anda melihat daripada gambar-gambar di internet, ia kelihatan sangat indah membuatkan anda teringin untuk melawatinya. Namun setelah sampai, anda akan berkata "Tak ada apa yang seronok pun di sini".
Kebanyakan pelancong yang telah sampai ke sini rata-rata mengatakan bahawa Menara Eiffel adalah antara tarikan pelancong paling overrated di dunia.
Malah, terdapat satu sindrom yang dikenali sebagai "Paris Syndrome" dalam kalangan orang Jepun. Ia merupakan satu sindrom di mana orang Jepun mempunyai bayangan pengalaman cinta fantasi, kehidupan glamor dan fesyen di kota ini.
Namun, apa yang berlaku kepada sebahagian daripada mereka adalah delusi teruk dengan kebimbangan, halusinasi dan juga pening kepala selepas mengetahui realiti di Paris tak seperti yang dibayangkan selama ini.
Namun, tak salah jika anda ingin melawatinya jika sudah berada di bandar ini.
Cuma, anda harus berhati-hati dengan penyeluk saku dan penipu yang tersangat berleluasa di sekitar menara ini, menjadikannya tidak begitu berbaloi untuk dilawati.