Entah apa yang berlaku, dengan tiba-tiba di negara kita muncul ramai pula lelaki-lelaki yang telah pun menjadikan diri mereka wanita. Bukan sekadar wanita, malahan wanita seksi pula.
Aduh sakit betul jiwa bila ada orang kongsikan gambar 'wanita-wanita' ini yang seksi dengan gaya menggoda. Artikel ini ditulis bukan dengan niat ingin menerangkan kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh golongan-golongan ini tetapi lebih kepada untuk mempersiapkan masyarakat dan orang ramai apa reaksi yang sebenarnya yang patut kita berikan, apabila kita berhadapan dengan mereka atau video mereka?
1. Bolehkah kita menonton video golongan ini?
Sebenarnya, tidak ada masalah untuk menonton video yang mereka muat naik itu cuma syaratnya ada.
2. Apa syaratnya?
Syaratnya, jika anda merasakan ada keinginan nafsu syahwat pada mereka, sudah jatuh haram pada anda menonton video tersebut walaupun mereka sama jantina dengan anda.
3. Adakah saya seorang gay jika saya bernafsu menontonnya?
Tidak. Ini kerana mereka sudah menyerupai wanita jadi naluri kita tetap akan 'tergoncang' melihat mereka yang mempunyai badan seakan-akan wanita. Usahlah risau jika anda ada rasa 'tertarik' tu tetapi ingatlah, bila terbit rasa keinginan itu, hentilah menonton mereka-mereka ini.
4. Bolehkah saya berkawan dengan golongan ini?
Boleh. Berkawan dengan mereka tidak ada masalah. Berkawan dengan niat untuk cuba mengambil kesempatan tidak patut dilakukan.
5. Bolehkah saya bersalaman dengan mereka?
Bergantung juga kepada nafsu. Adakah anda merasakan seronok ketika berpegangan tangan dengan mereka? Adakah wujud tarikan seksual pada anda apabila melihat mereka? Jika ya, anda tetap haram untuk bersalaman dengan mereka walaupun mereka lelaki.
6. Adakah salah saya terlihat 'buah dada' mereka?
Dalam situasi ini, anda kena bezakan - katakanlah anda baru lepas main futsal berpeluh-peluh dan rakan anda membuka baju sehingga nampak puting, adakah puting dia merangsang anda? Jika dalam situasi itu tidak merangsang anda, tidak mengapa, lagipun berapa ramai lelaki yang tergoda dengan dada rakan sendiri? Namun jika anda terangsang serta ingin menghulurkan tangan apabila ditayangkan buah dada palsu, perbuatan itu ditegah oleh Islam dan jauhilah. Alihkanlah pandangan anda secepat mungkin sebelum tangan anda menyentuh tubuh mereka.
7. Mengapa masyarakat mempopularkan golongan ini?
Kami tidak pasti mengapa. Hipotesis kami - terlalu ramai lelaki yang ingin mencabar kaum wanita supaya menghias diri lebih cantik berbanding lelaki-lelaki lembut ini yang pada fizikalnya, memang boleh dikatakan mampu mengalahkan majoriti wanita-wanita di luar sana. Mungkin anda ada pandangan lain, sila kongsikan.
8. Lagi sekali saya tanya - betulkah saya tidak normal sekiranya saya rasa terangsang melihat mereka?
Andaikan anda tidak tahu gambar di atas sebenarnya lelaki, siapa yang anda nampak?
Anda akan nampak seorang wanita yang seksi. Dari segi potongan badan, punggung, alur dada dan gaya menggoda, memang mampu membuatkan sesiapa pun cair. Saya akui, jika saya tak tahu, saya akan katakan 'wanita' di dalam gambar di atas adalah seorang gadis yang cun-melecun.
Pada pendapat kami, tertarik kepada sesuatu yang kita nampak cantik dari segi luaran itu adalah normal dan tidaklah membuktikan kecenderungan untuk menjadi songsang. Bagaimanapun, alihkanlah pandangan.
Walau bagaimanapun, apabila anda sudah tahu dan apabila anda sudah jelas dia lelaki lalu anda masih lagi nak intai-intai, ya besar kemungkinan anda tidak normal.
9. Semuanya bergantung pada diri sendiri?
Benar. Kita perlu sedar walaupun pada asasnya berkawan dengan golongan ini tidaklah diharamkan tetapi amat mudah untuk situasi itu jadi haram. Apa reaksi kita ketika itulah yang akan menentukan status perhubungan kita dengan mereka.
Adakah syahwat kita terjentik atau kita yakin kita tidak langsung terasa sedikit pun daya tarikan pada mereka ini? Jika anda yakin anda langsung tidak ada tarikan pada mereka, tahniahlah. Penulis melihat wajah lelaki di soalan nombor 8 pun bergetar-getar jantung.
10. Kenapa masyarakat kita seolah-olah mempopularkan mereka?
Kerana ada di kalangan ahli masyarakat kita tidak peduli hal halal haram.
Itu saja penjelasan yang mampu kami berikan kerana terlalu mudah video-video yang memaparkan individu-individu songsang ini disebarkan merata-rata. Jika umat Islam di Malaysia kembali pada fitrah dan syarak, Insya Allah populariti mereka ini akan tenggelam.
Adakah itu yang masyarakat kita mahu lakukan bersama-sama? Wallahuall'lam.