Dunia sudah tiba di tahun 2018, dan hampir 80% daripada penduduk di bumi mengalami peradaban manusia yang membuatkan kita hidup dengan lebih baik daripada abad-abad yang lalu. Namun disebalik kemajuan teknologi yang dinikmati kebanyakan negara, masih terdapat negara-negara maju dan moden mengamalkan undang-undang yang agak terkebelakang.

Mungkin ada yang baik dan yang buruk, namun kini negara-negara ini telah memansuhkan undang-undang yang mana dahulunya dianggap sebagai kuno. iluminasi.com kongsikan 5 undang-undang negara moden yang sangat dahsyat tetapi kini sudah dimansuhkan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

5. Transgender di Perancis wajib dikasi sehingga tahun 2016

transgender perancis undang undang negara moden yang dahsyat 2

Ia merupakan satu realiti buruk bagi transgender di Perancis shingga Oktober 2016, kerana golongan ini diwajibkan di bawah undang-undang untuk disteril atau dikasi. Sebelum itu, golongan ini di Perancis yang mahu menukar nama dan jantina secara sah harus memberikan bukti mereka telah disterilkan secara kekal.

Proses pengsterilan atau pengasian adalah di mana seseorang itu dihapuskan kemampuanya untuk menghasilkan anak yang biasanya dilakukan dengan membuang atau menyekat organ pembiakan.

transgender perancis undang undang negara moden yang dahsyat

Ia bukan sahaja dijalankan di Perancis, malah Jerman, Sweden dan Norway juga melakuan yang sama dan masing-masing hanya melupuskan undang-undang ini pada tahun 2011, 2012 dan 2014.

Namun masih terdapat negara-negara yang menggunakan undang-undang ini seperti Finland dan Switzerland. Pada tahun 1970an, Sweden menjadi negara pertama yang membenarkan rakyatnya menukar jantina secara sahh dan juga mengisytiharkan golongan ini sebagai sakit mental dan tidak layak untuk membiak.

4. Lelaki homokseksual di Amerika Syarikat diharamkan menderma darah sehingga 2015

homoseksual amerika syarikat undang undang negara moden yang dahsyat

Katakan anda seorang lelaki yang sihat dan ingin serta sanggup mendermakan darah anda kepada mereka yang memerlukan. Anda menjaga pemakanan anda dan hanya minum air yang ditapis untuk 24 jam yang lalu dan tidur dengan cukup. Dan keesokan harinya anda dengan bangganya ke hospital untuk menderma darah.

Doktor bertanyakan beberapa soalan mudah mengenai kehidupan seks anda. Jika anda aktif secara seksual kebelakangan ini dan tiba-tiba anda diarahkan keluar dari bilik doktor. Apa yang berlaku? 

homoseksual amerika syarikat undang undang negara moden yang dahsyat 2

FDA (Food & Drug Administration) Amerika telah lama mengenakan sekatan terhadap lelaki yang pernah melakukan hubungan seks homoseksual daripada menderma darah. Ia bermula pada tahun 1983 ketika mana AIDS masih baru dan dikenali sebagai "wabak homoseksual". 

Namun kini kita lebih berpengetahuan mengenai AIDS dan hubungan sejenis membuatkan FDA melonggarkan sekatan ke atas golongan ini pada tahun 2015 yang membolehkan semua lelaki yang sihat untuk menderma darah, selagi mereka tak mengadakan hubungan sejenis dalam 12 bulan yang lalu.

homoseksual amerika syarikat undang undang negara moden yang dahsyat 3

Pendirian FDA adalah bahawa ia adalah tentang keselamatan, bahawa 12 bulan memastikan bahawa jika seseorang tidak sadar HIV positif, ia akan tetap muncul dalam pemeriksaan.

Tetapi jika kekurangan bekalan darah semakin teruk, diskriminasi ini menjadikannya tidak produktif. Pendirian FDA hanyalah untuk keselamatan, kerana tempoh 12 bulan memastikan jika seseorang yang tidak mengetahui bahawa dia adalah HIV positif, ia akan diketahui melalui pemeriksaan. 

3. Wanita Switzerland tak boleh mengundi sehingga tahun 1971

wanita switzerland tak dibenarkan mengundi undang undang negara moden yang dahsyat 4

Switzerland kelihatan seperti sebuah negara bertamadun dan malah menjadi antara negara yang paling selamat di dunia. Namun mereka juga mempunyai kekurangan. Lelaki di Switzerland mula mengundi bermula tahun 1291, namun ia jauh berbeza dengan wanita.

Dengan Amerika Syarikat membenarkan wanita berkulit putih mengundi pada tahun 1920, diikuti Britain pada tahun 1928, Switzerland pula mengambil masa yang terlalu lama membenarkan kaum hawa untuk mengundi sehingga tahun 1971.

wanita switzerland tak dibenarkan mengundi undang undang negara moden yang dahsyat 5

Switzerland merupakan salah satu negara di dunia yang mana rakyat mengundi secara langsung terhadap referendum untuk menukar perlembagaan mereka yang memberikan banyak kebaikan.

Tetapi walaupun negara-negara lain harus meyakinkan wakil rakyat mereka bahawa wanita mempunyai hak mengundi yang sama, rakyat Switzerland pula harus memenangi majoriti orang awam dewasa yang mana ramai di antara mereka tak suka berkongsi kuasa.

wanita switzerland tak dibenarkan mengundi undang undang negara moden yang dahsyat

wanita switzerland tak dibenarkan mengundi undang undang negara moden yang dahsyat 2

Dan terbuktilah ia benar di mana 67% daripada lelaki di Switzerland mengundi untuk membatalkan referendum 1959 yang memberikan hak mengundi kepada wanita. Dan pada tahun 1960an, Konvensyen Hak Asasi Manusia Eropah telah berpaling daripada Switzerland dan mereka mula berasa tersangat malu.

Selepas permohonan pengecualian istimewa di bawah keadaan yang semakin membimbangkan di mana keadaan membimbangkan itu adalah keengganan mereka untuk menganggap wanita sebagai manusia, Switzerland menggunakan Plan B iaitu mengadakan referendum mengenai hak mengundi pada tahun 1971.

Referendum ini berhasil dengan 66% daripada lelaki Switzerland bersetuju memberikan hak mengundi kepada wanita.

2. Undang-undang berzina Korea Selatan dimansuhkan pada 2015

berzina di korea selatan undang undang negara moden yang dahsyat

Berzina adalah sesuatu yang sangat jahat, merosakkan dan menjijikkan. Menurut undang-undang syariah, lelaki atau wanita yang sudah berkahwin akan dihukum rejam sampai mati jika didapati bersalah. Dan di Korea Selatan dari tahun 1953 hingga 2015 pula, mereka yang didapati bersalah akan dipenjarakan maksimum 2 tahun.

Dan pada waktu hukuman ini, suami atau isteri yang melakukan zina tidak boleh memfailkan perceraian. Undang-undang ini diwujudkan dengan tujuan yang baik iaitu memberikan perlindungan kepada wanita dalam masyarakat yang didominasi oleh lelaki.

berzina di korea selatan undang undang negara moden yang dahsyat 5

Namun ia bertukar menjadi satu kesempatan yang digunakan oleh wanita sebagai taktik untuk memaksa perceraian dan digunakan lelaki untuk mengugut wanita yang berkahwin. Undang-undang ini telah menjadi sesuatu yang bertentangan dengan apa yang direncanakan.

Sekurang-kurangnya 53,000 individu disabitkan kesalahan berzina dan angka ini hanyalah dihitung bermula tahun 1985. Walaupun hukuman ini semakin jarang dijatuhkan pada zaman moden ini, undang-undang ini masih membuatkan pihak polis menyerbu motel-motel untuk menangkap mereka yang curang ini.

berzina di korea selatan undang undang negara moden yang dahsyat 3 615

Akhirnya Korea Selatan menghapuskan undang-undang ini pada tahun 2015 dan mengisytiharkan masalah rumah tangga sebaik-baiknya diselesaikan sendiri oleh pasangan ini, lebih-lebih lagi kerana pihak mahkamah sudah letih mendengarkan pertengkaran yang berlaku.

1. Pengharaman pemilikan pornografi kanak-kanak di Jepun pada tahun 2014

pornografi kanak kanak jepun undang undang negara moden yang dahsyat 3

Semua negara bersetuju terhadap undang-undang anti-porno kanak-kanak, kecuali Jepun. Ia tidak perlu dibincangkan lagi kerana sudah terang-terang tidak bermoral dan menyalahgunakan kanak-kanak untuk tujuan yang sangat dahsyat.

Namun, Jepun hanya mengharamkan pengeluaran dan pengedaran pornografi kanak-kanak pada tahun 1999. Bagi sebuah negara yang maju, ia sangat memalukan Jepun. Malah, undang-undang ini dikuatkuasakan dengan teruk sekali menjadikan Jepun memperoleh reputasi sebagai "pusat pengeluaran dan penyeludupan pornografi kanak-kanak antarabangsa". 

pornografi kanak kanak jepun undang undang negara moden yang dahsyat

Reputasi ini sangatlah bertentangan dengan nama Jepun yang canggih dalam banyak bidang dan mencemarkan nama negara mereka. Disebabkan undang-undang pada tahun 1999 ini tidak mengharamkan pemilikan pornografi kanak-kanak, permintaan terhadap produk ini kekal tinggi.

Undang-undang pemilikan hanya wujud pada tahun 2014 dan termasuk tempoh penangguhan selama setahun yang memberikan masa kepada mereka untuk membuang bahan pornografi ini.

pornografi kanak kanak jepun undang undang negara moden yang dahsyat 4

pornografi kanak kanak jepun undang undang negara moden yang dahsyat 2

Setelah tempoh penangguhan ini tamat, mereka yang disabitkan kesalahan akan dikenakan hukuman setahun penjara dan denda sehingga RM38,000.

Namun, undang-undang ini tidak termasuk anime dan manga yang memaparkan seks kanak-kanak kerana syarikat penerbitan di Jepun mempunyai pengaruh yang kuat dan Jepun mempunyai pandangan yang agak pelik terhadap seks kanak-kanak.

Rujukan:

1. Time

2. History Switzerland

3. Guardian

4. Cracked

5. independent

6. BBC




Hakcipta iluminasi.com (2017)