Sejak kebelakangan ini, isu mengenai fahaman LGBT hangat diperkatakan dinegara ini. Isu yang dahulunya hanya diperkatakan negara-negara Barat nampaknya sudahpun menular ke dalam masyarakat majmuk di Malaysia. Paling mengecewakan, fahaman ini juga disokong oleh sesetengah orang yang mengaku beragama Islam.

LGBT adalah singkatan kepada Lesbian, Gay, Biseksual dan Transeksual. Dalam erti kata mudah, ianya adalah amalan yang bertentangan dengan fitrah seksual seorang manusia yang diciptakan Tuhan.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Sebenarnya kewujudan golongan LGBT ini amat menyukarkan dalam pelbagai perkara. Kewujudan mereka ini menyukarkan penentuan dalam pelbagai perkara yang biasanya dibuat berdasarkan jantina lelaki atau perempuan seperti dalam urusan pembahagian faraid, solat, penggunaan tandas awam, perkahwinan dan sebagainya.

Baru-baru ini, rancangan Wanita Hari Ini (WHI) telah menyiarkan satu rakaman mengenai tapi pengurusan jenazah seorang transgender. Dalam hal ini, pengurusan mayat seorang pondan iaitu seorang lelaki yang mahu menjadi seorang perempuan telah digunakan sebagai contoh.

Tulisan di bawah ini adalah rumusan dan catatan daripada program WHI tersebut yang telah ditulis oleh Pn. Salwa Salleh, seorang penulis buku kanak-kanak. Pihak kami telah diberikan kebenaran untuk mengulangsiar tulisan beliau ini. Sebagai perkongsian ini memberi manfaat kepada semua pembaca Iluminasi.com

Pengurusan jenazah bagi mayat 'pondan'

pengurusan jenazah

Topik ini memang saya tunggu semalam. Di WHI. Saya ikuti dan tunggu hingga tamat. Bagus betul ustaz yang dijemput ini cuma sayang sekali saya lupa namanya kerana mata saya lebih fokus pada tangannya mendemostrasi urusan 'mayat pondan' di depan.

Nota: Ustaz yang dimaksudkan adalah Ustaz Halim bin Zakaria. Terima kasih kepada pembaca Iluminasi yang memberikan info in.

Ini intipatinya: 

1. Jenazah akan diurus mengikut fitrah kelahirannya. Jika lahir kedunia lelaki, tidak kira walaupun telah buang kemaluan dan pasang buah dada, tetaplah lelaki yang menguruskannya. Begitu juga sebaliknya. 

2. Adapun yang lebih afdhal, jenazah diurus selia ahli keluarga sendiri. Ibu, ayah dan adik beradik. Suka juga bila ustaz mengingatkan, bukan hanya jenazah begini, malah jenazah biasa pun memang adalah paling baik jika keluarga yang dapat uruskan. 

menguruskan jenazah transgender pondan

3. Jika keluarga tidak setuju jenazah pondan ini di mandikan orang lelaki, makanya tiada pilihan melainkan meminta ahli keluarga sendiri menguruskan. (Maka tidak boleh jemaah/ahli masjid atau sesiapapun perempuan yang bukan mahram uruskan) .

4. Walaupun telah meninggal, jenazah dijaga aibnya. Proses mandi ditutup pula dengan sehelai kain agar tak nampak bentuk fizikal. Malah dalam sesetengah kes, muka juga ditutup supaya yang memandikan tak kenal. Sampai begitu sekali. Ustaz demo cara mandinya. Penuh tertib dan tak ada masalah walaupun ada kain di atas tubuh dan muka. 

5. Hingga ke urusan kafan, akan ikut cara kafan lelaki. Malah kebumi pun jika boleh dibuat seperti biasa dengan pihak yang menguruskan tidak akan menceritakan kepada sesiapa bentuk tubuh atau fizikal yang berubah untuk jaga keaiban arwah. 

Saya menung panjang. Sampai hari ini sebenarnya.

Kisah orang munafik pada zaman Rasulullah S.A.W.

kubur islam

Di zaman Rasulullah S.A.W, mereka yang bersembunyi di sebalik kebenaran; mengaku Islam tetapi munafik; mereka ini diketahui nabi tetapi tidak pernah diceritakan. Hanya seorang sahabat yang teguh memegang rahsia yang diberitahu kepadanya, yakni Hudzaifah Ibnul Yaman. 

Setelah kewafatan Rasulullah, Saidina Umar sangat takut jika-jika beliau adalah sahabat yang munafik. Beliau bertanya kepada Hudzaifah. Hudzaifah menafikan tetapi tidak menjawab atau menyatakan sebarang nama. Sahabat hanya tahu siapa yang munafik apabila berlaku kematian dan Hudzaifah tidak turut sama solat jenazah. 

Kewajipan menutup aib mayat

proses menanam mayat 212

Kenapa sampai begitu Rasulullah merahsiakan? 

Kerana mereka masih menyorok. Tidak menzahirkan. Dan Rasulullah menjaga aib mereka.

Dan ini juga sebegini rupa dilakukan para pemandi dan pengurus jenazah ketika mana kematian seorang yang menukar jantina tetapi secara rahsia. Urusan dosa pahala di tangan tuhan. Aib nya tetap kita simpan. 

Indah sungguh agama ini. Janganlah lagi wahai sahabat atau sesiapapun yang terang terangan mengaku membuat dosa. Meminta pula diiktiraf dan diberi ruang kekal membuat dosa. Hatta dosa sedikit manapun .

Malulah kamu pada tuhanmu yang menutup aib kamu dan aku. Janganlah kamu pula bermegah dan menayang aib dengan mudah . Kita semua pendosa. Bertaubatlah sementara masih bernyawa!




Hakcipta iluminasi.com (2017)