Zaman yang sedang kita jalani hidup ini adalah zaman yang sangat menarik untuk menjadi seorang peminat kereta.

Zaman moden telah membawa kecanggihan dan keupayaan kenderaan elektrik serta beberapa pembaharuan kepada kereta-kereta lama.

Rekod kelajuan terpantas telah dipecahkan saban kali disebabkan oleh persaingan pengeluar kereta untuk mendapatkan gelaran kereta terpantas di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dan bagi production car, iluminasi.com kongsikan 10 kereta terpantas di dunia bagi tahun 2010 hingga 2019.

Production car bermaksud adalah kereta model serupa yang dihasilkan secara besar-besarn, ditawarkan untuk dijual kepada orang ramai dan boleh dipandu secara sah di atas jalan awam (street legal). 

10. Noble M600

noble m600

Berada di tangga ke-10 adalah sebuah jenama kereta yang ramai di antara kita langsung tidak pernah dengar.

Noble adalah sebuah syarikat pembuat kereta butik British yang terkenal sebagai pengeluar kereta trek yang sangat dahsyat.

Noble M600 adalah sebuah kereta sukan buatan tangan dengan menggunakan keluli tahan karat dan serat karbon.

Dihasilkan bermula tahun 2010, kereta seberat 1,250 kilogram ini menggunakan enjin Volvo / Yamaha V8 berkembar dengan 650 kuasa kuda dan mampu mencecah kelajuan maksimum 362 kilometer sejam.

9. Pagani Huayra

pagani huayra 653

Tidak perlu diperkenalkan lagi, Pagani bukan sahaja jenama kereta popular di kalangan pengumpul mewah tetapi juga sangat popular bagi peminat kereta sukan.

Pagani menawarkan reka bentuk yang menjadi karya seni sebenar bagi jentera beroda. Dan bagi Pagani Huayra, ia bukan sahaja mempunyai reka bentuk yang sangat menggiurkan, tetapi juga tersangat pantas.

Para jurutera Pagani menyempurnakan kereta ini dengan enjin Mercedes AMG V12 bercaj turbo bagi menghasilkan 700 kuasa kuda, yang memberikan Huayra kelajuan maksimum 370 kilometer sejam. 

8. Zenvo TSI 1

zenvo tsi 1

Juga tidak begitu dikenali, Zenvo tidak memasuki kancah kereta sehinggalah pada tahun 2008, namun ia mendapat perhatian ramai dengan menghasilkan kereta prototaip dengan 1,163 kuasa kuda.

Beberapa tahun kemudian, prototaip itu menjadi kenyataan dengan penghasilan Zenvo TSI 1.

Kereta pertama Zenvo ini dilengkapi dengan enjin V8 5.8-liter supercharger berkembar yang mampu melonjak pecutan maksimum TSI 1 kepada 375 kilometer sejam.

7. Koenigsegg Regera

koenigsegg regera

Berada di kedudukan ke-7 adalah kereta hibrid pertama dalam senarai ini.

Pengeluar kereta Sweden, Koenigsegg telah menghasilkan antara kereta super yang paling mengagumkan sejak ia mula beroperasi pada tahun 1994.

Dan antara salah satunya adalah Koenigsegg Regera. Ciri yang paling menarik perhatian pada Regera sudah tentunya Autoskin, namun kereta ini masih memfokuskan tentang prestasi.

Ia menggabungkan 3 motor elektrik dengan enjin 5-liter turbo berkembar V8 untuk menghasilkan 1,500 kusa kuda yang mampu menjana kelajuan maksimum yang dihadkan secara elektronik, 402 kilometer sejam.

6. Koenigsegg Agera R

koenigsegg agera r

Jangan tersalah anggap kereta ini dengan Regera yang disebutkan di atas, kerana kereta ini juga merupakan keluaran Koenigsegg. Agera R adalah sebuah kereta super yang terhad, dengan pelbagai rekod pecutan.

Antara salah satunya adalah kereta terpantas yang mampu mencecah kelajuan 322 kilometer sejam, dengan rekod 17.68 saat. 

Kereta dengan enjin 1,140 kuasa kuda ini dikuasakan oleh bahan api bio dan mampu mencapai kelajuan maksimum 418 kilometer sejam.

5. Bugatti Chiron

bugatti chiron 836

Bugatti adalah salah satu jenama supercar yang paling dikenali, dan untuk sebab yang sangat baik.

Kereta yang dihasilkan Bugatti bukan sahaja melepasi had kenderaan tetapi ia juga merupakan mesin buatan tangan yang sangat indah.

Enjin W16 nya yang sangat terkenal adalah quad-turbocharged yang menjana 1,500 kuasa kuda.

Dipasangkan pada Chiron, kereta ini mampu memecut dengan kelajuan maksimum 420 kilometer sejam. Dan kelajuan ini masih boleh dilepasi kerana ia dihadkan oleh pengehad elektronik. 

4. Bugatti Veyron Super Sport 16.4

bugatti veyron super sport 16 4

Mengalahkan kereta Bugatti di kedudukan ke-4 adalah sebuah lagi hasil ciptaan Bugatti.

Veyron Super Sport 16.4 telah mencatatkan rekod dunia untuk kereta terpantas di dunia dengan kelajuan tertinggi 431 kilometer sejam.

Akan tetapi, versi pengeluaran Veyron telah dihadkan secara elektronik pada kelajuan 415 kilometer sejam.

Rekod dunia ini menunjukkan bahawa betapa kuatnya enjin 1,200 kuasa kuda yang dimiliki Veyron.

3. Hennessey Venom GT 

hennessey venom gt

Hennessey Performance Engineering adalah sebuah syarikat penalaan kereta yang mengkhususkan diri dalam mengubah suai kereta sukan dan supercar.

Tetapi Venom GT adalah kereta keluaran mereka sendiri. Walaupun kereta ini berasaskan platform Lotus Exige, seluruh kejuruteraannya dihasilkan oleh Hennessey.

Venom GT telah mengatasi rekod dunia Bugatti pada tahun 2014 dengan kelajuan terpantas 435 kilometer sejam.  

2. Koenigsegg Agera RS

koenigsegg agera rs

Berikutan kejayaan Agera R, Koenigsegg memperkenalkan Agera RS pada tahun 2017.

Dan kereta ini telah memecahkan rekod kereta terpantas bagi kategori pengeluaran kereta, dengan kelajuan maksimum 447 kilometer sejam.

Walaupun ia mempunyai enjin yang sama iaitu V8 5-liter turbocharged berkembar, ia menghasilkan 1,350 kuasa kuda iaitu 210 lebih tinggi berbanding kereta sebelumnya.

Pemilik kesemua 25 unit kereta Agera RS yang wujud di atas muka Bumi telah bekerjasama dengan Koenigsegg untuk mendapatkan kereta yang tidak akan sama dengan mana-mana yang lain, dari segi warna, pengeluaran kuasa dan macam-macam lagi.

1. Bugatti Chiron

bugatti chiron paling laju di dunia

Berada di kedudukan pertama kereta pengeluaran paling pantas di dunia tidak lain dan tidak bukan, adalah Bugatti Chiron.

Kali ini, dengan versi diubah suai yang lebih panjang, lebih aerodinamik dan sudah tentunya tidak memiliki pengehad elektronik.

Secara teknikalnya, ia masih dikategorikan sebagai sebuah prototaip pra-pengeluaran, tetapi ia telah mencatatkan rekod dunia untuk supercar terpantas dengan kelajuan tertinggi pada 491 kilometer sejam pada September 2019.

Ia juga merupakan kereta pertama yang mencapai kelajuan 300 batu sejam (483 kilometer sejam), sesuatu yang menjadi impian bertahun-tahun bagi pembuat kereta untuk kereta pengeluaran. 

Rujukan:

1. Robb Report

2. Business Insider

3. Digital Trends




Hakcipta iluminasi.com (2017)