Penulis tak dapat nafikan, sehingga ke hari ini penulis masih nampak pengaruh budaya 'car culture' Jepun di kalangan masyarakat kita.

Ramai pemandu di negara kita kerap kali menampal tulisan bahasa Jepun dan simbol-simbol berorientasikan Jepun di kenderaan milik mereka.

Budaya unik Jepun memerlukan pemandu menampal pelekat-pelekat, yang membawa sebenarnya membawa fungsi regulasi kenderaan wajib. Rekaan logo-logo ini unik dan cantik, sehingga ada juga pemandu di negara kita menampalnya pada kenderaan masing-masing.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Kami tuliskan artikel ini dengan harapan agar artikel ini dapat menjelaskan maksud sebenar pelekat-pelekat kenderaan Jepun ini.

1. Tanda Wakaba/Shoshinsha

shoshinsha wakaba mark

Salah satu pelekat paling popular digemari pemilik kenderaan di negara kita mungkin kerana ramai tidak mengerti apa maksudnya.

Logo ini memang cantik rekaannya dengan gabungan warna hijau dan kuning. Ada yang kata ini logo 'kei car' atau kereta kecil dari Jepun, ada yang kata ini logo untuk kereta JDM; ada juga yang kata ini logo pemilik kereta dari Kedah.

shoshinsha kereta jepun

Tanda ini adalah tanda yang perlu diletakkan dibahagian depan dan belakang mana-mana kenderaan tak kiralah kereta, motorsikal atau lori bagi menandakan pemandu yang memandu itu masih belum mencapai usia 1 tahun lesennya.

Digelarkan tanda 'wakaba' atau 'daun hijau' atau 'shoshinsha' yang bermakna 'baru belajar', pelekat ini setara dengan pelekat 'P" yang kita gunakan di negara kita.

2. Tanda Koreisha

koreisha sticker jepun

Anda pernah menghadapi kesukaran memandu kerana kereta dihadapan bergerak terlalu perlahan?

Kemudiannya setelah anda memotong barulah anda mendapati pemandunya seorang warga emas yang nampaknya kurang jelas penglihatannya, memerlukan dia memandu perlahan - barulah anda menarik balik sumpah seranah anda sebelum itu?Itulah tujuan tanda 'koreisha' ini diwujudkan di Jepun.

Tanda ini membantu pemandu untuk mampu mengenalpasti pemandu-pemandu bertaraf veteran supaya lebih berhati-hati di atas jalan raya.

sticker kereta jepun

Pada mulanya simbol koreisha yang digunakan adalah simbol air mata berwarna jingga dan kuning, namun ditukarkan kepada simbol daun yang mewakili warna empat musim  - kerana simbol asalnya dikatakan kurang sensitif pada warga tua.

Semua pemandu di Jepun berusia 75 tahun ke atas wajib menampal tanda ini pada kenderaan mereka.

Jika sistem serupa cuba diperkenalkan di Malaysia, kami cadangkan agar usia 65 tahun menjadi tanda aras. Pada kami, tanda pelekat sebegini ini mempunyai manfaat besar bagi pengguna di atas jalan raya.

3. Tanda shinta shougai

hearing impaired sticker kereta jepun oku

Berbeza dengan negara-negara lain yang menggunakan simbol individu duduk di atas kerusi roda, Jepun menggunakan simbol bunga terbalik bagi menandakan pemandu yang sedang memandu itu mempunyai kekurangan upaya pada anggota badan.

Banyak pihak berpendapat Jepun sengaja memilih simbol ini bagi menjaga sensitiviti individu kurang upaya, kerana gambaran seseorang terpaksa duduk di atas kerusi roda mungkin akan membuatkan mereka yang terkesan terasa hati.

Lagipun, bukan semua pemandu mengalami kekurangan upaya yang memerlukan dia duduk di kerusi roda.

Jadi untuk membawa tanda yang lebih universal, kerajaan Jepun menggunakan tanda di atas.

4. Tanda choukaku shougai

sticker kereta jepun pemandu kurang pendengaran

Sama seperti tanda shinta shugai, tanda choukaku shougai dicipta untuk menandakan pemandu yang mengalami kurang upaya - khas untuk mereka yang mengalami masalah pendengaran.

Logo rama-rama dipilih bagi menggantikan logo telinga yang biasanya digunakan di negara-negara lain.

Pemandu-pemandu kereta di Jepun tidak dibenarkan memotong kenderaan bertanda choukaku shougai secara agresif, bagi mengelakkan pemandu yang tidak boleh mendengar terkejut sehingga membahayakan orang lain.

Selain itu tanda itu juga membantu pemandu lain mengenalpasti kenderaan yang tidak mampu mendengar bunyi siren, hon kenderaan lain dan lintasan keretapi.

5. Tanda 'pemandu sedang belajar'

kereta sticker pemandu sedang belajar

Dalam mengingatkan pemandu lain berkenaan pemandu sedang belajar pula, kerajaan Jepun tidak pendekatan berbeza berbanding tanda-tanda lain.

Untuk membantu pemandu mengenalpasti pemandu yang sedang belajar dan belum mempunyai lesen, semua kereta yang dipandu pelajar perlu ditampalkan dengan tanda yang sangat-sangat-sangat jelas mesej yang ingin disampaikan.

Tanda ini mengandungi amaran spesifik dalam bentuk teks iaitu 'kyuu bureeki chuui, kanmenkyou, renshuuchuu' atau terjemahannya - "hati-hati kereta boleh berhenti mengejut, lesen sementara, sedang belajar."

Mungkin kita perlu mempunyai tanda serupa memandangkan ramai juga pemandu kita dilihat kurang senang dengan kelembapan pemandu yang sedang belajar memandu.

Apatah lagi apabila enjin kenderaan bergear manual mati dan kereta pelajar mula menghalang laluan orang yang bergegas hendak ke sana ke mari.




Hakcipta iluminasi.com (2017)