Idea mengenai menjatuhkan hukuman terhadap kanak-kanak mengikut undang-undang adalah sangat kontroversi dan orang ramai membahaskan sama ada ia patut atau tidak.

Kanak-kanak dan remaja juga melakukan kejam akibat kemarahan yang membuak-buak dan kesannya menghancurkan hidup mereka.

iluminasi.com kongsikan 10 kanak-kanak dan remaja yang dijatuhkan hukuman penjara paling panjang di dunia.

BESARKAN TEKS     A-  A+

10. Ahmed Mansour Karni

ahmed mansour karni dipenjarakan seumur hidup

Percaya atau tidak, kerajaan Mesir telah menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup ke atas seorang kanak-kanak kerana melakukan 4 pembunuhan, 8 cubaan membunuh, merosakkan harta benda dan mengancam pegawai polis.

Semua ini dilakukan oleh seorang kanak-kanak di bawah usia 2 tahun.

Bagaimana ini boleh berlaku? Ahmed Mansour lahir pada tahun 2012 dan antara 150 defendan lain yang dijatuhi hukuman penjara seumur hidup.

Mungkin kanak-kanak malang ini didakwa hanya kerana menemani penjenayah yang melakukan jenayah tersebut, tapi ini sesuatu yang sangat tak masuk akal.

Peguam belanya, Faisal al-Sayd, mengatakan kepada Yerusalem Post bahawa nama Ahmed dimasukkan ke dalam senarai dengan tidak sengaja tetapi mahkamah tidak memberikan sijil kelahiran Ahmed kepada hakim untuk membuktikan dia dilahirkan pada September 2012.

9. Eric Smith

eric smith dipenjarakan seumur hidup

Eric Smith telah disabitkan dengan pembunuhan pada 1994 dan dijatuhi hukuman maksimum untuk pembunuh remaja iaitu minimum 9 tahun ke seumur hidup.

Semasa berbasikal di kem musim panas pada tahun 1993, Eric menarik Darren Robbie yang berusia 4 tahun ke dalam hutan, menanggalkan pakainnya, mencekiknya hingga mati dan kemudian menghempuk kepalanya dengan batu.

Kebenaran untuk parol telah ditolak 8 kali sehingga tahun 2016 dan tarikh seterusnya untuk rayuan adalah pada 2018.

8. John Silva 

john silva

John Silva hanya berusia 15 tahun ketika dia disabitkan dengan kesalahan membunuh.

Dia menculik kawannya dengan mengikat mulut mangsa, kemudian mengikatnya dengan wayar, pembalut dan getah yang sangat ketat sehingga dia mati lemas.

Apabila mangsa meninggal, John membuangkan mayatnya ke dalam tangki septik. Jika John merupakan orang dewasa ketika melakukan jenayah ini, dia akan dijatuhkan hukuman mati.

Disebabkan dia di bawah umur, John menerima hukuman penjara seumur hidup tanpa kebenaran parol.

7. Brian Lee Draper

brian lee draper torey michael adamcik dan cassie jo stoddart

(Brian Lee Draper, Torey Michael Adamcik dan Cassie Jo Stoddart)

Brian Draper, bersama-sama rakan jenayahnya Tory Adamant berusia 16 tahun ketika mereka memecah masuk ke dalam rumah rakan sekelas mereka, Cassie.

Selepas memadamkan bekalan elektrik rumah Cassie, mereka memegang badan Cassie dan menikamnya sebanyak 30 kali, tanpa sebab yang jelas.

Kedua-dua mereka menyalahkan antara satu sama lain ke atas jenayah tersebut tetapi kedua-duanya kini sedang menjalani hukuman penjara seumur hidup.

Pendedah dibuat kemudiannya menyatakan bahawa mereka mendapat inspirasi jenayah itu daripada filem francais Scream dan pembunuhan beramai-ramai Columbine High School.

6. Lionel Tate

lionel tate

Lionel Tate adalah warganegara Amerika Syarikat termuda yang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup tanpa kemungkinan dibebaskan.

Pada Januari 2001, ketika Lionel berusia 13 tahun, dia disabitkan dengan pembunuhan seorang kanak-kanak perempuan berusia 6 tahun di Florida.

Menurutnya, mereka sedang bergusti dan Lionel mengepit kepala mangsa lalu menghentaknya ke atas sebuah meja. Kemudian, Lionel memijak tubuh mangsa sehingga hatinya hancur.  

5. Joshua Phillips

joshua phillips

Josh Phillips telah disabitkan hukuman penjara seumur hidup tanpa kemungkinan pembebasan pada bulan Julai 1999.

Joshua yang berusia 14 tahun, memukul jirannya kanak-kanak berusia 8 tahun menggunakan bola ketika bermain besbol.

Dia kemudian menyeret mangsa ke dalam bilik dan mencekiknya dengan wayar telefon selama 15 minit, memukulnya sekali lagi dengan kayu besbol dan menyelesaikan pembunhan dengan menikam 11 kali.

Selepas kehilangan kanak-kanak itu, pencarian selama seminggu dilakukan sehingga ibu Joshua mendapati katil air milik Joshua bocor dan menemui mayat di dalamnya.

Joshua membunuh mangsanya dan kemudian memutuskan untuk tidur di atas mayat tersebut sepanjang hayatnya.

4. Ashlee Martinson

budak kanak perempuan dipenjara

Sangat sukar untuk kita percaya bahawa seorang kanak-kanak perempuan tersenarai dalam senarai ini kerana membunuh ibu bapanya dengan kejam.

Ashlee Martinson telah memuat naik sebuah syair tentang menyeksa dan membunuh orang di dalam hutan dan apabila ibu bapanya ditemui mati di rumah mereka, pihak penyiasat mengalihkan perhatian mereka kepada Ashlee sebaik sahaja dia melarikan diri ke Indiana dengan teman lelakinya.

Ashlee diberkas dan mengaku telah menembak bapa tirinya dan menikan ibunya lebih daripada 30 kali.

Dia ini sedang menjalani hukuman penjara maksimum iaitu 120 tahun penjara.

3. Eddie Devine

eddie devine penjenayah amerika

Eddie Devine mengaku bersalah atas tuduhan menculik, rompakan bersenjata, penculikan dan serangan seksual.

Dia hanya berusia 13 tahun ketika dia dan kawannya memaksa seorang wanita masuk ke dalam kereta mereka dan memandu sambil salah seorang daripada mereka merogol dan menyerangnya dengan beg berisi ais.

Wanita itu bernasib baik kerana dapat melarikan diri ketika mereka berhenti untuk mengisi minyak.

Eddie menerima 30 tahun penjara ke atas jenayah mencuri kereta, 30 tahun lagi untuk rompakan bersenjata, 30 tahun lagi untuk penculikan dan 30 tahun lagi untuk serangan seksual yang menjadikan hukumannya sebanyak 120 tahun.

2. Kenneth Young

kenneth young rompakan bersenjata

Ketika Kenneth Young berumur 15 tahun, seorang pengedar dadah telah mengancam keluarganya membuatkan dia memutuskan untuk mengawal keadaan dengan membantu pengedar dadah itu melakukan rompakan bersenjata.

Akan tetapi, kedua-duanya ditangkap semasa melarikan diri ketika melakukan di Georgia. Pengedar dadah itu menerima hukuman penjara seumur hidup sementara Kenneth menerima 3 hukuman penjara seumur hidup hidup tanpa kemungkinan pembebasan.

Hukuman ini adalah sangat keras kerana dia hanyalah seorang kanak-kanak yang terpaksa melakukan sesuatu yang tidak baik dan kini meringkuk dalam penjara sepanjang hayat.

1. Travion Blount 

travion blount

Travion Blount adalah seorang remaja berusia 15 tahun yang menerima 6 hukuman penjara seumur hidup.

Dia bersama dua lagi remaja berusia 18 tahun telah merompak berpuluh-puluh orang remaja di sebuah pesta dengan mengambil wang, telefon dan ganja dengan menggunakan senjata.

Tiada kecederaan berlaku kerana tiada tembakan dilepaskan tetapi jenayah itu dipandang dengan begitu serius.

Remaja 18 tahun itu mengaku bersalah dan bersetuju dengan perjanjian pembelaan tetapi Travion terus dibicarakan lalu didapati bersalah.

Dia menerima hukuman penjara selama 118 tahun tanpa parol untuk 24 pertuduhan senjata api, 2 jenayah dengan rompakan bersenjata dan penculikan.

kanak kanak dipenjarakan dijadikan banduan

Travion sepatutnya bersetuju dengan perjanjian pembelaan yang boleh mengurangkan jumlah hukuman, tetapi kesilapan itu membuatkan dia terpaksa menghabiskan hayatnya di penjara.

Ia seperti membunuh dia lagi dan lagi. Dia akan mengambil tawaran rayuan tetapi sekarang dia boleh mengucapkan selamat tinggal kepada hidupnya.

Rujukan:

1. Independent

2. News AU

3. 15 To Life




Hakcipta iluminasi.com (2017)