Setiap negara di dunia mempunyai undang-undang jenayah yang tersendiri. Setiap jenayah yang dilakukan pula tertakluk kepada hukuman yang berbeza-beza.

Dan antara hukuman paling biasa dijatuhkan kepada penjenayah berat adalah hukuman penjara termasuklah bagi mereka yang melakukan rompakan bersenjata dan membunuh.

iluminasi.com kongsikan 7 penjenayah dijatuhkan hukuman penjara paling lama dalam sejarah.

BESARKAN TEKS     A-  A+

7. James Eagan Holmes - 12 penjara sepanjang hayat dan 3,318 tahun 

james eagan holmes

Pada tahun 2013, James Holmes melepaskan tembakan di panggung wayang Colorado semasa tayangan The Dark Knight Rises, menyebabkan 12 orang terbunuh dan mencederakan sekurang-kurangnya 70 yang lain.

Dia juga memasangkan bahan letupan di apartmennya namun berjaya ditangani oleh skuad bom.

Insiden tembakan itu adalah yang paling dahsyat dalam sejarah Amerika Syarikat sehinggalah berlakunya tembakan di kelab malam Orlando awal tahun ini.

James dijatuhkan 12 hukuman penjara sepanjang hayat berturut-turut, satu untuk setiap nyawa yang terbunuh dan 3,318 tahun tanpa parol.

6. Martin Bryant, Australia - 35 penjara sepanjang hayat dan 1,035 tahun

martin bryant

Martin Bryant menembak 35 orang dan mencederakan 23 orang lagi dalam pembunuhan beramai-ramai di Port Arthur pada tahun 1996.

Pembunuhan ini diilhamkan oleh pembunuhan Dunblane di Scotland.

Walaupun dia didapati mempunyai kecacatan intelektual yang teruk, dia dinilai layak untuk dibicarakan dan dijatuhkan hukuman penjara 1,035 tahun tanpa kemungkinan pembebasan bersyarat, serta tambahan hukuman penjara sepanjang hayat bagi setiap pembunuhan.

Pembunuhan beramai-ramai ini menyebabkan kawalan senjata api menjadi lebih ketat di Australia.

5. Dudley Wayne Kyzer – 3 penjara sepanjang hayat dan 10,000 tahun 

hukuman penjara paling lama di dunia

Pada Halloween tahun 1976, Dudley Kyzer berjalan ke rumah isterinya yang sudah berpisah dengannya di Tuscaloosa, Alabama lalu menembak isterinya, ibu mertuanya dan seorang pelajar kolej yang melawat.

Selepas hanya sejam perbincangan, juri mendapati bahawa Dudley bersalah dan dia dijatuhkan hukuman penjara 10,000 tahun ditambah dengan hukuman penjara sepanjang hayat bagi setiap pembunuhan.

Dia telah layak untuk pembebasan bersyarat sejak tahun 1991 tetapi telah dinafikan sebanyak 10 kali.

4. Allan Wayne McLaurin dan Darron Bennalford Anderson - 21,000 tahun dan 11,000 tahun

allan wayne mclaurin

Dua lelaki dari Oklahoma ditangkap selepas merogol dan meliwat seorang wanita yang baru berkahwin berulang kali dalam serangan yang berlangsung selama beberapa jam.

Pada tahun 1993, mereka telah dijatuhkan gabungan hukuman penjara selama 6,475 tahun.

Tetapi 3 tahun kemudian, mereka merayu terhadap keputusan itu selepas mengetahui bahawa hakim perbicaraan tersalah mengarahkan juri bahawa tertuduh dianggap "dianggap tidak bersalah".

Namun, perbicaraan kedua pada tahun 1996 memberikan mereka hukuman yang lebih keras.

Allan McLaurin menerima 2,000 tahun bagi setiap 4 tuduhan rogol, 2,000 tahun bagi setiap 4 tuduhan meliwat, 1,750 tahun untuk penculikan, 1,500 tahun untuk serangan dengan senjata berbahaya dan 500 tahun masing-masing bagi 2 tuduhan rompakan dan satu tuduhan mencuri dan pecah rumah.

Darron Anderson menerima 2,000 tahun bagi setiap 2 tuduhan rogol, 2,000 tahun bagi setiap 2 tuduhan meliwat, 1,750 tahun untuk serangan dengan senjata berbahaya dan 500 tahun setiap satu atas tuduhan pecah rumah, rompakan dan mencuri.

3. Charles Scott Robinson - 30,000 tahun

hukuman penjara paling lama di dunia 2

Pada tahun 1994, perogol kanak-kanak dari Oklahoma iaitu Charles Scott Robinson telah dijatuhkan hukuman penjara paling lama dalam sejarah Amerika Syarikat.

Selepas dia disabitkan dengan jenayah serangan seksual terhadap 6 kanak-kanak, para juri mencadangkan supaya dia dijatuhkan hukuman 5,000 tahun penjara untuk setiap mangsa untuk dijalani secara berturut-turut.

Peluang pembebasan pertama oleh Robinson akan berlaku apabila dia berumur 108 tahun.

Hukumannya adalah tempoh penjara terpanjang yang dikenakan ke atas seorang individu dalam sejarah A.S..

2. Otman el-Gnaoui, Jamal Zougam dan Emilio Suarez Trashorras - 42,924 tahun

otman el gnaoui jamal zougam dan emilio suarez trashorras

Tiga pengganas diberi hukuman keras kerana merancang pengeboman kereta api Madrid 2004 yang telah mengorbankan 191 nyawa dan mencederakan sekitar 2,000 orang.

Dalang jenayah ini iaitu Jamal Zougam, dijatuhkan hukuman 42,922 tahun penjara manakala Otman el-Gnaoui dijatuhkan 2 tahun lebih daripada Jamal.

Emilio Suarez Trashorras, yang membekalkan bom dinamit kepada Jamal dan Otman dengan, diberikan hukuman lebih ringang iaitu 34,715 tahun. 

Di bawah undang-undang Sepanyol, tempoh penjara maksimum oleh ketiga-tiga penjenayah ini adalah 40 tahun.

1. Chamoy Thipyaso – 141,078 tahun

chamoy thipyaso warga thailand dijatuhkan hukuman penjara paling lama dalam sejarah

Hukuman penjara paling panjang pernah dijatuhkan di dunia adalah kepada Chamoy Thipyaso, seorang wanita warganegara Thailand.

Chamoy adalah penipu yang telah menipu sekitar 16,000 orang dalam skim piramid yang membolehkannya mendapat keuntungan lebih daripada RM830 juta.

Pada tahun 1989, seorang hakim telah menjatuhkan hukuman penjara luar biasa iaitu 141,078 tahun untuk kesalahan penipuan korporat.

Undang-undang Thailand pada ketika itu menyatakan bahawa tempoh maksimum penjara bagi penipuan adalah 20 tahun, dan Chamoy hanya dipenjarakan selama 8 tahun sebelum dibebaskan.

Rujukan:

1. Express

2. Independent

3. Find Law




Hakcipta iluminasi.com (2017)