Oleh pada 16 Apr 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Zahirah Macwilson & Instagram Zul Ariffin

“Saya tidak mahu memburukkan sesiapa. Malah, apa yang lebih penting saya tidak berdendam dan benci Zul. Kalau dia nak burukkan saya, silakan."

Demikian ulasan aktres Zahirah Macwilson yang mengesahkan hubungan cintanya dengan Zul Ariffin berakhir sebulan lalu.

Zahirah, 23, meluahkan, pelbagai pahit getir dilalui sepanjang tiga tahun percintaan itu berputik, namun akur mengabadikannya sebagai kenangan.

Zahirah berkata, dia lebih rela menyimpan kisah putus cinta itu sebagai rahsia dan enggan memalukan Zul kerana percaya aktor itu lebih mengerti apa yang dilakukannya.

“Sejujurnya, saya tidak sedih pun. Saya okey saja. Sepanjang tiga tahun bercinta macam-macam saya lalui. Namun, saya tidak mahu berkongsi kerana ia terlalu peribadi.

“Buat masa sekarang, saya ingin fokus kepada kerjaya. Alhamdulillah, sepanjang tahun ini jadual kerja padat. Malah, saya tidak terfikir lagi untuk berlakon dengannya jika ada tawaran.

“€Biarlah saya simpan segala kenangan yang pernah kami lalui bersama. Kalau betul saya berperangai buruk seperti diperkatakannya, saya doakan dia temui wanita yang lebih baik,” katanya menurut portal Harian Metro.

Dalam masa sama, bintang Duda Pujaan Dara itu tidak mahu bercakap lanjut tentang spekulasi yang mengatakan hubungan mereka goyah dek gangguan orang ketiga.

zul ariffin dakwa dia swafoto berdekatan jenazah ibu ini jawab zahirah macwilson 2

Kredit foto: Instagram Zahirah Macwilson

“€Saya tak boleh nak cakap dan buka cerita mengenai perkara ini. Kalau ada yang beranggapan sebegitu, ia terpulang kepada persepsi masing-masing.

“Namun, kalau ya pun dia kembali kepada bekas kekasihnya, janganlah burukkan saya. Saya sedar diri,” pintanya.

Aktres itu turut berkata, dia tidak akan sekali-kali kembali semula ke pangkuan bekas kekasihnya itu kerana menyedari usia kariernya yang masih panjang.

“Tak mungkin saya kembali menerimanya. Saya masih muda dan perjalanan jauh lagi dalam bidang ini. Saya tidak mahu perkara ini mengganggu perjalanan hidup.

“Saya sudah ‘move on.’Malah putus cinta tidak buat saya lemah dan patah semangat. Saya pernah tengok kedua ibu bapa bercerai, inikan pula putus cinta,” katanya.

Selain itu, anak kepada aktor dan bekas penyampai berita, Zainol Macwilson ini menegaskan, dakwaan Zul kononnya dia berswafoto berdekatan dengan jenazah ibu lelaki itu di masjid adalah fitnah.

“Mengenai isu saya swafoto di masjid ketika ibunya meninggal dunia tahun lalu, memang tidak wujud langsung. Saya masih waras untuk lakukan perkara berkenaan.

“Saya tidak faham kenapa dia nak bangkitkan perkara ini apabila kami putus. Malah, kenapa baru sekarang dia nak mengakui hubungan kami sedangkan sebelumnya dia terlalu berahsia daripada umum.

“Adakah sebab nama saya tengah diperkatakan dia buat semua ini? Namun, saya tidak mahu fikir bukan-bukan apa sebenarnya motif dia. Saya hormat dia sebagai pelakon senior dan tidak akan bersaing dengan dia,” katanya.




Hakcipta iluminasi.com (2017)