Oleh pada 25 Oct 2017 kategori

Kredit foto: star2.com & Beautifulnara

Bapa aktres Zahirah Macwilson, Zainol Macwilson menjelaskan hubungannya dengan teman lelaki anak perempuannya, aktor Zul Ariffin berada dalam keadaan baik.

Menurut Zainol, kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini hanyalah gurauan, lantas meminta netizen supaya tidak mengambil serius.

"Sekadar gurauan sahaja. Saya tak ada masalahpun dengan Zul Ariffin. Pada yang tak faham usul komen itu, janganlah sensitif sangat," tulisnya.

Kenyataan tersebut dibuat menerusi laman Instagram Suria Malaysia.

Terdahulu, Zainol membalas komen salah seorang pengikut Instagram Zahirah.

Dalam komen itu, bapa aktres tersebut mempersoalkan permintaan seorang peminat yang mahu melihat gandingan Zahirah dan Zul Ariffin dalam lakonan. 

tak suka zul ariffin bapa zahirah macwilson beri penjelasan 2

Kredit foto: Instagram Zahirah Macwilson

Susulan kenyataannya, peminat mula berspekulasi hubungan Zainol dan pelakon filem Tombiruo: Penunggu Rimba itu bermasalah.

Dalam pada itu, Zainol tidak menghalang sekiranya pasangan tersebut mempunyai rezeki untuk digandingkan dalam drama ataupun filem.

Di kesempatan yang sama, dia memohon maaf sekiranya komen yang dilontarkan terdahulu membuatkan mana-mana pihak terasa.

"Kalau ada rezeki mereka bergandingan bersama, Alhamdulillah. Saya sentiasa mendoakan agar mereka berjaya dalam bidang yang mereka ceburi.

"Apa-apapun saya minta maaf kalau ada yang tersalah cakap," tulisnya lagi

Sumber berita: suria.my




Hakcipta iluminasi.com (2017)