Oleh pada 30 Apr 2018 kategori

Kredit foto: Instagram Elizabeth Tan

Umum sedia maklum dengan segala gosip dan cakap-cakap nakal yang timbul susulan hubungan yang terjalin antara pasangan pelakon Zul Ariffin dan Elizabeth Tan.

Merancakkan spekulasi itu, aktres Fathia Latiff bertindak memuat naik status mengusik keakraban pasangan ini di set penggambaran menerusi laman sosial Instagram.

Begitupun Fathia dikatakan segera menghapuskan entri berkenaan apabila menyedari ia menjadi tular sehingga mencetuskan perdebatan di kalangan netizen.

zul ariffin dan elizabeth tan benar benar bercinta 2

Kredit foto: Instagram Fathia Latiff

Dalam pada itu, menerusi dakwaan yang dikeluarkan wartawan gosip Cik Pang di portal Harian Metro mengatakan Zul dan Elizabeth sememangnya benar-benar sedang menjalinkan hubungan rapat.

"Nak salahkan Fatiya pun tak boleh juga kerana Elizabeth atau Lizzy yang mula mempamerkan kemesraan mereka di laman Instagram miliknya.

"Apa yang Cik Pang tahu, pasangan ini mula rapat apabila digandingkan berlakon filem seram Misteri Dilaila sebagai pasangan suami isteri.

"Walaupun Lizzy menafikan mempunyai perasaan terhadap Zul, video yang dikongsi pasangan ini sama ada di Instagram Zul dan Lizzy pula sebaliknya," tulisnya.

Bagi melengkapkan dakwaannya, Cik Pang turut mengutarakan beberapa bukti bahawa tunjang utama filem terbaru Syafiq Yusof itu sememangnya sedang memperlihatkan kemesraan hubungan mereka sewaktu berada di lokasi penggambaran.

"Cik Pang bukanlah naif sangat untuk sukar memahami bahasa badan pasangan yang sedang asyik dilamun cinta.

"Kalau Cik Pang sendiri boleh suka tengok video mereka, apatah lagi peminat kerana apa yang dipaparkan agak menarik.

"Ayat “apakah awak akan merindui saya” tak pernah lekang dituturkan oleh kedua-dua mereka bagi melahirkan perasaan masing-masing," kata Cik Pang.

Walaupun ada kemungkinan ia sekadar gimik untuk melariskan filem lakonan mereka, Zul yang juga pernah dikaitkan dengan Zahirah Macwilson sebelum ini, dilihat Cik Pang mempunyai potensi cerah untuk bersama Elizabeth memandangkan masing-masing sudah memegang status solo.

"Cik Pang harap ia bukan publisiti untuk mempopularkan filem ini kerana tiada salahnya pun kalau mereka bercinta.

"Zul pun baru umumkan putus cinta dengan pelakon cantik Zahirah MacWilson baru-baru ini, manakala Lizzy sudah putus cinta dengan seorang jejaka Melayu sejak tahun lalu.

"Jadi, Cik Pang tidak nampak kesalahan jika mereka benar-benar bercinta. Sama-sama solo, apa lagi nak ditunggu," tulisnya lagi.




Hakcipta iluminasi.com (2017)