Oleh pada 25 Dec 2017 kategori

Kredit foto: ceritakembor.com

Susulan perubahan drastik Iqram Dinzly, rakan baiknya, Yusuf Azmi akui tidak tahu menahu punca sebenar aktor itu bersikap sedemikian.

Yusuf dalam andaiannya, berkata, barangkali Iqram tertekan kerana masalah peribadi termasuk tragedi kematian bapa beliau.

"Mungkin dia tertekan dengan kematian bapanya, mungkin juga dia mempunyai sedikit masalah peribadi, yang menyebabkan dia jadi begitu.

"Memang saya sendiri tak tahu mengapa dia jadi begitu," jelasnya memetik portal Sinar Harian.

Yusuf berkata, dia juga ada menonton video Iqram menari di laman sosial.

Namun dia tidak sanggup menghabiskan tayangan video aksi pelik itu.

"Saya ada tonton video tarian Iqram, tapi (tonton) tak habis, saya tak lalu nak tengok sampai tamat," katanya lagi.

Yusof berpendapat pelakon filem Evolusi KL Drift itu mungkin sedang dalam usaha menaikkan jumlah pengikut akaun media sosialnya.

"Mungkin dia buat begitu untuk menarik balik pengikutnya di laman sosial," katanya lagi.

Sementara itu, Yusuf mahu Iqram membuat permohonan maaf jika aksinya telah menyinggung sensitiviti sesetengah pihak.

"Sebagai sahabat, saya nasihatkan Iqram untuk minta maaf sekiranya apa yang dilakukan dibuat dalam keadaan tertekan atau ditujukan kepada seseorang (dalam bentuk protes).

"Dari sudut akhlak, memang salah, jika apa yang dilakukan dibuat untuk tujuan kontroversi, itu tak boleh," katanya lagi.

Sumber berita: Sinar Harian 




Hakcipta iluminasi.com (2017)