Kredit foto: Instagram Iqram Dinzly
Segmen Iqram Dinzly ditemubual wartawan Melodi pada Ahad lalu menjadi bahan bualan hangat di media sosial.
Dalam temubual berkenaan, Iqram yang ditanya tentang siapakah yang menjadi gurunya, menjawab salah seorangnya ialah Che Mat.
Gelaran Che Mat yang merujuk kepada Nabi Muhammad S.A.W itu mencetuskan kemarahan di kalangan penonton serta mendapat kecaman hebat di media sosial.
Bekas pelakon yang mahu dikenali sebagai Princhiqy Dinzly itu menimbulkan rasa kurang senang orang ramai yang mendakwa tutur katanya seakan menghina dan merendahkan Nabi Muhammad S.A.W.
Menurut rata-rata netizen, gelaran yang diberikan Iqram terang-terang melampau dan tidak dapat diterima akal.
Kredit foto: Beautifulnara
Berikut rakaman video belakang tabir sesi temubual berkenaan, ehsan daripada saluran Youtube Asal Artis.
Sumber berita: Beautifulnara