Kredit foto: Instagram Fazura
Fazura berkongsi beberapa keping foto dan video di akaun Instagram miliknya ketika penyertaan di Minggu Fesyen New York, Amerika Syarikat.
Menariknya, dalam acara itu, Fazura berpeluang untuk bertemu dengan beberapa pereka fesyen terkemuka di seluruh dunia termasuk para selebriti antarabangsa.
Dan yang paling mencuri perhatian ialah pertemuan secara empat mata dengan penyanyi Hollywood terkenal, Selena Gomez di Coach House, Manhattan, Amerika Syarikat.
Dalam sebuah video yang dimuat naik penyanyi lagu Hancur Aku itu memaparkan mereka saling berpelukan, berlaga pipi serta menyapa khabar.
Sehingga kini video pendek itu telah meraih lebih 3 ribu komen dan 96 ribu tanda suka.
Rata-rata peminat menerusi ruangan komen gembira melihat dua idola mereka bertentang mata buat pertama kalinya.
Turut kelihatan di ruangan komen adalah aktres Fasha Sandha yang berbangga dengan pencapaian rakannya.
Minggu fesyen New York yang berlangsung dari 7 hingga 13 September 2017 di Basketball City adalah pameran koleksi musim panas daripada pereka fesyen di seluruh dunia.
Aktres Fazura adalah wakil daripada Coach Malaysia.