Kredit foto: Instagram Selena Gomez
Para pengikut Instagram Selena Gomez dikejutkan dengan kiriman terbaru penyanyi itu.
Selena memuat naik foto 'throwback' dirinya sewaktu bayi sedang dirangkul ibu kesayangan.
Entri itu disertakan kapsyen ringkas berbunyi, "Saya dan mak."
Rata-rata peminat berasa terpegun dengan kejelitaan ibu Selena sewaktu muda.
Kredit foto: Instagram Selena Gomez
Sehingga kini, foto itu dibanjiri lebih 40 ribu komen dan meraih hampir 5 juta tanda suka.
Antara selebriti tempatan yang turut menekan tanda suka termasuk aktres Neelofa dan aktor Farid Kamil.
Dalam perkembangan lain, Selena kini sedang hangat menerusi lagu Fetish dendangan bersama Gucci Mane.