Oleh pada 30 Oct 2017 kategori

Kredit foto: fashionmagazine.com & people.com

Penyanyi The Weeknd akhirnya mahu berbaik dengan bekas kekasihnya, Bella Hadid.

Daily Mail melaporkan penyanyi lagu Secrets itu ingin membetulkan semula keadaan serta memohon maaf atas apa yang terjadi dalam perhubungan lalu bersama model itu.

"The Weeknd tidak mahu bermusuh lagi dengan bekas kekasihnya kerana ingin memperbetulkan keadaan sebelum ini yang terjadi suatu ketika dahulu," dedah sumber. 

Malah The Weeknd dikatakan mengambil pendekatan berdamai selepas melihat usaha yang sama dibuat Justin Bieber terhadap Selena Gomez.

"Dia juga telah mendapat inspirasi untuk kembali berbaik semula apabila kekasihnya, Selena Gomez dilaporkan telah berbaik semula dengan penyanyi Justin Bieber baru-baru ini," beritahunya.

Difahamkan, The Weeknd dan Bella mahu bersahabat baik dan melupakan kisah buruk dahulu.

"Mungkin ini adalah jalan terbaik untuk mereka melupakan apa yang berlaku dahulu dan mulakan hidup baru sebagai sahabat baik," tambah sumber tersebut.

The Weeknd dan Bella Hadid pernah berpasangan sebagai kekasih dalam tempoh setahun sebelum putus pada November 2016.

Sebelum ini, Bieber dirakam paparazi mengunjungi rumah Selena disertai teman lain sekaligus menandakan hubungan mereka pulih meskipun hanya sebagai kawan.

Sumber berita: Daily Mail 




Hakcipta iluminasi.com (2017)