Kredit foto: Instagram Wany Hasrita
Penyanyi Wany Hasrita sukar mempercayai populariti mendadak yang diterimanya sejak bergelar artis rakaman.
Menurut Wany, meskipun masih baru dalam industri hiburan namun sambutan yang diterimanya adalah di luar jangkaan.
Kredit foto: Instagram Wany Hasrita
Saya baru sahaja mula jadi penyanyi awal tahun ini dan populariti yang saya terima agak mengejutkan. Pengikut saya di Instagram juga tiba-tiba meningkat daripada seribu dan kini telah mencecah 300,000. Ke mana sahaja saya pergi sekarang sudah ada yang mengenali dan mahu bergambar. Saya jadi takut pula oleh itu saya sentiasa akan beringat dan bersama ibu supaya tidak lupa diri. Terus-terang saya sedang biasakan dengan situasi ini.
Sumber: Astro Gempak
Wany menerima dua pencalonan di Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-30 (ABPBH 3.0) - menerusi kategori Penyanyi Wanita Popular dan Artis Baharu Wanita Popular.
Meskipun dicalonkan, dia mengakui tidak menyimpan hasrat untuk merangkul sebarang trofi.
Kredit foto: Instagram Wany Hasrita
Saya memang tak sangka dan tidak percaya apabila tercalon dalam kategori Penyanyi Wanita Popular kerana saya bersaing dengan nama-nama besar dalam industri seperti Ayda Jebat, Siti Nordiana, Stacy dan Amira Othman. Saya sudah rasa cukup bertuah apabila tercalon dengan nama-nama besar itu dan tidak mengharap untuk menang.
Sumber: Astro Gempak
Dalam perkembangan lain, Wany baru sahaja muncul dengan single terbaru bersama penyanyi Tajul berjudul Disana Cinta Disini Rindu. Video lirik lagu tersebut kini telah mencecah 5.9 juta tontonan di laman Youtube.