Kredit foto: Instagram Wany Hasrita

Penyanyi Menahan Rindu, Wany Hasrita dimasukkan ke hospital sekitar jam 7 pagi semalam.

Difahamkan, hasil pemeriksaan mendapati beliau disahkan menghidap penyakit Influenza B.

Kata pengurus artis, Amy, penyanyi itu terlebih dahulu mengadu akan keadaannya yang kurang sihat sebelum bertambah serius sejak pagi semalam.

Kini, penyanyi berusia 26 tahun itu terpaksa dikuarantin buat sementara waktu untuk mengelakkan penyakitnya berjangkit.

“Ibunya telah membawa Wany ke hospital dan terus ditahan dan dikuarantin oleh kerana penyakit ini boleh berjangkit.

“Mungkin seminggu Wany akan direhatkan sehingga dia benar-benar pulih,” kata Amy menurut laporan portal Sinar Harian.

Penyanyi itu sepatutnya dijadualkan terlibat dalam persembahan Karnival Harta Di Intelek di Paradigm Mall semalam yang antara lain disertai Hael Husaini, Ayda Jebat, Aiman Tino dan Janna Nick.

Begitupun, atas faktor kesihatan, beliau digantikan oleh Haqiem Rusly.

“Segala kesulitan amat dikesali,” kata kenyataan yang dikeluarkan di Instagram @wanyhasrita.




Hakcipta iluminasi.com (2017)