Oleh pada 31 Dec 2017 kategori

Kredit foto: Instagram Iqram Dinzly & babab.net

Penerbit, Mejar (K) Datuk David Teo, 53, turut terpanggil untuk menyuarakan pendapatnya berhubung isu perangai pelik Iqram Dinzly di media sosial.

David yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Metrowealth (MIG) berkata, dia berharap Iqram akur dengan pemergian bapanya serta bersemangat untuk meneruskan kehidupan.

"Pertama kali saya ingin mengucapkan takziah kepada Iqram atas pemergian arwah ayah tercinta.

"Namun hidup perlu diteruskan. Setiap yang hidup pasti kembali. Kita perlu reda dengan ketentuan Tuhan. Semuanya sudah tertulis," tulisnya menerusi laman sosial Instagram.

Berharap semoga roh arwah bapa aktor itu dicucuri rahmat, David berkata, Iqram dalam masa sama perlu mendoakan kesejahteraan bapanya.

"Yang hidup hanya perlu mendoakan mereka yang sudah tiada. Semoga rohnya dicucuri rahmat," ujarnya.

Penerbit sensasi itu berkata, Iqram tidak seharusnya mengabaikan cita-cita dan bakatnya sebagai anak seni dalam dunia hiburan.

"Hidup perlu diteruskan. Jangan musnahkan bakat dan cita-cita yang ada kerana tekanan perasaan. Kembali kepada pencinta," katanya.

Di kesempatan yang sama, David berharap aktor itu sentiasa berada di jalan yang diredhai-Nya serta dirahmati Tuhan.

"MIG sentiasa mendoakan Iqram sentiasa beristiqamah di jalan yang diredai olehNYA. Semoga tuhan merahmati Iqram Dinzly," akhirinya bersama tanda pagar #setiapmasabernilai #kitaok.

Terdahulu, beberapa selebriti ternama seperti aktres Erma Fatima dan Zulin Aziz termasuk Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri turut menitipkan kata-kata buat Iqram menerusi media sosial.

Sumber berita: Sinar Harian 




Hakcipta iluminasi.com (2017)