Kredit foto: kamithemedia.blogspot.com

Bakal mengikuti kelas vokal bersama Hazami, usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida mengakui dirinya serius mahu mendalami ilmu nyanyian.

Sudah bersiap sedia untuk rakaman single kedua, Datuk Seri Vida atau Vida berkata, tidak ada salahnya dia berlatih vokal untuk meningkatkan mutu nyanyian.

“Saya tak main-main bila cakap saya mahu belajar vokal dengan Hazami.

“Saya tahu ramai di luar sana anggap saya tak serius selepas mengumumkan tentang perkara tersebut awal bulan lalu.

“Saya memang mahu menyannyi, jadi tak salah saya berguru untuk ‘polish’ lagi vokal saya sekarang,” katanya menurut portal Astro Gempak.

Vida yang menyertai dunia seni suara kerana mempromosikan perniagaan, berkata, lagu single kedua itu bergenre balada dan bernada tinggi.

“Kalau single pertama saya, I Am Me mereka kata suara saya ke lautlah, jahanamlah... salahkah saya nak ‘improve?’

“Jadi saya ingin pastikan vokal saya dalam single kedua nanti lebih baik dan ada perubahan,” ujarnya penuh semangat.

Katanya, Hazami juga sudah bersedia untuk ke studio rakaman.

“Hari tu dia sibuk dengan Gegar Vaganza 4, sekarang ni tinggal nak susun waktu masing-masing sahaja.

“Insha-Allah, sedikit masa lagi kami akan masuk ke studio dan mulakan rakaman,” jelasnya.

Sementara itu, Vida berkata, dia yakin single kali ini akan mengulangi kejayaan lagu I Am Me kerana ia merupakan lagu balada ala 90-an yang menjadi 'trending' ketika ini.

Namun, Vida masih enggan mendedahkan nama komposer lagu berkenaan.

Sumber berita: Astro Gempak




Hakcipta iluminasi.com (2017)