Kredit foto: Instagram Putra Amaris
Isteri pelakon Putra Amaris, Nur Syazwani Alias memaklumkan dirinya masih kekal bergelar isteri kepada aktor itu.
Kata Syazwani, dia reda akan tanggungjawab Amaris sebagai anak seni dalam dunia hiburan yang mana menuntut lelaki itu bertemu dengan ramai wanita berpengaruh.
"Ya Amaris masih suami saya, tetap suami saya dan selamanya selagi Allah izinkan satu-satunya suami saya.
"Selama mana dia tidak melampau, saya tidak cemburu, memang kerja dia akan jumpa dengan semua orang yang cantik dan berpengaruh.
"Kalau sikit-sikit nak cemburu, nak melenting, tak boleh kahwin dengan artis," katanya.
Kredit foto: Instagram Putra Amaris
Syazwani memberikan kenyataan susulan soalan seorang pengikutnya pada entri di Instagram.
Amaris, yang sebelum ini membintangi drama Bicara Cinta, dikatakan menjalinkan hubungan rapat dengan Vida kerana seringkali berkongsi foto momen bersama di laman sosial.
Dia juga dituduh mendekati usahawan kosmetik itu dengan muslihat tersembunyi sebaik sahaja Vida memecat pembantu peribadinya yang terdahulu.
Amaris, 33, terlebih dahulu mendirikan rumah tangga dengan Nur Syazwani Alias, 28, pada 5 Januari lalu dan kini mereka menantikan kelahiran anak sulung yang dijangka pada awal Disember depan.
Sementara itu, diminta mengulas mengenai fotonya yang tidak lagi dimuatnaik di Instagram Amaris, berikut kata Syazwani:-
"Alhamdulillah, kami baik-baik sahaja, laman Instagram itu untuk kerja dia. Saya lagi suka bersederhana."