Kredit foto: Instagram Datuk Seri Vida

Jutawan kosmetik Datuk Seri Vida bersyukur kerana impian untuk membawa anak-anak tahfiz menunaikan umrah akhirnya kesampaian.

Menurut Vida atau nama sebenarnya Datuk Seri Hasmiza Othman, pelbagai halangan terpaksa dilaluinya untuk merealisasikan rancangan itu.

"Alhamdulillah, setelah banyak kali tergendala akhirnya impian saya tercapai untuk membawa anak-anak tahfiz tunaikan Umrah," tulisnya di laman Instagram.

vida bawa anak tahfiz tunai umrah 2

Kredit foto: Instagram Datuk Seri Vida

Dedah Vida, mereka mengerjakan umrah secara berasingan.

Namun usahawan itu tetap berpuas hati dan menganggap hasratnya sudah tercapai. 

"Cuma saya tidak boleh pergi bersama mereka. Apabila saya balik dan kini giliran mereka yang pergi. Tak apalah, yang penting lepas hasrat saya," tulisnya.

Dalam masa yang sama, Vida yang kini berusia 45 tahun dalam perancangan untuk membawa pelanggan produknya menyertai rombongan umrah pada masa hadapan.

"Selepas ini saya merancang untuk bawa pengguna Pamoga yang pulih daripada penyakit (yang tak sangka boleh sembuh selepas minum Pamoga) untuk menunaikan umrah," beritahunya.

Menerusi ruangan komen, netizen memuji usaha baik beliau dan berharap lebih banyak bantuan diberikan kepada insan yang memerlukan.

@Zharid: Alhamdulillah, akhirnya Allah permudahkan apa yang dirancang. Mungkin ini bahagian Datuk Seri di akhirat kelak. 

@Rahmat: Semoga dapat membantu lebih banyak orang yang memerlukan.

@WanRr: Semoga DSV sentiasa dimurahkan rezeki dan bertambah maju perniagaan yang dilakukan ini. Niat baik sentiasa akan dipermudahkan oleh Allah.




Hakcipta iluminasi.com (2017)