Walaupun apa sekalipun alasan, perlakuan jenayah tetap jenayah dan tidak dapat diterima dalam mana-mana masyarakat. Sama ada kecil atau besar, setiap jenayah wajib diadili dan dibawa ke muka pengadilan bagi mendapatkan hukuman setimpal.
Namun, dalam banyak-banyak kes jenayah, ada di antara mereka yang diberi pengecualian hukuman dengan syarat membantu pihak berkuasa untuk membanteras jenayah-jenayah lain.
BESARKAN TEKS A- A+
Kami kongsikan 5 penjenayah yang bekerjasama dengan pihak berkuasa menumpaskan penjenayah lain.
5. Sven Jaschan
Dilahirkan di Jerman, Sven Jaschan mencipta virus Nesky dan Sasser pada tahun 2004, ketika dia masih remaja. Virus itu didapati bertanggungjawab kepada hampir 70% daripada semua malware yang tersebar di internet ketika itu. Mereka yang berada di sekeliling Sven percaya dia mencipta perisian malware tersebut untuk membantu perniagaan komputer milik keluarganya dan aktif membangunkan penawar bagi virus tersebut.
Namun, Sven didapati bersalah dan menerima hukuman tahanan dan 3 tahun berkelakuan baik atas jenayahnya. Sven yang"insaf" tidak lagi mencipta virus tetapi mula berusaha untuk mengelakkan komputer-komputer dijangkiti virus. Sven diambil bekerja oleh syarikat sekuriti Jerman, Securepoint sebagai penganalisa sekuriti pada tahun yang sama.
4. Joseph Valachi
Joseph Valachi adalah yang paling diingati sebagai mafia pertama yang mengakui sepenuhnya dia adalah mafia, dan istila "Cosa nostra" menjadi istilah berleluasa selepas testimoninya. Joseph adalah bekas tentera dalam keluarga jenayah Genovese di New York City, terutamanya bekerja sebagai pemandu jenayah.
Beberapa jenayahnya yang paling kejam adalah menyebabkan kecederaan yang membunuh mafia Joseph Catana dan Joe Masseria, serta pembunuhan seorang lelaki di penjara yang disangkakannya seorang pembunuh upahan mafia.
Joseph Valachi mendekati pihak berkuasa mendakwa bahawa dia mahu memberi kesaksian sebagai satu khidmat awam, dan berharap dapat membongkarkan organisasi mafia serta memusnahkan elemen komuniti jenayah mereka.
Sebagai hasik kesaksian itu, penguatkuasaan undang-undang telah dapat menyelesaikan jenayah yang belum pernah diselesaikan ketika itu, dan pada masa yang sama dapat memahami secara penuh cara operasi gangster Itali ini.
3. Joseph “the Animal” Barboza
Nama samaran Joseph Barboza sebagai "The Animal" bukanlah disebabkan menyukai haiwan, tetapi kecenderungannya untuk berkelakuan seperti binatang. Dia merupakan salah satu pembunuh upahan yang paling ditakuti dalam keluarga jenayah Partiarca.
Nama samaran itu diperoleh selepas pertengkarannya dengan seorang ahli mafia di mana dia telah mengigit dengan rakus sekali lelaki tersebut. Ada yang percaya bahawa dia bertanggungjawab ke atas kematian 26 orang, namun dia hanya mengaku membunuh 7 orang sahaja.
Penangkapannya berlaku ketika FBI sangat terdesak untuk mencari orang dalaman kumpulan ini untuk dijadikan sebagai pemberi maklumat, dan Joseph diberikan tugas tersebut.
Bantuan oleh Josehp telah berjaya menyabitkan ramai ahli gangster Patriarca dan menjadi aset sangat berharga sehinggakan FBO menutup penglibatannya dalam kes pembunuhan. FBI tidak pernah mendakwa Joseph.
Malah, 4 orang dipersalahkan oleh FBI atas jenayah yang dilakukan oleh Joseph Barboza bagi membolehkan dia meneruskan kerjanya bersama agensi tersebut.
2. Ralph Guarino
Pada tahun 1998, 3 lelaki telah melakukan satu rompakan yang paling berani terhadap Bank Amerika di dalam Pusat Dagangan Dunia, dengan mencuri hampir RM6.24 juga. Walaupun rompakan itu berjaya, namun mereka telah melakukan kesalahan paling asas sebagai seorang perompak, iaitu mendedahkan wajah sendiri. Dua daripada wajah perompak tersebut berjaya dirakam kamera litar tertutup, dan seorang lagi dijejaki oleh polis kemudiannya.
Dan ketua kepada kumpulan ini adalah seorang gangster yang bernama Ralph Guarino. Ralph dikaitkan dengan sindiket jenayah DeCavalcante, dan bersetuju untuk menyamar menjadi pemberi maklumat berkaitan kumpulan jenayah itu.
Ralph memperoleh kepercayaan dan persahabatan dengan Vincent "Vinny Ocean" Palermo, dan berjaya masuk lingkungan dalaman kumpulan ini. Dia memakai alat perakam dan memasang kamera untuk merakan perbualan jenayah.
Kerja-kerja dilakukannya sangat penting dalam pembongkaran jenayah DeCavalcante di mana kesaksiannya membawa kepada penahanan hampir 45 ahli kumpulan ini. Namun identiti Ralph telah bocor sebagai pemberi maklumat, yang mana didedahkan oleh pihak dalaman polis.
Akhirnya dia terpaksa menyertai Program Perlindungan Saksi untuk keselamatan diri.
1. Barry Minkow
Barry Minkow mula melakukan jenayah pada usia yang muda. Namun, dia mempunyai cita-cita tinggi dan berkemahiran dalam perniagaan, tidak seperti penjenayah lain. Di usia 16 tahun, Barry sudah memulakan perniagaan pembersihan permaidani yang dikenali sebagai ZZZ Best.
Dia yang mahu mengembangkan perniagaannya cuba mendapatkan pinjaman daripada bank, namun gagal. Undang-undang California pada ketika itu tidak membenarkannya untuk membukan akaun cek. Barry yang tidak mudah putus asa dan membuat keputusan untuk melakukan satu-satunya perkara yang dia mampu untuk membiayai perniagaannya, iaitu dengan merompak.
Barry bukan sahaja mencuri daripada neneknya sendiri, malah terlibat dalam penipuan cek untuk menampung perbelanjaan kad kreditnya. Setelah masa berlalu, dia telah menghasilkan legitiasi perniagaannya dengan mencuri kepala surat dari syarikat lain.
Perniagaan tersebut seolah-olah seperti telah berjaya dan Barry mampu untuk menyenarai awam syarikatnya, mengumpulkan sebanyak RM387 juta.
Namun, sepandai-pandai tupai melompat akhirnya jatuh ke tanah jua. Pelabur-pelabur akhirnya menyedari bahawa syarikatnya tidak seperti yang disangkakan. Barry ditangkap atas pelbagai kesalahan, termasuklah penipuan dan penggubaahan wang haram.
Setelah 7 tahun dipenjara, Barry akhirnya dibebaskan dan memulakan perniagaan baru yang mengkhususkan dalam pendedahan penipuan korporat.