Sendi Temporomandibular (TMJ) bertindak seperti engsel gelongsor, menghubungkan tulang rahang kita ke tengkorak.
Manusia mempunyai satu sendi pada setiap sisi rahang. Masalah TMJ, sejenis gangguan temporomandibular atau TMD boleh menyebabkan rasa sakit pada sendi rahang dan otot yang mengawal pergerakan rahang.
Penyebab sebenar gangguan TMJ terhadap seseorang sukar ditentukan. Kesakitan anda mungkin disebabkan oleh kombinasi faktor, seperti genetik, arthritis atau kecederaan rahang.
BESARKAN TEKS A- A+
Sesetengah orang yang mengalami kesakitan rahang juga cenderung untuk menggeselkan gigi mereka (bruxism), namun juga terdapat ramai orang biasa mengeselkan gigi mereka dan tidak pernah mengalami gangguan TMJ.
Dalam kebanyakan kes, kesakitan dan ketidakselesaan yang dikaitkan dengan gangguan TMJ adalah sementara dan boleh dilegakan dengan penjagaan diri atau rawatan tanpa pembedahan.
Pembedahan biasanya merupakan jalan terakhir selepas langkah-langkah konservatif yang diambil gagal, tetapi sesetengah pesakit gangguan TMJ mungkin mendapat manfaat daripada rawatan pembedahan.
Tanda-tanda sindrom TMJ
Tanda-tanda dan gejala gangguan TMJ mungkin termasuk:
- Sakit atau kelembutan rahang anda
- Sakit pada satu atau kedua-dua sendi temporomandibular
- Kesakitan di dalam dan di sekitar telinga
- Kesukaran mengunyah atau sakit ketika mengunyah
- Sakit pada bahagian muka
- Sendi terkunci, menjadikannya mulut sukar dibuka atau ditutup
Gangguan TMJ juga boleh menyebabkan bunyi "klik" atau sensasi ngilu apabila anda membuka mulut atau mengunyah.
Tetapi jika tidak ada kesakitan atau batasan pergerakan yang berkaitan dengan bunyi "klik" pada rahang anda, anda mungkin tidak memerlukan rawatan untuk gangguan TMJ.
Bila perlu anda berjumpa doktor?
Dapatkan rawatan perubatan jika anda mengalami kesakitan atau kelembutan berterusan di rahang anda, atau jika anda tidak boleh membuka atau menutup rahang anda sepenuhnya.
Doktor, pakar pergigian anda atau pakar TMJ boleh membincangkan sebab dan rawatan yang mungkin untuk masalah anda.
Penyebab gangguan TMJ
Sendi temporomandibular menggabungkan tindakan engsel dengan gerakan geser.
Bahagian tulang yang berinteraksi dalam sendi ditutup dengan tulang rawan dan dipisahkan oleh cakera penyerap kejutan kecil, yang biasanya mengekalkan pergerakan lancar.
Gangguan TMJ yang menyakitkan boleh berlaku jika:
- Cakera mengikis atau bergerak keluar dari penjajarannya yang betul
- Tulang rawan sendi yang rosak disebabkan artritis
- Sendi itu rosak akibat hentakan atau impak lain
Walau bagaimanapun, dalam kebanyakan kes, punca gangguan TMJ tidak jelas.
Faktor-faktor risiko gangguan TMJ
Faktor-faktor yang boleh meningkatkan risiko mengalami gangguan TMJ termasuk:
- Pelbagai jenis arthritis, seperti arthritis rheumatoid dan osteoarthritis
- Kecederaan rahang
- Penggeseran gigi jangka panjang (kronik)
- Sesetengah penyakit tisu penghubung yang menyebabkan masalah yang boleh menjejaskan sendi temporomandibular
Rujukan:
1. Mayo Clinic
2. Medicine Net
3. WebMD