Di sesetengah negara, masih terdapat banyak lintasan keretapi yang lalu di kawasan orang ramai. Apabila keretapi hampir tiba, laluan kenderaan akan ditutup dan palang akan diturunkan bagi menghalang kenderaan melintasi landasan tersebut.

Setelah keretapi melintasi jalan tersebut, barulah palang akan diangkat untuk membuka jalan kepada orang ramai. Disebabkan palang tersebut ditutup secara automatik, ada kalanya ia boleh membahayakan kenderaan yang tersekat di tengah-tengah landasan keretapi api.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Dalam video ini, 2 orang pemuda telah menjadi hero dengan menyelamatkan seorang wanita tua daripada dilanggar keretapi. Wanita tersebut telah melepasi palang pertama dan sedang melintasi landasan keretapi itu.

Menyedari bahawa wanita itu berjalan lambar dan khuatir beliau tidak sempat melintasi landasan dengan selamat, dua orang pemuda telah bertindak berani menarik wanita tua tersebut untuk melintasi landasan kereta api itu. Beberapa saat kemudian, keretapi itu melintasi kawasan itu.

Tindakan berani dua orang pemuda tersebut berjaya dirakam oleh kamera keselamatan yang berada di situ:

Apalah agaknya nasib wanita tersebut jika dua orang pemuda tadi tidak bertindak pantas ya?




Hakcipta iluminasi.com (2017)