Kejayaan seseorang dalam membina kerjaya atau stabil dari kewangan sebenarnya bukan sahaja bergantung kepada rezeki yang dikurniakan oleh Tuhan mahupun usaha seseorang, namun ia harus 'kena' dengan sikap individu terbabit juga. Senarai berikut adalah ciri-ciri, tanda-tanda atau sikap orang yang bakal menjadi kaya tanpa mereka sendiri sedari.
1. Anda Sentiasa Membayar Pinjaman Pada Masanya
BESARKAN TEKS A- A+
Sama ada pinjaman pelajaran, pinjaman rumah mahupun kereta, anda sentiasa membuat bayaran tepat pada masanya, dan kadangkala membayar lebih awal dan melebihi jumlah yang sepatutnya pada setiap bulan. Menghabiskan bayaran pinjaman dalam tempoh yang singkat sebenarnya merupakan tindakan yang bijak kerana bunga (interest) adalah lebih rendah, jadi anda membayar lebih sedikit berbanding yang sepatutnya.
2. Anda Sentiasa Mencari Tawaran Atau Deal Yang Terbaik
Sama ada membeli barang basah di pasar, mahupun tiket penerbangan ke luar negara, anda sentiasa inginkan tawaran harga yang terbaik. Anda sebenarnya bukanlah tidak mampu, namun anda mahu mempunyai pilihan, berasa tidak puas hati selagi tidak cuba membuat perbandingan harga. Sikap anda yang optimistik dan yakin tentang adanya tawaran yang lebih baik akan menjadikan anda seorang yang berjaya suatu hari nanti.
3. Anda Sentiasa Bersedia Dari Segi Kewangan Terutamanya Ketika Kecemasan
Kehidupan kita ini sentiasa dipenuhi dengan kejutan. Kadang kala kejutan tersebut mungkin hadir dengan suatu kos yang sangat tinggi. Contohnya kemalangan di luar negara pada ketika anda tidak dilindungi insuran. Atau dibuang kerja walaupun bukan kesalahan anda. Sekurang-kurangnya dengan wang simpanan dan pendapatan sampingan yang ada mampu mengurangkan tekanan yang ada.
Pastikan anda mempunyai wang yang secukupnya untuk anda bertahan selama 6 bulan sekiranya apa-apa berlaku.
4. Anda Tidak Boros Dengan Duit Lebihan Yang Ada
Apabila diberi bonus, atau duit PTPTN sudah masuk, otak anda masih bersahaja dan tidak langsung berfikir tentang iPhone ataupun perasaan berfoya-foya bersama rakan ke Korea. Ini adalah tanda bahawa anda akan menjadi kaya suatu hari nanti. Nafsu anda tidak sensitif, tidak mudah termakan hasutan syaitan. Anda bukan sahaja seorang yang berjaya di dunia, malah di akhirat kerana keimanan yang teguh di dada. Anda lebih memikirkan tentang perkara yang lebih penting seperti memiliki rumah sendiri.
5. Anda Mempunyai Kawan Yang Ramai
Sedar atau tidak, kita memerlukan kawan dalam hidup ini. Apabila bergaduh dengan pasangan, kawan menjadi teman kita menghilangkan stress, teman untuk bergelak ketawa bersama. Orang yang mempunyai ramai kawan mempunyai kestabilan emosi yang tinggi. Kawan-kawan inilah yang akan menjadi network anda nanti di alam pekerjaan.
6. Anda Tidak Takut Untuk Gagal Dan Belajar Dari Kesilapan
Anda sentiasa berani dalam apa jua situasi, tanpa anda sedari. Mungkin di universiti anda jenis yang kerap bertukar subjek mahupun jurusan. Bagi anda, selagi tidak cuba selagi itu kita tidak akan tahu. Namun, anda bukan jenis yang suka mencuba dan mudah berputus asa. Walaupun mungkin anda menyesal dengan keputusan yang dibuat, anda belajar daripada kesilapan tersebut dan meneruskan hidup anda seperti biasa.
7. Anda Seorang Yang Muka Tebal
Muka tebal di sini bukanlah bermaksud orang yang suka bermuka-muka. Muka tebal yang penulis maksudkan adalah seseorang yang tidak berasa malu untuk melakukan sesuatu demi untuk belajar. Contohnya, anda tidak malu untuk menjual di pasar malam walaupun mempunyai ijazah universiti, kerana dalam fikiran anda skil salesmanship atau kebolehan untuk memujuk seseorang untuk membeli bukanlah sesuatu yang boleh dipelajari di institusi pendidikan tinggi. Ianya hanya boleh dipelajar dari sekolah jalanan, melalui pengalaman.
8. Anda Seorang Yang Pandai Mengambil Peluang
Peluang yang ada tidak pernah anda lepaskan, kerana bagi anda peluang tidak datang selalu. Contohnya seperti peluang perniagaan, peluang untuk naik pangkat dan sebagainya. Sikap ini tanpa anda sedari bakal membantu anda untuk berjaya pada masa depan. Namun, pandai mengambil peluang perlulah dilakukan dengan cara yang baik dan bukannya dengan memijak kepala orang lain dengan untuk mencapai cita-cita di atas.
9. Anda tidak mudah jatuh cinta.
Cinta bukan lah suatu isu untuk anda. Di kala rakan-rakan anda lain sibuk ber-wechat dan ber-dating dengan teman masing-masing, anda sibuk mengaji Al-Quran. Bagi anda, jodoh pertemuan di tangan Tuhan, dan anda tidak mahu menjaga jodoh orang lain dan lebih suka mencari cinta sejati melalui perkahwinan dengan berkat kedua ibu bapa.
10. Anda Suka Bangun Awal
Orang yang berjaya adalah orang yang bangun awal mengerjakan solat Subuh berjemaah di Masjid. Orang yang bangun awal murah rezekinya. Anda jenis orang yang morning person, suka memulakan hari seawal mungkin. Menghirup udara pagi berupaya menjemput tenaga positif ke dalam tubuh, memberi semangat kepada kita untuk memulakan hari dengan ceria.
EKSTRA
- Anda mula berniaga di awal usia.
- Anda sentiasa inginkan yang terbaik dalam hidup anda.
- Anda lebih fokus kepada pendapatan berbanding simpanan.
- Anda berfikiran terbuka.
- Anda popular di sekolah menengah dan di universiti.
- Anda tidak terperangkap dengan memori masa lalu.
- Anda mempunyai matlamat dan bekerja keras untuk mencapainya.
- Anda sentiasa cuba memperbaiki diri anda.
- Anda tidak takut untuk mencuba sesuatu yang baru.
- Anda boleh handle situasi yang stress.
- Anda suka pekerjaan anda sekarang.