Pembuat filem yang berasal dari San Francisco, Megan Sullivan menjalani kehidupan yang tenang dan normal sehingga beliau mengalami nasib yang buruk.
Beliau jatuh dari ketinggian 50 kaki ketika sedang mendaki di Yosemite, dilanggar kereta dan didiagnosis dengan kanser kulit.
Semuanya berlaku dalam masa hanya sebulan.
Sullivan menghidap kanser kulit yang dirawat secara pembedahan, tetapi bertarung dengan kematian membuka matanya dan membuatnya menyedari bahawa masih banyak yang ingin dilakukannya.
BESARKAN TEKS A- A+
"Selepas bulan terburuk dalam hidup saya, saya mula memikirkan semula bagaimana untuk menjalani hidup saya". Dua minggu kemudian, beliau memutuskan untuk melihat Tujuh Keajaiban Baru Dunia, yang dipilih oleh New7Wonders Foundation.
Perhentian pertamanya adalah Chichen Itza, diikuti oleh Machu Picchu, Cristo Redentor, Colosseum, Petra, Taj Mahal, dan Tembok Besar China.
Pembuat filem muda itu berkongsi gambar dan video yang menarik daalam perjalanannya di laman web peribadinya, Instagram, dan juga halaman Youtube. Untuk setiap perhentian dan gambar, Sullivan berkongsi kisah peribadi atau memberikan nasihat untuk perancangan dan belanjawan bagi perjalanan yang sama.
Reaksi beliau terhadap berita itu boleh memberi inspirasi kepada setiap orang yang menderita penyakit ini.
Hari pertama: Chichen Itza
Beliau telah berlatih selama 3 tahun di laluan El Capitan semata-mata untuk mendaki di pergunungan Yosimate. Namun usahanya menemui kegagalan malah tragedi yang berlaku hampir mencabut nyawanya apabila terjatuh dari ketinggian 50 kaki ketika melakukan pendakian.
Selepas tragedi tersebut, beliau mula menyesal dan menyoal dirinya kembali. "Apa yang aku nak buktikan? Apa yang aku dapat kalau aku berjaya capai cita-cita pendakian yang gila ini?".
Hari ke-2: Machu Picchu
Hanya dalam tempoh seminggu selepas itu, beliau dilanggar pula oleh sebuah kereta semasa menunggang Vespa dan beberapa hari kemudian semasa pemeriksaan rutin beliau didiagnosis dengan kanser kulit. Wanita muda ini telah mempelajari sesuatu yang besar akibat dari tragedi dan berita yang sangat menakutkan itu.
Hari ke-4: Cristo Redentor
Bayangkan bagaimana perasaan wanita muda yang cantik ini merasai pengalaman terjatuh ketika mendaki setinggi 50-kaki mendaki, dilanggar sebuah kereta dan selepas itu mendapat berita yang menakutkan, "Anda Menghidap Kanser Kulit", semuanya hadir dalam masa hanya lebih kurang sebulan.
Hari ke-6: Colosseum
Selepas menempuhi bulan terburuk dalam hidupnya, wanita ini mula menimbang semula cara hidupnya. Tidak lama kemudian, beliau menyedari bahawa dirinya sendiri yang menjadi penghalang kepada apa yang diinginkan dalam hidupnya.
Hari ke-8: Petra
Disebabkan telah memiliki persepsi pandangan hidup yang baru iaitu "hiduplah sepenuhnya", Beliau berjaya menjelajah ke 12 buah negara yang merangkumi jarak 28,211 batu. Kembara beliau ke 7 keajaiban dunia itu hanya mengambil masa selama 13 hari.
Hari ke-11: Taj Mahal
Beliau sentiasa berkata: "masa dan wang tidak pernah mencukupi" tetapi sebenarnya itu hanyalah alasan. Sebenarnya - beliau hanya takut dengan kegagalan dirinya sendiri.
Hari ke-12: Tembok Besar China
Dan satu-satunya penyesalan yang dialami dalam hidupnya adalah beliau gagal untuk mengambil sebarang peluang yang ada di depan mata.
Rujukan:
2. dimplify.com