Kredit foto: Instagram Anggita Perez
Selepas tiga tahun bertarung nyawa melawan penyakit kanser servik tahap akhir, penyanyi dan aktres Julia Perez atau Jupe akhirnya meninggal dunia pada hari ini, Sabtu.
Berita sedih itu dimaklumkan sendiri oleh adiknya, Anggita Perez menerusi laman Instagram pada awal tengahari tadi.
Kredit foto: Instagram Anggita Perez
Innalilahiwainailahirojiun telah perginya kakak kami tercinta, Julia Perez. Doakan ya semua. Terima kasih semua atas sokongan selama ini. Saya sayang awak, Yuli.
Penyanyi yang pernah muncul dengan empat buah album itu baru sahaja menjalani pembedahan pada Khamis lalu, namun keadaanya dikhabarkan bertambah kronik sejak itu. Jupe menghidap kanser servik sejak tahun 2014.
Kredit foto: terbakor.com