Kredit foto: Astro Gempak
Laporan terbaru mendedahkan kondisi terkini pelakon Julia Perez yang sudah berada di tahap yang amat membimbangkan selepas menjalani rawatan kemoterapi pada Isnin lalu.
Sebagaimana yang diketahui, Julia menghidap barah pangkal rahim tahap empat dan perkembangan kesihatannya menjadi liputan hebat media sejak itu.
Adik Julia dalam kenyataan terkininya memberitahu, kakaknya semakin lemah dan hanya terlantar di katil sejak seminggu lepas.
Sebenarnya saya tidak mahu cerita mengenai kondisinya kerana saya yakin pasti ada keajaiban buat dia. Namun saya perlu akur kini keadaannya sudah lemah dan hanya tidur dan terbaring di atas katil sejak seminggu lalu.
Sumber: Astro Gempak
Malah perubahan paling membimbangkan apabila Julia tidak mampu bergerak melakukan aktiviti rutinnya, juga lupa dan sudah tidak kenal dengan orang-orang terdekat.
Dia sudah tidak boleh bercakap normal. Malah sudah mula tidak mengenali beberapa orang sekelilingnya. Saya pun tak pasti sama ada ia adalah kesan atau pengaruh ubat yang diambil.
Sumber: Astro Gempak
Terdahulu, Julia dilaporkan mengalami penurunan berat badan yang mendadak ketika mula memasuki tahap keempat penyakit itu.