Kredit foto: makassar.tribunnews.com
Keadaan terkini Julia Perez dikatakan sedang kritikal dan bertarung nyawa di hospital
Menerusi laman Instagram bekas suami Julia, Gaston Castano yang juga merupakan pemain bola sepak Argentina melahirkan rasa simpati akan nasib yang menimpa Julia.
Dalam sebuah kiriman, tulis Gaston ,''Tetap semangat KECIL. Never give up TIGER @juliaperrezz.''
Kredit foto: Instagram Gaston Castano
Kapsyen tersebut disertai sebuah foto kempen kutipan amal daripada artis-artis Indonesia untuk membantu dana perubatan Julia.
Terdahulu, Julia yang menderita sakit barah pangkal rahim tahap empat dilaporkan minggu lalu berada di tahap yang membimbangkan apabila sudah tidak dapat mengenali beberapa orang terdekatnya.