Kredit foto: Instagram Puteri Balqis

Pelakon Puteri Balqis Azizi, 11, berkongsi fotonya yang bertopeng muka di laman Instagram, diikuti tanda pagar #fightcancer, sekaligus menimbulkan persoalan, adakah pelakon kanak-kanak ini sedang menghidap kanser?

"Selesai menjalani rawatan petang tadi. Keadaan Puteri semakin baik. #rockingbalqis #fightcancer," tulisnya dalam kapsyen kiriman tersebut yang dimuatnaik pada tiga hari lalu.

puteri balqis hidap kanser 2

Kredit foto: Instagram Puteri Balqis

Setakat ini, entri berkenaan merekodkan lebih 7,000 tanda suka selain mengumpul komen berbentuk doa daripada para peminat.

Dalam pada itu, ibunya, Norashikin Mohd Aziz, kepada BH Online, mengesahkan anaknya menghidap barah.

Bagaimanapun, usaha portal terbabit untuk mendapatkan butiran lanjut tidak berjaya apabila Norashikin memilih untuk tidak mengulas.

"Saya minta maaf, buat masa ini saya tak mahu membuat sebarang temu bual. Demamnya masih tak berhenti. Jantung dan paru-parunya mempunyai masalah.

"Apa pun dia semakin kuat," katanya. 

Media sebelum ini melaporkan Balqis mengalami demam berpanjangan dan kerap muntah pada Mei lalu.

Hasil tinjauan di akaun laman sosial Instagram dan Twitter miliknya didapati tiada kemaskini terbaru, sementara ruangan komen pula ditutup.




Hakcipta iluminasi.com (2017)