Kredit foto: Instagram Astro Shaw
Filem komedi seram, Hantu Kak Limah (HKL) terus menghangatkan pawagam dengan kutipan terkini sebanyak RM27.5 juta dalam tempoh 15 hari tayangan!
Kredit foto: Instagram Astro Shaw
Sebelum ini, HKL dilaporkan memecah rekod sebagai filem tempatan paling laris dalam sejarah.
Ia menandingi rekod filem Abang Long Fadil 2, terbitan Astro Shaw dan Skop Production yang mendapat RM19.04 juta dalam 28 hari tayangan di Malaysia, Singapura dan Brunei.
Dalam pada itu, Penerbit Eksekutif, Datuk Khairul Anwar Salleh, Gayatri Su-lin dan TP Lim bersama pengarah Mamat Khalid, para pelakon dan keseluruhan tenaga produksi filem melahirkan penghargaan kepada penonton Malaysia, Brunei, Singapura serta pihak media dan rakan pemamer atas sokongan berterusan yang diberikan terhadap filem terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold itu.
Teruskan memberi sokongan terhadap HKL yang masih rancak ditayangkan di 146 buah pawagam.
Menampilkan barisan pelakon ternama, antaranya Datuk Awie, Delimawati, Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Ropie, Allahyarham Rab Khalid, Mus May, Sharwani, TJ Isa dan Jue Aziz, termasuk kemunculan istimewa Erra Fazira dan Datuk Seri Vida.
Sumber berita: Astro Gempak