Oleh pada 18 Aug 2018 kategori

Kredit foto: Astro Shaw

Filem hangat, Hantu Kak Limah (HKL) terus mencipta rekod dengan kutipan tiket sebanyak RM13.6 juta selepas seminggu ditayangkan di pawagam.

Ia sekaligus meletakkan HKL sebagai filem tempatan dengan kutipan paling tinggi untuk tahun 2018 setakat ini.

Penerbit Eksekutif, Datuk Khairul Anwar Salleh meluahkan rasa syukur atas sambutan hangat diberikan netizen terhadap filem arahan sutradara Mamat Khalid itu.

lagi rekod baru ini kutipan terkini hantu kak limah selepas seminggu tayangan 2

Kredit foto: Astro Shaw

“Saya rasa bersyukur dan ingin mengucapkan terima kasih kepada penonton, rakan media dan pihak pawagam di atas sokongan padu yang diberikan kepada filem genre komedi seram ini.

“Diharap sokongan ini berterusan agar filem HKL bertahan untuk minggu yang akan datang,” katanya kepada Astro Gempak.

Sebelum ini, filem terbitan Astro Shaw dan Infinitus Gold itu menjadi filem tempatan dengan kutipan tertinggi pada hari pembukaan iaitu melebihi RM650 ribu, diikuti kutipan mencecah RM1.8 juta pada hari pertama.

Sehubungan dengan itu, jumlah pawagam turut ditambah menjadi 137 di seluruh Malaysia dan Brunei, bersama tayangan di Singapura yang bermula sejak 16 Ogos lalu.

Selain Datuk Awie, Ropie dan Delimawati, barisan muka-muka popular menghidupkan lagi karya komedi seram ini, antaranya Zul Ariffin, Uqasha Senrose, Mus May, Erra Fazira, Datuk Seri Vida dan ramai lagi.




Hakcipta iluminasi.com (2017)