Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia
Dua hari lalu, Dayana Amerda yang dikatakan bekas kekasih kepada Naim Daniel memberi tempoh seminggu untuk penyanyi itu membuat pengakuan terbuka tentang isu hakcipta lagu Sumpah.
Dayana mendakwa, lagu Sumpah yang memenangi trofi utama Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) baru-baru ini merupakan hasil ciptaan mereka bersama pada 2015.
Julai tahun lalu, beliau terlebih dahulu bersuara berkenaan isu terbabit, namun belum mendapat penyelesaian sehingga hari ini.
Susulan itu, ada segelintir pihak yang meminta agar kemenangan Naim di AJL34 ditarik balik oleh pihak TV3.
Tampil memberi respon, komposer Ajai selaku ketua juri AJL34 membuat kenyataan seperti berikut:-
Baca: Biodata Penyanyi Dayana Amerda
Baca: Biodata Hadi Mazlan (Idola Kecil), Suami Penyanyi Dayana Amerda
Kredit foto: Instagram Ajai
“Saya mengetahui kekecohan lagu Sumpah sejak semalam lagi, tetapi belum ada wakil TV3 menghubungi saya. Secara peribadi, tiada sebab menarik kemenangan lagu berkenaan kerana bukan karya ciplak.
“Cuma, saya ingin mengingatkan generasi baharu, jika mereka ingin menceburi dunia muzik belajarlah bersikap jujur. Industri ini bukan untuk glamor tetapi berkongsi karya.
“Sekiranya lagu Sumpah ada tujuh pencipta, letak nama ketujuh-tujuh pencipta lagu. Ini bukan zaman 80-an atau 90-an yang mana lagu hanya dicipta seorang individu sahaja. Jika tidak mampu menghasilkan lagu dan perlu bergabung, maka bersikap jujurlah.
“Mereka perlu bersikap jujur kerana ia membabitkan soal pembahagian royalti.
“Saya tahu isu ini berkaitan peribadi, tetapi cuba bersikap jujur kerana ini bukan soal wang kemenangan AJL semata-mata, tetapi ia membabitkan royalti.
“Jika betul seperti yang didakwa pihak sana yang dia juga mempunyai hak terhadap lagu Sumpah, jadi Naim perlu mengagihkan pembayaran royalti sama rata".
Terdahulu, 'Sumpah' nyanyian Naim yang diumumkan juara AJL34 di Axiata Arena, Bukit Jalil, 9 Februari lalu, melayakkannya membawa pulang trofi dan wang tunai RM50,000.
Baca: Biodata Penyanyi Naim Daniel
Sumber berita: Tiada arahan tarik kemenangan Naim Daniel