Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia & Instagram Neelofa
Ramai menantikan ramalan Anugerah Juara Lagu (AJL) 34 daripada Neelofa selepas pengacara dan pelakon itu berjaya meneka dengan tepat selama tiga tahun berturut-turut.
Neelofa atau nama sebenarnya, Noor Neelofa Mohd Noor, 31, menerusi laman Twitternya tidak lokek berkongsi ramalan untuk penganjuran edisi AJL kali ini.
Menurutnya, tahun ini barangkali bakal membawa tuah kepada penyanyi Naim Daniel menerusi pertaruhan lagu Sumpah, selain kategori Vokal Terbaik bakal dijulang Ernie Zakri menerusi pencalonan lagu Ku Bersuara.
Kredit foto: Instagram TV3 Malaysia
"Disebabkan ramai orang bertanyakan mengenai ramalan AJL saya untuk tahun ini, saya akan mengubahnya sedikit dan meramalkan pemenang terus.
"Ini senarai! #AJL34. AJL - Naim Daniel, Vokal Terbaik - Ernie Zakri," tulisnya di akaun Twitter pada Ahad.
Sehingga kini kiriman bekas pengacara MeleTOP itu meraih lebih 500 retweet dan 1300 tanda suka.
Tekaan itu sekaligus menghangatkan lagi debaran AJL34 yang bakal berlangsung pada jam 9 malam ini di Axiata Arena, Bukit Jalil, Kuala Lumpur.
Terdahulu, Neelofa pada tahun lalu berjaya meramal tiga kedudukan teratas AJL33 iaitu lagu Haram nyanyian Hael Huzaini dan Dayang Nurfaizah, Bunga (Ara Johari) dan Sampai Bila (Misha Omar).
AJL34 malam ini menampilkan persaingan antara 12 lagu iaitu Drama Band (Drama), Ernie Zakri (Ku Bersuara), Bob Yusof (Anta Permana), Naim Daniel (Sumpah), Akim & The Majistret (Rampas) dan Haqiem Rusli (Lembah Kesepian).
Tidak ketinggalan, Fairuz Misran (Ragaman), Aman Ra (Bangun), Kugiran Masdo (Dinda), Hazama (Peneman), Hafiz Suip (Kisah Cinta Kita) dan Aina Abdul (Sumpah).
Awal Ashaari, Sherry Al Hadad dan Haziq memegang mandat sebagai pengacara dalam acara yang bakal disiarkan secara langsung di saluran TV3 itu.
Kredit video: Debaran Anugerah Juara Lagu 34 | #AJL34
Sumber berita: Tiga tahun ramalan tepat, kali ini Neelofa jangka Sumpah (Naim Daniel) menang AJL34