Kredit foto: Instagram Naim Daniel
Dayana Amerda mendedahkan masih belum mendapat kerjasama daripada pihak Naim Daniel berhubung isu hak cipta bersama lagu Sumpah nyanyian penyanyi muda itu.
Pemilik nama Siti Amirah Dayana Mohd Amerullah ini berkata, tiada kiriman mesej atau panggilan diterimanya untuk sebarang pertemuan bagi menyelesaikan konflik terbabit.
“Sehingga sekarang pihak Naim tidak ada menghantar mesej, menghubungi atau berjumpa bagi menyelesaikan isu hak cipta ini.
“Pihak saya ada aturkan perjumpaan dengan syarikat rakaman Naim iaitu World Peace Entertainment (WPE), mereka tak nak jumpa atas alasan pihak saya sudah buat sidang media dulu sebelum jumpa," katanya menurut Harian Metro.
Baca: Biodata Penyanyi Naim Daniel
Baca: Biodata Penyanyi Dayana Amerda
Baca: Biodata Hadi Mazlan (Idola Kecil), Suami Dayana Amerda
Kredit foto: Instagram Dayana Amerda
Sebelum ini, Dayana mengadakan sidang media pada 19 Februari dengan tuntutan supaya Naim mendaftarkan karya itu sebagai hak cipta bersama, selain menggesa agar pemenang Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) itu membuat pengakuan secara terbuka.
Begitupun Dayana menegaskan tindakan diambil tidak berkaitan sama sekali dengan wang ringgit.
Dalam pada itu, Dayana berkata, dirinya hanya akan menyerahkan emel bukti hak cipta berkenaan sekiranya pihak Naim hadir dalam pertemuan yang diaturkan.
“Mereka nak juga kami emelkan bukti. Tapi, pihak kami putuskan untuk tidak email sebarang bukti melainkan selepas pihak sana bersetuju untuk berjumpa,” katanya.
Sumber berita: 'Hingga sekarang Naim membisu' - Dayana