Oleh pada 13 Jul 2019 kategori

Kredit foto: Instagram @naimdanielx & Instagram @dayanaamerda

     

Penyanyi, Naim Daniel menjelaskan pertikaian hakcipta lagu Sumpah yang sebenarnya merupakan hasil ciptaan bersama bekas kekasihnya, Dayana Amerda, sudahpun selesai.

Naim atau nama sebenarnya, Muhammad Naim Daniel Baharin, 22, memohon agar semua pihak tidak lagi memperbesarkan isu itu kerana penjelasan telahpun diberikan kepada pihak di sebelah sana.

     

keluarkan lagu sumpah tanpa kebenaran dayana amerda ini jawapan naim daniel 2

Kredit foto: Instagram @naimdanielx

     

"Saya tidak mahu pertikaian ini berlarutan memandangkan kes sudah selesai. Ia masalah peribadi dan tidak perlu dipanjangkan lagi," jawabnya kepada Harian Metro.

Semalam, ibu Dayana iaitu Aida Daud menerusi perkongsian Instagram Story meluahkan rasa terkilan dengan tindakan Naim yang seolah mengenepikan Dayana selaku komposer bersama lagu Sumpah.

Katanya, karya terbabit diterbitkan tanpa pengetahuan dan keizinan bekas peserta Idola Kecil itu.

"Isu di sini bila ramai yang salahkan Dayana dan kaitkan dengan lagu tu, konon Dayana tinggalkan Naim. Demi Allah, mereka sudah break (berpisah) lama dan lagu itu adalah ciptaan bersama mereka berdua," tulisnya.

Beberapa ketika kemudian, Aida menerusi Instagram berkata, dia enggan memanjangkan rasa kecewa apabila berbesar hati menerima pemohonan maaf Naim yang menghubunginya secara peribadi.

Terdahulu, Naim dan Dayana ketika bergelar kekasih, mengabadikan penceritaan kisah mereka menerusi penghasilan lagu berkenaan.

Namun konflik tercetus apabila hubungan itu berakhir selepas Dayana berkahwin pada bulan lalu, manakala Naim pula menerbitkan single terbabit atas namanya sebagai komposer.

      

Sumber berita: Harian Metro




Hakcipta iluminasi.com (2017)