Apa itu "Anxiety Disorder"?

"The distinction between an anxiety disorder and just having normal anxiety is whether your emotions is causing a lot of of suffering and dysfunction," Sally Winston, PsyD, co-director of the Anxiety and Stress Disorder Institute of Maryland in Towson.

"Anxiety Disorder" merupakan satu penyakit mental yang serius di mana seseorang itu mengalami gangguan kebimbangan berlebihan yang menyebabkan kehidupan seharian seseorang itu terganggu.

BESARKAN TEKS     A-  A+

Ini mungkin normal bagi kita yang berasa risau dan cemas setiap kali hendak berjumpa dengan orang atasan di tempat kerja, kena membentangkan kerja ataupun ketika menghadapi pelbagai masalah hidup. Tetapi bagi anda yang berasa cemas berlebihan setiap kali dalam urusan kehidupan seharian anda adalah tidak normal kerana anda mungkin mengalami penyakit tersebut. Jadi, bagaimana cara untuk mengetahui sama ada anda mengalaminya atau tidak? 

Kenali 10 tanda "Anxiety Disorder" ini :

#1 Gangguan tidur

Apabila anda menghadapi sesuatu masalah, anda akan rasa tidak tenang dan susah untuk memejamkan mata kerana anda selalu terbayangkan masalah tersebut setiap masa. Selagi tak selesaikan selagi itu anda sentiasa berasa risau dan cemas. Sebagai contoh, anda kena saman parking, bagi orang lain akan 'relax' sahaja kalau kena saman tersebut, tetapi berbeza bagi anda yang saman itu membuatkan anda dihantui selalu selagi anda tidak selesaikannya.

generalized anxiety disorder 1017

#2 Perasaan takut tanpa sebab

Selalunya kita kalau rasa takut mesti bersebabkan? Takut dengan ular sebab kemungkinan ular itu berbisa. Tetapi, bagi anda yang tiada sebab langsung untuk rasa takut ini sangat membimbangkan. Tetiba anda rasa takut dengan hujan, ketinggian dan seumpamanya. Hal ini juga berkaitan dengan "anxiety disorder". Anda berasa sangat takut dengan sesuatu hal yang anda sendiri tidak dapat menjelaskanya secara logik apa alasan ketakutan anda itu.

anxiety disorder

#3 Kekejangan otot

Ramai orang berasa panik tanpa mereka sedar. Oleh sebab itu, ramai yang mengalami kekejangan otot tanpa sebab yang jelas. Hal ini terjadi kerana perasaan cemas yang anda rasa ketika itu kerana anda tidak dapat tenangkan diri seketika. Jika anda tidak dapat mengawal perasaan cemas tersebut, maka ia akan menjadi ancaman kepada kesihatan yang mungkin menyebabkan kecederaan pada otot anda.

cramps

#4 Gangguan pencernaan

Jika terlalu berasa cemas, ia juga dapat menganggu proses pencernaan anda seperti mengalami 'diarrhea', 'cramp' atau gas yang berlebihan. Ia menyebabkan perut anda berasa sangat tidak selesa dan boleh menjejaskan aktiviti harian anda.

46f5e4874050be966c5112ecd4e5e8bf

#5 Demam gementar

Normal bagi anda untuk berasa gementar sebelum bercakap di hadapan orang ramai tetapi selepas bercakap, automatik perasaan itu akan hilang. Jika perasaan itu masih berlarutan, maka kemungkinan anda mengalami "anxiety disorder" ini. Bagi golongan tersebut, mereka sering berasa gementar dan menyebabkan mereka berpeluh banyak di samping kaki dan tangan yang bergetar. Ia juga boleh menyebabkan seseorang itu pengsan.

10986351756 2dfc6b0e4c m

#6 Rendah diri

Golongan ini juga sering berasa malu jika masuk ke dalam lingkungan yang baru. Perasaan malu ini membuatkan mereka ingin berjauh diri untuk berbual dengan orang di sekelilingnya. Selain itu, ia juga membuatkan seseorang itu tidak suka berada dalam tempat yang 'crowded' walaupun bilangan itu kurang dari 10 orang.

drowning in a crowd sm 282

#7 Panik

Rasa panik yang berlebihan amat berbahaya bagi golongan ini. Hal ini disebabkan oleh perasaan cemas itu sendiri yang akan menyebabkan anda mengalami rasa sesak nafas, jantung yang berdegup kencang, berpeluh yang banyak atau kepanasan. namun, tidak semua orang mengalami panik seperti ini. Tetapi, jika ia datang berulang, anda mungkin tergolong dalam "anxiety disorder".

panic

#8 Trauma

Ada di antara kita yang mengalami trauma yang sangat dasyat sebelum ini. Rasa trauma atau dikenali sebagai "post-traumatic syndrome disorder" (PTSD) bukanlah salah satu tanda anxiety tersebut. Namun, mengikut kajian pada tahun 2006 yang terdapat dalam 'Journal of Anxiety Disorder', ia menunjukkan bahawa orang yang mengalami PTSD ini kebiasaannya juga akan diikuti oleh anxiety disorder juga. Hal ini kerana perasaan cemas yang berlebihan disebabkan trauma atau pengalaman buruk pada masa lalu.

acu

#9 Kesempurnaan

Menurut Winston, "If you are constantly judging yourself or you have a lot of anticipatory anxiety about making mistakes or falling short of your standards, then you probably have an anxiety disorder". Sebenarnya golongan 'perfectionst' biasanya disebut sebagai "obsessive compulssive disorder" (OCD). Orang yang mengalami ini biasanya akan berasa sangat risau dan cemas jika berasa belum sempurna kerjanya dan dia akan menghabiskan waku berjam-jam dan mengulangi perkara yang sama demi untuk mencapai kesempurnaan tersebut.

doan uu khuyet diem doi phuong chi voi 1 cau hoi 3 09 01 2016 11 24 12

#10 Keraguan diri sendiri atau 'overthinking'

Adakah anda selalu meragu akan diri sendiri tentang sesuatu dan menjadi panik disebabkannya? Winston menjelaskan bahawa orang yang mengalami 'anxiety disorder' ini akan sering meragukan dirinya seperti menyoalkan persoalan "Am i good enough?". Rasa cemas ini akan akan terus menghantui diri anda hingga menyebabkan gangguan kebimbangan yang berlebihan.

shutterstock 364192709 1000x641

Jika anda tidak mampu mengawal kebimbangan anda akan sesuatu hal, hati-hatilah agar anda bukan tergolong dalam "anxiety disorder" ini. Anda boleh merujuk kepada pakar psikiatri jika anda tidak pasti sama anda anda mengalaminya ataupun tidak. Ini bukan bermaksud anda seorang yang gila. Tidak semua orang yang berjumpa dengan pakar ini disebabkan itu. Bukalah minda anda. Kalau anda boleh mengawal perasaan cemas, tahniah untuk anda. Bagi yang belum, berusahalah agar ia tidak menjadi semakin serius sampaikan mengganggu kehidupan harian anda.

Rujukan :  anxiety disorder




Hakcipta iluminasi.com (2017)